Selasa, 23 Disember 2008

Haram Ucap Merry Christmas bagi orang Islam

Penting!!! Seorang bekas biarawati kristian yang masuk Islam memberitahu dalam ceramahnya haram bagi seseorang umat Islam ucap Selamat Hari Natal.. atau Merry Christ... dan sewaktu dengannya. Jika anda ucap Gong Xi Fa Chai, maksudnya Selamat Tahu Baru Cina (WALLAHUALAM). Happy Deepavali Selamat Menyambut Pesta Cahaya (WALLAHUALAM), tetapi maksud Selamat Hari Nata.. atau Merry Christ... dan sewaktu dengannya adalah Sejahtera Keatas Tuhan Yesus (NAUZUBILLAH).
Dengan perkataan sahaja kita boleh rosak akidah, yakni murtad. Kita umat Islam beriman LAILAHAILLALLAH yakni TIADA TUHAN DISEMBAH SELAIN ALLAH, jadi ucap Sejahtera Keatas Tuhan Yesus untuk apa (NAUZUBILLAH)? Sebarkanlah perkara ini, berdosa kita jika tak sampaikan benda yang hak. NAUZUBILLAH. LAILAHAILLALLAH.

larangan memakai gelang tangan bagi lelaki

Larangan memakai gelang tangan bagi lelaki wlpun untuk tujuan kesihatan, telah ditegaskan oleh Rasullulah s.a.w.: Hadis Imran bin Hussein r.a., bahawasanya Rasullulah s.a.w. telah melihat pergelangan tangan seorang lelaki yang memakai gelang yang diperbuat daripada tembaga, maka baginda bertanya kepada lelaki berkenaan. "Apakah bendanya ini"?Lelaki itu berkata,"Ia adalah gelang perubatan". Rasullulalah bersabda,"Sesungguh nya benda itu tidak memberi apa-apa(faedah wlpun utk tujuan perubatan),buangkan benda itu drp. diri anda, jika sekiranya anda mati dan benda itu ada pada diri anda, maka anda tidak akan berjaya (selamat) untuk selama-lamanya. " Hadis Sahih yg ke-19,885 Riwayat Imam Ahmad

Sabtu, 20 Disember 2008

Tafsir Surah al-Maidah Ayat 102 : Nabi tegah bertanya agama tidak serius

Tafsir Surah al-Maidah Ayat 102 : Nabi tegah bertanya agama tidak serius
Ayat ini diturunkan bersempena dengan Abdullah bin Huzafah r.a. Beliau termasuk di kalangan ahli Badar yang diutuskan oleh Nabi s.a.w. membawa surat yang mengajak Raja Parsi (Kisra) memeluk Islam.





"Masuk Islam, kamu selamat," demikian antara isi kandungan surat itu. Kisra diberi peringatan bahawa jika raja Parsi itu tidak memeluk Islam nescaya dia memikul dosa pengikutnya dari kalangan penganut agama Majusi.
Abdullah bin Huzafah tidak sujud kepada Kisra kerana Nabi s.a.w. mengharamkan sujud kepada makhluk, selain dari Allah.
Abdullah menyerah surat Nabi s.a.w. kepada Kisra tanpa memperdulikan protokol raja Kisra walaupun dia dimarah oleh raja itu.
Kisra telah mengoyak surat Nabi s.a.w. di dalam majlis penghadapan di istana Kisra. Apabila peristiwa tersebut diberitahu kepada Nabi s.a.w., baginda bersabda yang bermaksud: "Akan dikoyak setiap yang dikoyak. Apabila binasanya Kisra, tidak ada lagi raja yang bergelar Kisra selepas itu."
Inilah murkanya Nabi s.a.w. apabila suratnya tidak dilayan sedangkan mengikut muamalah antarabangsa pada masa itu sesuatu negara mestilah menghormati utusan yang dihantar dari mana-mana negara ke dalam negara tersebut.
Utusan Nabi, Abdullah bin Huzafah dihina. Allah Ta'ala telah menjatuhkan kerajaan Parsi di zaman Saidina Umar Ibnul Khattab r.a.
Mengikut riwayat At-Tirmizi dan Daraqutni, dari Ali r.a. katanya, ayat ini diturunkan bersempena dengan peristiwa ketika diturunkan firman Allah yang bermaksud: "Dan sabit bagi Allah mewajibkan manusia menunaikan ibadat haji ke Baitillah (Makkah) kepada sesiapa yang mampu berjalan menuju kepadanya." (Surah Ali Imran: 97)
Bila turun ayat ini mereka bertanyakan Nabi s.a.w., "adakah tiap-tiap tahun wahai Rasulullah?" Nabi s.a.w. mendiamkan diri, tidak menjawab. Mereka bertanya lagi, "adakah tiap-tiap tahun wahai Rasulullah?" Rasulullah bersabda yang bermaksud, "tidak, kalau aku menjawabnya nescaya wajib mengerjakan haji setiap tahun."
Yakni ianya akan menjadi keberatan kepada kamu. Lalu Allah menurunkan ayat ini. Mengikut al-Bukhari bahawa hadis ini adalah hadis hassan tetapi mursal (sandarannya putus) kerana orang yang meriwayatkan hadis ini, Abu Bakhtari (Said) tidak bertemu dengan Saidina Ali r.a.
Bagaimana dia boleh meriwayatkan hadis ini dari Ali dan dari Nabi s.a.w.? Justeru hadis ini tidak boleh menjadi hujah yang kuat sebagaimana riwayat yang terdahulu.
Ayat ini melarang kita bertanyakan masalah agama kerana bermain-main terutamanya kepada sahabat r.a. ketika wahyu diturunkan.
Apabila ditanya maka Allah menurunkan wahyu yang lain pula. Seringkali ia menjadi bebanan yang berat kepada mereka kecuali dalam perkara yang diizinkan oleh syarak.
Perkara ini pernah berlaku kepada Bani Israel dan kaum-kaum yang lain di zaman silam. Firman Allah yang bermaksud,"sesungguhnya telah bertanya oleh kaum yang lebih dahulu daripada kamu kemudian mereka menjadi orang-orang yang kafir." (Surah al-Maidah: 102)
Di antaranya ialah kaum Nabi Soleh yang bertanyakan Nabi itu supaya menunjukkan bukti lalu Allah mengurniakan mukjizat seekor unta yang luar biasa.
Tiba-tiba mereka menjadi kafir. Mereka menyembelih unta mukjizat yang dikurnaikan oleh Allah kepada Nabi Soleh dan mereka dibalakan oleh Allah dengan satu tempik (jeritan) yang membinasakan mereka semuanya.
Hanya tinggal bangunan yang di pahat daripada bukit yang pejal yang menjadi tempat tinggal mereka.Kaum Nabi Soleh dimatikan oleh Allah.
Justeru kita jangan jadi seperti sahabat-sahabat Nabi Isa a.s. yang meminta supaya diturunkan hidangan daripada langit. Oleh kerana sayangkan para sahabatnya, Nabi Isa a.s. berdoa supaya Allah menurunkan hidangan daripada langit.
Kemudian mereka meminta benda yang bukan-bukan seolah-olah mahu jadikan nabi mereka sebagai pemain silap mata.
Jika berlaku sesuatu yang pelik barulah beriman, sebaliknya jika tidak ada benda pelik berlaku mereka tidak beriman kepada nabi Isa a.s. Allah Ta'ala tidak sukar untuk mengurniakan sesuatu yang pelik kepada nabi dan rasul-rasul-Nya untuk dijadikan sebagai mukjizat kepada mereka dan kepada wali-wali-Nya sebagai karamah.
Tetapi apabila ada perkara yang pelik ini, tiba-tiba engkar, tidak mahu ikut maka siksanya adalah lebih berat.

Muhasabah : Makna ?Takbir? dan ?Korban Aidil Adha?

Muhasabah : Makna ?Takbir? dan ?Korban Aidil Adha?
Umat Islam seluruh dunia telah sama-sama menyambut kemuliaan Aidil Adha baru-baru ini, sama ada yang sedang menunaikan fardu hajii di tanah-tanah suci, ataupun di tanah air masing-masing, semangat takbir yang dilaungkan pada 10 ? 13 Zulhijjah setiap tahun, mengandungi pengajaran yang amat besar dan meninggalkan kesan mendalam dalam sanubari umat Islam.







Ini kerana laungan takbir yang dilaungkan pada hari-hari berkenaan, bertujuan untuk membesarkan Allah SWT di atas segala nikmat yang dianugerahkan kepada semua. Justeru, sepatutnya setiap diri daripada kita yang mengaku Islam, perlu mengetahui secara mendalam pensyariatan laungan takbir pada malam hari raya.
Ia adalah untuk mengisytihar, bahawa Allah SWT adalah Tuhan yang tidak pernah sama memungkiri janji-Nya terhadap hamba-Nya Muhammad untuk memenangkannya dalam medan pertempuran menghadapi pihak musuh (pasukan al-Ahzab) yang terdiri daripada puluhan ribu tentera menghadapi tentera Islam yang kecil jumlahnya.
Sesungguhnya laungan takbir mempunyai makna tersendiri yang mesti difahami dengan jelas oleh setiap individu muslim yang beriman bahawa Allah adalah Tuhan mereka, iaitu menjelmakan kefahaman bahawa Allah adalah segala-segalanya seperti maksud di bawah ini :
1- Kita percaya bahawa tiada Tuhan melainkan Allah, kita juga percaya bahawa tiada undang-undang yang lebih hebat daripada undang-undang-Nya.
2- Kita meyakini bahawa setiap masalah yang timbul adalah daripada-Nya dan jalan penyelesaiannya juga adalah daripada-Nya.
3- Kita mesti beradab dengan kitab suci al-Quran tanpa ada sebarang perasaaan ragu atau syak terhadapnya.
4- Kita hanya tunduk kepada Allah dan agama-Nya (Islam) sahaja, serta menjauhkan diri daripada menganut ajaran atau fahaman yang tiada kena mengena dengan Islam.
5- Kita berjanji untuk menunaikan segala sumpahan kita terhadap-Nya seperti lafaz dalam doa iftitah, al-Fatihah dan doa Qunut.
6- Pasrah hanya kepada Allah dengan menyanjung tinggi serta mendaulatkan undang-undang Islam yang lebih tinggi daripada undang-undang ciptaan manusia yang serba kekurangan.
7- Menjadikan Allah matlamat dalam kehidupan kita termasuk ungkapan, tindakan dan keputusan yang dibuat.
8- Meyakini bahawa segala bencana yang menimpa adalah atas kesilapan kita sendiri dan termasuk dalam senarai qada? dan qadar Allah.
9- Merasa takut dan cemas akan ancaman Allah.
10- Takut kepada azab api neraka.
11- Tidak memilih pemimpin yang menyalahi Syariat Islam, sama ada dari sudut perbuatan, tingkah laku (body language), role model, percakapan dan lain-lain.
12- Tidak terdetik sedikitpun dalam hati untuk tidak percaya kepada Allah pada undang-undang, hukuman dan sebagainya.
13- Menjadikan rumah Allah sebagai tempat mengembalikan kemuliaan Islam dalam segenap aspek dan bukan hanya tempat untuk beribadat semata-mata.
14- Mensuci dan membesarkan Allah pada sifat-sifat serta nama-nama-Nya.
15- Meyakini bahawa Allah tidak membiarkan hamba-hamba-Nya meraba-raba di muka bumi ini tanpa buku panduan.
16- Menjadikan diri kita patuh, setia serta taat hanya kepada-Nya sahaja.
Sementara maksud korban pula, ia merupakan istilah daripada bahasa Arab yang bererti hampir/dekat, iaitu ibadat korban dengan menyembelih binatang ternakan adalah untuk mendekatkan diri kepada Allah seperti yang pernah dilakukan oleh Nabi Ibrahim ke atas anaknya Nabi Ismail.
Korban binatang ternakan adalah dikira sebagai satu ibadat kepada Allah SWT, apabila ia disebut sebagai ibadat, sudah pasti ibadat itu sendiri tidak dapat menerima perlakuan maksiat ketika ibadat korban sedang berlangsung.
Sebagai contoh, apabila seorang wanita itu berniat untuk menunaikan ibadat solat, lengkap dengan mengambil wuduk serta tempat solat yang suci dari sebarang najis yang nyata, tetapi ketika dia melakukan solat, dia bersolek atau memakai baju kebaya yang mendedahkan auratnya, apakah kita dapat menerima hakikat yang mengatakan ibadat solatnya itu sah dan diterima di sisi Allah kerana ibadatnya bercampur dengan maksiat kepada Allah.
Begitulah dengan ketegasn Allah SWT yang menjelaskan dalam ayat 37 surah al-Haj yang bermaksud : Daging-daging (unta, lembu, kambing) dan darahnya yang dikorbankan itu, sekali-kali tidak mencapai (keridaan) Allah, tetapi ketakwaan daripada kamulah yang dapat mencapainya.
Jelas dari apa yang ditegaskan Allah dalam ayat tersebut di atas, sesuatu amalan ibadat korban dengan menyembelih binatang-binatang ternakan pada hari raya itu hanya diterima dari mereka yang benar-benar bertakwa kepada Allah SWT.
Dalam ayat 27 surah al-Maidah pula Allah berfirman yang bermaksud : Sesungguhnya Allah hanya menerima (korban) dari orang-orang yang bertakwa.
Persoalan di sini, adakah orang yang berkorban binatang ternakan pada hari raya korban dengan penampilan macam orang yang tidak beriman boleh dikategorikan sebagai bertakwa kepada Allah?.
Sepatutnya mereka perlu tahu keadaan dan tempat yang membezakan diri mereka pada waktu ibadat korban dijalankan, sebenarnya penampilan mereka itu memperlihatkan kecetekan ilmu yang ada pada diri mereka sendiri, malah memberi ruang kepada orang lain menghukumnya sebagai seorang warga kota yang tidak peka amalan serta ajaran agama.
Tetapi apakah sebenarnya takwa itu yang membezakan antara kita dengan mereka yang kurang peka terhadap Islam?
Takwa seperti yang pernah dijelaskan oleh Saidina Ali Bin Abi Talib ialah : Takut kepada Allah Yang Maha Mulia, beramal dengan isi kandungan al-Quran, reda dengan apa yang sedikit ada pada kita dan bersiap untuk hari pembalasan untuk bertemu dengan Allah.
Takwa juga menurut sebahagian ulama? ialah membersihkan diri dari sifat-sifat terkeji dan melaksanakan segala tuntutan agama Allah SWT.
Selanjutnya, sesuatu ibadat itu tidak diterima di sisi Allah melainkan dilakukan atas dasar ilmu dan kefahaman yang mendalam seperti yang telah disyaratkan dalam ilmu Usul Fiqh.
Kesimpulannya, ibadat mesti dilakukan dengan rasa rendah diri kepada Allah dan menerusi kemantapan ilmu yang diwariskan oleh baginda Rasulullah s.a.w.
Perkara yang perlu dielak ketika menyertai ibadat korban sebagai renungan dan peringatan :
1- Tidak memakai seluar pendek.
2- Tidak bersolek atau memakai baju kebaya belah.
3- Tidak merokok ketika ibadat korban dijalankan.
4- Tidak bercakap pada perkara dunia semasa mata pisau diletakkan atas leher binatang sembelihan.
5- Tidak memakai baju yang tertera tulisan Tiger, Carlsberg, Sports Toto, Magnum ENE, Guinness, Akademi Fantasia, Mentor, One In A Million, Malaysian Idol atau pakaian sukan yang tertera nama-nama pemain bolasepak yang beragama Kristian dan sebagainya. Apa yang penting, hayati ibadat korban yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim ke atas anaknya Nabi ismail sebagai iktibar berguna meniti jalan takwa kepada Allah.

Sabtu, 1 November 2008

SYAHADAH

Kesempurnaan Aqidah seorang muslim bergantung kepada sejauhmana ia dapat menyempurnakan rukun dan syarat-syarat Syahadah. Begitu juga aqidah yang telah sempurna itu boleh rosak apabila rukun dan syaratnya dilanggar.Lafaz syahadah ialah :

Ertinya :Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah

Syahadah ini hendaklah dilafazkan dengan lidah dan ditasdiqkan (ingatkan dengan tetap) di dalam hati.

RUKUN SYAHADAH
Berikut adalah huraian mengenai rukun, syarat dan perkara-perkara yang boleh merosakkan aqidah.Menurut Ulama’ Usuluddin Rukun Syahadah ada 4, iaitu :

Menetapkan zat Allah.
Mengakui zat Allah iaitu sifat Allah adalah paling sempurna.
Menetapkan perbuatan Allah sebagai perbuatan Dia sahaja dan tidak sama dengan perbuatan makhluk.
Menetapkan dan meyakini bahawa agama yang dibawa Rasulullah sahaja yang benar.

SYARAT SYAHADAH


Mampu menyebut dan membacakan kalimah Shahadah ( diucapkan dengan lidah ).
Hendaklah meyakini dalam hati maksud syahadah iaitu meyakini hak-hak Allah dan Rasul.
Jangan ada di dalamnya syak ( 70 – percaya, 30 – tidak percaya )
Jangan ada di dalamnya zan ( 50 - percaya dan 50 tidak percaya )
Jangan ada waham ( 30 – percaya dan 70 lagi tidak percaya ).
Beramal dengan apa yang diyakini, dan menolak segala sesuatu yang merosakkan syahadah.






IMPLIKASI SYAHADAH YANG SEBENAR


Kesan Dunia – Memberi kebahagiaan sepanjang hidup dan tidak akan tersesat.
Kesan Akhirat – bawa syahadah bila bertemu Allah dan Allah akan bertanya kalimah tersebut di alam barzakh sehingga ke padang Mahsyar. Menentukan kebahagiaan kehidupan di akhirat.


10 PERKARA YANG MEMBATALKAN SYAHADAH

Menyekutukan Allah
Bertawakal kepada makhluk (gantung nasib pada makhluk), Konsep sebenarnya kepada Allah taala sahaja.
Mengkafirkan orang Islam yang telah nyata Islamnya. Dan tidak mengkufurkan orang kafir yang telah nyata kufurnya.
akin dan percaya ideologi yang dibawa oleh manusia lebih baik daripada sistem Islam.
Mencaci Nabi dan Sunnahnya.
Hukum Allah menjadi sendaan dan gurauan.
Menenung nasib dan bermain sihir.
Membantu orang kafir untuk merosakkan Islam
Beranggapan bahawa keluar daripada Islam tidak apa-apa
Menolak sebahagian daripada Al-Quran dan menerima sebahagian Al-Quran.

SOLAT MUSAFIR

PENGENALANDalam islam terdapat beberapa kelonggaran yang diberikan di dalam solat kepada para musafir yang keluar dengan tujuan yang baik. Ia merupakan satu keringanan yang diberikan oleh Allah sebagai rahmat kepada seluruh umat Islam.Terdapat beberapan perkara yang perlu diberi perhatian sekiranya ingin menunaikan solat musafir tersebut. Antaranya :AMALAN SUNAT SEBELUM MUSAFIR
Tujuan is bermusafir adalah dengan niat yang baik bukan atas tujuan maksiat, ini semoga perjalanannya itu sentiasa diberkati oleh Allah


Menunaikan 2 rakaat solat sunat musafir sebelum berangkat


Memulakan musafir pada hari khamis ataupun Isnin. Elakkan bermusafir seorang diri,sunat membawa teman


Meminta kaum keluarga supaya mendoakan kita agar selamat dalam perjalanan.


Membaca doa ketikan hendak keluar dari rumah dan juga menaiki kenderaan


Jika jarak yang hendak dituju itu melebihi dua marhalah (60 batu/ 96.6 KM) maka disunatkan kita untuk menjamak dan mengqasarkan solat.
SOLAT DALAM KENDERAANSeseorang yang sedang bermusafir dibolehkan menunaikan solat di tempat duduknya di dalam kenderaan. Ia dibolehkan jika didapati sukar untuk mencari tempat selat semasa dalam perjalanan ataupun kenderaan yang dinaiki itu tidak berhenti. Demikian juga jika kita sukar untuk mendapatkan air wuduk, kita boleh menunaikan solat tapa wuduk tetapi solat tersebut hanya dikira sebagai menghormati waktu dan WAJIB di qada' kemudiannya. Jika ianya solat sonat tidak perlu mengqada'nya. Solat dalam kenderaan juga boleh dijamak atau diqasarkan setelah cukup syarat-syaratnya.
PANDUAN SOLAT DALAM KENDERAAN

Duduk dengan menegakkan badan di tempat duduk dalam kenderaan


Menghadap ke arah kiblat dengan berpandukan kompas atau kaedah yang sesuai walaupun tidak semestinya tepat. Memadai juga jika kita meyakini arah kiblat itu hanya pada awal solat sahaja ketika takbitarul ihram.


Niatkan solat yang hendak kita tunaikan itu ketika takbiratul ihram


Bacaan surah dalam solat adalah sama sepertu solat biasa
Rukuk hendaklah dilakukan dengan isyarat iaitu dengan menundukkan sedikit kepala serta badan dan kedua tangan di letakkan pada lutut.


Sujud pula dilakukan dengan menundukkan kepala dan badan terkebawah sedikit dari isyarat rukuk.


Duduk diantara dua sujud, duduk tahiyat awal dan akhir masih kekal sepeertu biasa dengan duduk di kerusi kenderaan.


Kita tidak perlu mengubah tempat duudk untuk membetulkan arah kiblat jika kenderaan yang kita naiki itu sering bertukat arah.
APAKAH SOLAT MENGHORMATI WAKTU ?Solat menghormati waktu ialah solat yang dilakukan dalam keadaan berhadas (kerana tiada air untuk berwuduk atau tiada tanah untuk bertayammum) dan juga solat yang tidak dapat menghadap kiblat. Solat ini WAJIB di qada semula setelah beroleh air atau tanah ataupun dapat menghadap kiblat kembali. Kita juga boleh mengqada' solat solat hormat waktu ini secara jama' ataupun qasar dengan syarat kita masih berada di dalam musafir.Apbila kita telah kembali ketempat asal maka solat hormat waktu mestilah di qada' secara sempurna. Jika ditakdirkan kita meninggal semasa musafir dan kita masih belum mendapatkan air untuk berwuduk atau tanah untuk bertayammun bagi megqada' solat maka memadai solat menghormati itu telah diterima Allah.Sebaliknya jika kita berpeluang untuk mengqada' solat hormat waktu ini setelah adanya air atau tanah tetapi kita masih melengahkannya maka kita dikira berdosa.

BERSUCI

PENGERTIAN BERSUCIFirman Allah swt maksudnya, "Sesunguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaubata dan yang suka menyucikan diri " (Al Baqarah : 222)Bersuci atau At Thaharah ialah suatu pekerjaan yang dilakukan bagi menghilangkan hadas atau najis yang ada di badan, pakaian atau tempat tinggal kita. Ia mesti dibersihan supaya kita boleh melakukan ibadah. Di dalam ajaran Islam bersuci adalah sesuatu yang WAJIB. Sebahagian dari bersuci adalah berwuduk, mandi dan membersihkan najis dari badan.JENIS-JENIS BERSUCI
Bersuci dari hadas kecil. Apabila kita berada dalam keadaan begini kita dilarang dari mengerjakan sembahyang dan menyentuh Al Quran. Cara untuk menyucikan ialah dengan mengamil wuduk ataupun bertayammum.


Bersuci dari hadas besar. Mereka yang berjimak, haid dan nifas adalah termasuk di dalam golongan ini. Cara bersuci daripadanya ialah dengan mandi junub. Perkara yang ditegah dari melakukannya seperti sembahyang, puasa, menunaikan haji, iktikaf di masjid dan menyentuh atau membaca Al Quran.


Beristinjak. Ia bertujuan bagi menghilangkan najis yang keluar dari dua saluran iaitu qubul dan dubur.

ISTINJAK
RUKUN ISTINJAKRukun istinjak ada 3 iaitu :
Islam
Menggunakan air, batu, kertas, daun dan benda keras yang suci
Najis itu mestilah keluar dari qubul dan dubur
SUNAT-SUNAT ISTINJAK
Haruslah dilakukan dengan bilangan yang ganjil seperti 3x, 5x atau 7x dan seterusnya.
Menggunakan tangan kiri
BERISTINJAK DENGAN BATUSyarat-syarat menggunakan batu atau lain-lain benda yang keras ialah:
Pastikan benda tersebut tidak mengalir
Pastikan najis belum kering
Pastikan tempat keluar najis tersebut tidak terhalang oleh benda-banda lain
BERISTINJAK DENGAN AIRPerlakuannya ialah lebih kurang sama dengan batu. Terlebih dahulu mestilah dibersihkan sehingga hilang 3 perkara iaitu bau, warna dan rasa. Apabila selesai disunatkan membaca doa.
BENDA-BENDA BERNAJIS
Antara benda-benda najis menurut Islam adalah seperti berikut :
Semua jenis bangkai binatang darat dan laut yang berdarah melainkan mayat manusia. Bianatang darat dan laut yang tidak berdarah dianggap suci.
Darah kecuali hati dan limpa
Semua jenis benda yang keluar dari qubur dan dubur
Nanah kerana ia terhasil dari darah yang kotor
Arak dan semua jenis minuman yang memabukkan
Bahagian binatang yang diambil dari badannya semasa ia masih hidup
JENIS-JENIS NAJISTerdapat 2 jenis najis yang boleh diklasifikasikan dalam Islam iaitu:
NAJIS MUGHALLAZAHIaitu anjing dan babi serta segala anggota tubuh badannya. Cara menyucikannya ialah dengan menyiram sekali air tanah atau lumpur dan 6 kali dengan air yang bersih


NAJIS MUKHAFFAFAHIaitu najis ringan seperti air kencing kanak-kanak lelaki yang berumur 2 tahun kebawah dan hanya memakan susus ibunya sahaja. Cara menyucikannya ialah memadai dengan memercikkan air ke atas benda yang terkena najis itu kemudian lapkannya


NAJIS MUTAWASSITAHIaitu najis pertengahan. Najis ini terbahagi kepada dua bahagian :
(a)
Hikmiah adalah najis yang kita yakini adanya tetapi tidak nyata zatnya seperti air kencing yang sudah lama kering hinggakan sifatnya sudah hilang. Najis ini disucikan dengan mengalirkan ari keatasnya
(b)
'Ainah adalah najis yang dicuci dengan menghilangkan dan membersihkan semua zatnya



JENIS-JENIS AIR
Terdapat 5 jenis air iaitu :
AIR MUTLAKSifatnya adalah suci lagi menyucika. Air ini boleh digunakan bagi menyucikan benda lain. Contohnya air hujan, laut, perigi, air mata air, salji, sungai dan air embun


AIR MUQAYYATSifatnya adalah suci tetapi tidak boleh menyucikan. Air ini tidak sah digunakan untuk menyucikan benda lain seperti air kopi, teh, ar buah-buahan dan sebagainya.


AIR MUTANNAJJISAir ini terbahagi kepada 2 bahagian iaitu:
(a)
Telah berubah salah satu sifatnya iaitu warna , bau dan rasa dengan najis. Air ini tidak boleh digunakan lagi sama ada banyak ataupun sedikit.
(b)
Air bernajis tetapi tidak berubah sifatnya. Air ini jika kurang dari 2 kolah (lebih kurang 13 tin minyak tanah) tidak boleh digunakan lagi tetapi jika 2 kolah atau lebih maka hukumnya suci lagi menyucikan.


AIR MUSYAMMASIalah air yang terjemur di tengah pancaran matahari dalam bekas selain dari bekas emas dan perak. Ianya makruh digunakan untuk badan tetapi tidak untuk pakaian


AIR MUSTAGHMALIalah air yang telah digunakan untuk menyucikan benda-benda lain dan sukatannya adalah kurang dari 2 kolah. Air ini tidak sah digunakan untuk bersuci walaupun tidak berubah sifatnya.

FIDYAH

Fidyah merupakan bayaran denda yang dikenakan kepada seseorang yang tidak dapat mengganti puasanya di Bulan Ramadhan pada sesuatu tahun sehinggalah tibanya Bulan Ramadhan tahun berikutnya. Hukum membayar Fidyah adalah WAJIB . Dengan membayar fidyah tidak bermaksud mereka tidak perlu membayar puasanya kerasa puasa tersebut tetap wajib di ganti mengikut bilangan hari yang telah ditinggalkannya. Sekiranya bilangan hari tersebut telah melangkau tahun maka kadar fidyah bagi hari tersebut akan digandakan.Kadar Fidyah dikira berdasarkan kadar harga beras (makanan asasi penduduk) sebanyak secupak. Kadar tersebut berubah mengikut harga yang ditetapkan pemerintah di sesuatu tempat. Beras tersebut hendaklah di beri makan kepada fakir dan miskin dan bukan berbentuk wang tunai, pakaian dan sebagainya.Di Lembaga Zakat Selangor (MAIS), kami menerima pembayaran fidyah secara wang tunai dan akan mengagihkan bayaran tersebut kepada fakir dan miskin dalam bentuk beras kepada mereka. Ia perlu dilakukan sebelum 1 Syawal setiap tahun.Oleh kerana kami perlu melakukan proses pembelian beras dan pengagihan, diharapkan pembayar tidak membuat bayaran fidyah di saat-saat akhir seperti di penghujung bulan Ramadhan kerana proses agihan memerlukan waktu untuk mengagihkannya. Contohnya bayaran pada akhir Ramadhan adalah mustahil untuk LZS (MAIS) menyerahkan beras kepada fakir dan miskin sebelum 1 Syawal tahun tersebut.
Bayaran fidyah boleh dikira menggunakan Kalkulator Fidyah di bawah ini :Cara penggunaan:TAHUN GANTI : Merupakan tahun anda mahu mengganti puasa tersebut.TAHUN TINGGAL : Merupakan tahun anda meninggalkan puasa.Sila pastikan anda menekan button 'save' terlebih dahulu bagi setiap transaksi sebelum menekan button 'kira'.

TALBIAH

TALBIAH


Hambamu datang menyahut panggilanmu, Ya Allah, Hambamu datang menyahut panggilanmuHambamu datang menyahut panggilanmu, Tidak ada sekutu bagimu, Hambamu datang menyahut panggilanmuSesungguhnya segala pujianDan nikmatDan pemerintahan adalah kepunyaanmuTidak ada sekutu bagimu

TAWAF WADA'

TAWAF WADA'


Tawaf Wada' adalah tawaf selamat tinggal kerana memuliakan dan menghormati Baitullah bagi mereka yang hendak meninggalkan Mekah sejauh 2 marhala (91 km) atau lebih. Hukumnya adalah wajib

Jika uzur dikecualikan daripada Tawaf Wada' Tidak berdosa dan tidak dikenakan Dam1. Perempuan haid/nifas atau Mustahadah2. Sakit Salsalbaul (kencing tidak lawas)3. Orang luka yang darahnya tidak berhenti4. Dipaksa meninggalkan Tawaf5. Takut kepada orang zalim6. Takut ditinggalkan teman sepemergian7. Takut dari peminta hutang kerana tiada upaya menjelaskan8. Takut harta/keselamatan/kehormatan terancam9. Tiada air dan tanah untuk bersuci
Jika ditinggalkan tanpa uzurTidak dikenakan Dam dan tidak berdosa1. Orang yang masih belum menyempurnakan mana-mana rukun haji2. Orang yang keluar dari kota Mekah kemudian dengan tidak semena-mena bermusafirBerdosa tapi tidak dikenakan DamOrang yang meninggalkan dengan sengaja lagi tahu hukum wajibnya. Kemudian belum sampai 2 marhala ia berpatah balik dan melakukan Tawaf. Berpatah balik itu menggugurkan dam tetapi tiada gugur dosaBerdosa dan wajib bayar DamMeninggalkan dengan sengaja tanpa uzur syarie
Jika jahil atau terlupaDikenakan Dam dan tidak berdosa

CARA MENGERJAKAN UMRAH

CARA MENGERJAKAN UMRAH


Pada syara' menziarahi Baitullahil Haram kerana mengerjakan Tawaf, Sa'ei menurut syarat-syaratnya serta menunaikan wajib-wajibnya.

UMRAH

PERBUATAN
HUKUM
Di mana-mana sebelum berniat
Mandi sunat ihram
Sunat
Memakai pakaian ihram
Wajib
Sembahyang sunat ihram
Sunat
Pada bila- bila masa sepanjang tahun jika melakukan haji dan jika berada di Mekah Miqatnya di Jaranah / Tanaim
Di Miqat Haji jika dari Malaysia
Niat
Rukun
Niat ihram di Miqat
Wajib
Lepas niat hingga bercukur/bergunting
Meninggalkan perkara-perkara larangan dalam berihram
Wajib
Lepas niat hingga mula Tawaf
Talbiah
Sunat
Bila sampai Mekah
Di Baitullah
Tawaf
Rukun
Di Mas'aa
Sa'ei
Rukun
Di Marwah / di mana - mana
Bercukur/bergunting
Rukun
Tertib melaksanakan rukun
Rukun

JENIS HAJI

JENIS HAJI


HAJI TAMATTU'
Mengerjakan umrah dahulu dalam bulan-bulan haji kemudian mengerjakan haji di tahun yang sama
[Cara mengerjakan Haji Tamattu']


HAJI IFRAD
Mengerjakan haji dahulu dalam bulan-bulan haji kemudian mengerjakan umrah
[Cara mengerjakan Haji Ifrad]


HAJI QIRAN
[Cara mengerjakan Haji Qiran]

CARA 1:
Berniat mengerjakan haji dan umrah serentak dalam bulan-bulan haji dengan mengerjakan amalan-amalan haji sahaja


CARA 2:
Berniat mengerjakan umrah sahaja, tetapi belum tawaf ia berniat mengerjakan haji

DAM

DAM


Menyembelih binatang dan penggantinya dam itu daripada makanan atau puasa yang wajib ditunaikan oleh orang yang mengerjakan haji dan umrah jika ia meninggalkan salah satu daripada perkara wajib haji/umrah ATAU melakukan perkara-perkara larangan semasa ihram ATAU menunaikan haji Tamattu', Qiran dengan syarat-syaratnya

DAM IHSAR

PENGERTIAN
Dam untuk tujuan melepaskan diri dari pantang larang ihram bagi seseorang yang sudah berniat ihram tetapi tidak dapat menyelesaikan hajinya atau umrahnya.

SEBAB-SEBAB
Terhalang atau terkepung dalam perjalanan atau ketakutan dari musuh atau berpenyakit

SEBAB-SEBAB LAIN
dam Ihsar boleh digunapakai untuk menyelesaikan masalah perempuan yang datang haid dan tidak dapat menyelesaikan Tawaf Haji atau Umrah kerana terpaksa balik segera ke tanah air (Haji atau Umrahnya belum selesai). Dia hendaklah pergi lagi ke Tanah Suci Mekah untuk menyelesaikan kerja-kerja haji atau umrahnya yang belum selesai jika mampu.

CARA MELAKSANAKAN DAM IHSAR
Setelah keluar dari Mekah dua marhalah (91 km) atau lebih atau setelah sampai ke tanah air hendaklah:

1.
Menyembelih seekor kambing dan bercukur atau bergunting (dengan itu, maka terlepaslah dari semua pantang larang ihram)
2.
Jika tidak mampu hendaklah membeli makanan dengan nilai seekor kambing dan dibahagikan kepada fakir miskin tempatan
3.
Jika tidak mampu juga hendaklah berpuasa beberapa hari sebanyak bilangan cupak yang dapat dibeli dengan nilai seekor kambing


DAM TERTIB DAN TAQDIR

SEBAB-SEBAB DIKENAKAN DAM

1.
Ihram Tamattu' (dengan syarat-syaratnya)
2.
Ihram Qiran (dengan syarat-syaratnya)
3.
Luput wuquf di Arafah
4.
Tidak melontar Jamrah
5.
Tidak bermalam di Mina (dengan syarat-syaratnya)
6.
Tidak bermalam di Muzdalifah (dengan syarat-syaratnya)
7.
Tidak berihram di Miqat
8.
Meninggalkan Tawaf Wada'
9.
Melanggar nazar dalam masa mengerjakan haji

DAM YANG DIKENAKAN
Menyembelih seekor kibasy atau kambing atau 1/7 daripada lembu atau unta atau kerbau

JIKA TIDAK BERKUASA
Hendaklah berpuasa 10 hari, 3 hari dimasa haji dan 7 hari apabila ia balik ke tempatnya

JIKA TIDAK BERDAYA BERPUASA
Dengan sebab tua, maka dikeluarkan satu cupak tiap-tiap satu hari (10 cupak)

JIKA TIDAK BERDAYA JUGA
Tertanggunglah di atas zimmahnya


DAM TERTIB DAN TA'DIL

PENGERTIAN
Ta'dil bermakna apabila seseorang tidak berkuasa mengeluarkan makanan hendaklah diganti dengan puasa

SEBAB-SEBAB DIKENAKAN DAM

Persetubuhan yang merosakkan haji, iaitu yang dilakukan sebelum Tahallul Awal atau sebelum selesai kerja-kerja UmrahDAM YANG DIKENAKAN
1.
Menyembelih seekor unta
2.
Jika tidak berkuasa: Menyembelih seekor lembu
3.
Jika tidak berkuasa: Digantikan dengan 7 ekor kambing
4.
Jika tidak berkuasa: Hendaklah membeli makanan dengan nilai seekor unta dan dibahagikan kepada fakir miskin di Tanah Haram
5.
Jika tidak berkuasa: Hendaklah berpuasa beberapa hari sebanyak bilangan cupak makanan yang dapat dibeli dengan nilai seekor unta dan wajib menghabiskan kerja-kerja hajinya atau umrahnya dan wajib qada' pada tahun berikutnya
ATAU
Tertahan/ditahan oleh musuh dalam perjalanan atau terkepung tidak dapat masuk Mekah sedangkan ia sudah berihramHENDAKLAH BERTAHALLUL IHSAR DAN DAM YANG DIKENAKAN
1.
Ia hendaklah bertahallul (Ihsar) iaitu menyembelih seekor kambing dan bercukur/bergunting
2.
Jika tidak berkuasa: Hendaklah membeli makanan dengan nilai seekor kambing dan dibahagikan kepada fakir miskin di tempat Tahallul
3.
Jika tidak berkuasa: Hendaklah puasa beberapa hari sebanyak bilangan cupak makanan yang dapat dibeli dengan nilai seekor kambing


DAM TAKHYIR DAN TA'DIL

PENGERTIAN
Takhyir bererti boleh dipilih satu daripada perkara-perkara yang ditetapkan

SEBAB-SEBAB DIKENAKAN DAM

Berburu binatang buruan sama ada di Tanah Haram atau HalalDAM YANG DIKENAKAN
1.
Menyembelih binatang mengikut bandingan binatang yang diburu, kalau rusa bandingannya lembu, kalau kijang bandingannya kambing
2.
ATAU: Membeli makanan dengan nilai harga binatang bandingan dan dibahagikan kepada fakir miskin Mekah
3.
ATAU: Berpuasa beberapa hari sebanyak bilangan cupak yang dapat dibeli dengan harga nilainya iaitu satu cupak satu hari
ATAU
Mengerat, menebang atau mencabut pokok dalam Tanah Haram Mekah kecuali pokok yang mati (kering)DAM YANG DIKENAKAN
1.
Menyembelih binatang mengikut bandingan pokok yang dikerat/ditebang/dicabut, kalau pokok besar bandingannya lembu dan kalau kecil bandingannya kambing
2.
ATAU: Membeli makanan dengan nilai harga binatang bandingan dan dibahagikan kepada fakir miskin Mekah
3.
ATAU: Berpuasa beberapa hari sebanyak bilangan cupak yang dapat dibeli dengan harga nilainya iaitu satu cupak satu hari


DAM TAKHYIR DAN TAQDIR

PENGERTIAN
Ketetapan pada barang yang boleh diganti

SEBAB-SEBAB DIKENAKAN DAM

1.
Membuang/mencabut/menggunting 3 helai rambut atau bulu dari mana-mana anggota
2.
Memakai pakaian yang dilarang dalam ihram dengan sengaja
3.
Mengerat kuku, menanggalkan atau membinasakannya
4.
Memakai bau-bauan dengan sengaja
5.
Memakai minyak di kepala/janggut/semua bulu muka selain daripada bulu tumbuhan di pipi dan di dahi dengan sengaja
6.
Melakukan perkara permulaan persetubuhan dengan sengaja
7.
Melakukan persetubuhan selepas selesai Tahallul Awal, tetapi belum selesai Tahallul Kedua dengan sengaja
8.
Melakukan persetubuhan selepas persetubuhan yang merosakkan haji dengan sengaja

DAM YANG DIKENAKAN
Menyembelih seekor kambing

ATAU
Bersedekah kepada 6 orang fakir miskin sebanyak 2 cupak makanan tiap-tiap seorang

ATAU
Berpuasa tiga hari

SYARAT WAJIB HAJI / UMRAH

SYARAT WAJIB HAJI / UMRAH




Islam




Baligh




Berakal




Merdeka


Dengan Sendiri
------
Berkuasa
------
Dengan Pertolongan Orang Lain (badal haji)





Ada tambang pergi/balik


Uzur tidak dapat mengerjakan sendiri
Ada bekalan / nafkah


Atau sakit yang tiada harapan sembuh
Ada kenderaan pergi/balik


Atau terlalu tua
Aman dalam perjalanan pergi/balik


Atau yang telah meninggal dunia yang berupaya semasa hayatnya
Sihat tubuh badan




Berkesempatan masa







Tambahan bagi perempuan













Dengan izin suami/wali






Ditemani suami/mahram/perempuan - perempuan yang dipercayai

BULAN-BULAN ISLAM

MALAN SUNAT DALAM BULAN-BULAN ISLAM :BULAN MUHARRAM
Tanggal 1-9hb disunatkan berpuasa (puasa Tasua')
Tanggal 10hb disunatkan berpuasa (puasa Asyura)
Dalam bulan ini disunatkan agar memperbanyakkan amalan bersedekah kepada fakir miskin
Disunatkan supaya melebihkan perbelanjaan dalam keluarga
Mengusap kepada anak yatim dan menaruh perasaan belas kasihan terhadap mereka
Memperbanyakkan bacaan zikir dan selawat
Sesiapa yang berbuat baik kepada anak yatim seolah-olah ia telah berbuat baik kepada semua anak-anak yatim.
Sesiapa yang bersedekah pada hari itu maka seolah-olah ia tidak pernah menolak permintaan orang yang meminta-minta selama hidupnya
BULAN SAFAR
BULAN RABIUL AWWALBULAN RABIUL AKHIRBULAN JAMADIL AWWALBULAN JAMADIL AKHIRTiada amalan sunat yang khusus atau istimewa dalam bulan ini melainkan amalan sunat dan fardhu seperti biasa.REJABBersabda Rasulullah saw maksudnya " Rejab adalah bulan Allah, Sya'ban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku." Sesiapa yang berpuasa dalam bulan ini dengan penuh ikhlas semata-mata mengharapkan rahmat dari Allah maka ia layak mendapat ganjaran dari Allah seperti yang telah disabdakan oleh Rasulullah saw maksudnya,
Sesiapa yang berpuasa sehari maka ia akan mendapat keredhaan Allah
Sesiapa yang berpuasa 2 hari maka ia akan mendapat kemuliaan yang besar dari Allah
Sesiapa yang berpuasa 3 hari maka ia akan dijauhkan dari Allaj dari dugaan dunia, deselamatkan dari penyakit yang berbahaya dan diselamatkan dari disiksa diakhirat dan fitnah dajjal
Sesiapa yang berpuasa 7 hari maka akan dikunci oleh Allah 7 pintu neraka jahannam baginya
Sesiapa yang berpuasa 8 hari maka akan dibuka oleh Allah 8 pintu syurga baginya
Sesiapa yang berpuasa 10 hari maka akan dieprkenankan oleh Allah hayat dan permintaannya
Sesiapa yang berpuasa 15 hari maka Allah akan menambahkan pula pahala amalannya berlipat kali ganda
Orang yang berpuasa di bulan Rejab kelak di Syurga diberi minum air sungai yang bernama Rejab yang airnya lebih putih dari susu, lebih manis dari manisan dan lebih dingin dari salji
Dalam bulan lain setiap amalan akan digandakan Allah 10 kebajikan, tetapi pada bulan Rejab akan digandakan sebanyak 70 kebajikan.
Digalakkan mendengar kisah dan peristiwa yang berlaku dalam bulan Rejab seperti Isra' Mikraj Rasulullah saw.
BULAN SYAABAN
Syaaban adalah bulan Rasulullah saw. Bersabda yang maksudnya " Dinamakan dengan syaaban (berserak-serak) itu adalah kerana di dalamnya terdapat banyak kebajikan yang berserak-serak.
Setiap amalam kebajikan akan digandakan oleh Allah dengan 700 kali ganda
Allah akan menurunkan rahmatNya serta memberikan pengampunan umum kepada hambanya.
Sesiapa yang berpuasa 3 hari di awal, pertengahan dan di akhirnya maka Allah akan menuliskan baginya pahala 70 orang nabi, pahala beribadat selama 70 tahun.
Kelebihan malam nisfu Syaaban pula ialah sesiapa yang mendirikan solat sunat sunat dan menghidupkan malam itu dengan banyak berdoa, berzikir, berselawat, bertasbih, membaca al Quran dan sebagainya maka Allah akan membukakan untuknya 300 pintu rahmat disamping doanya tidak akan ditolak.
Orang-orang yang tidak diampunkan oleh Allah pada malam nisfu syaaban ialah mereka yang menyekutukan Allah dengan sesuatu, tukang sihir, tukang nujum, mereka yang suka bermusuhan, peminum arak, penzina, pemakan riba, derhaka terhadap kedua ibu bapa, pembuat fitnah dan mereka yang memutuskan tali silaturrahim.
BULAN RAMADHANRamadhan adalah bulan umat Muhammad saw. Bersabda baginda yang bermaksud " Apabila tiba bulan Ramadhan maka akan dibukakan pintu-pintu syurga dan ditutupkan pintu-pintu neraka lalu diikatkan semua syaitan."Sabda baginda dalam hadis yang lain, " Jika umat manusia itu mengetahui kelebihan yang terdapat di dalam bulan ramadhan nescaya umatku akan menginginkan supaya dijadikan sepanjang tahun itu Ramadhan"
Setiap amalan kebajikan akan digandakan oleh Allah sebanyak 1000 kali ganda
Setiap amalan sunat akan diberikan ganjaran pahala amalan fardhu
Ramadhan dibahagikan kepada tiga bahagian istimewa bagi mereka yang berpuasa iaitu bahagian pertamanya dipenuhi dengan rahmat Allah, bahagian kedua dipenuhi dengan keampunan dari Allah dan bahagian ketiga pembebasan dari api neraka
Dituntut supaya mengerjakan solat sunat tarawikh, witir dan solat sunat yang lain.
Benyakkan berdoa, berzikirz selawat, membaca Al Quran, bertaubat dan lain-lain
Banyakkan bersedekah kepada fakir miskin dan membantu mereka yang berada di dalam kesusahan dan ditimpa kemalangan.
Memberi makan kepada mereka yang hendak berbuka puasa.
Menggandakan amalan sunat terutamanya pada 10 malam yang terakhir Ramadhan bagi mengharapkan keberkatan dan kebesaran malam Lailatul Qadar seperti beriktikaf di masjid, qiamullail dan sebagainya
BULAN SYAWALAmalan sunat di bulan Syawal :
Amalan sunat pada 1 Syawal seperti :
a)
Membayar zakat fitrah sebelum menunaikan Solat Aidil Fitri
b)
Menghias diri dan tempat tinggal supaya kelihatan bersih dan cantik
c)
Mendi Sunat Aidilfitri pada pagi harinya
d)
Menjamah sedikit makanan sebelum keluar menuju masjid
e)
Keluar menuju ke masjid dengan satu jalan dan bila pulang menggunakan jalan yang lain
f)
Lebih afdal dengan berjalan kaki ke masjid
g)
Mengumandangkan takbir, tahmid dan tahlil bermula malam 1 Syawal hinggalah tersenam matahari pada hari raya tersebut.


Berpuasa 6 hari dalam bulan Syawal (Sunat Syawal)Rasulullah saw bersabda yang maksudnya " Sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dan kemudian diikuti dengan 6 hari dibulan Syawal maka perumpamaannya seperti ia berpuasa sepanjang tahun."


BULAN ZULKAEDAHTiada amalan sunat yang khusus atau istimewa dalam bulan ini melainkan amalan sunat dan fardhu seperti biasa.BULAN ZULHIJJAHDari sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas r.a, Rasullullah s.a.w telah menerangkan tentang fadilat di bulan Zulhijjah iaitu :
Tanggal 1 Zulhijjah kesalahan Nabi Adam as telah diampunkan Allah. Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada hari itu dosanya akan diampunkan oleh Allah
Tanggal 2 Zulhijjah doa nabi Yunus as diperkenankan Allah. Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada hari itu seperti berpuasa setahun dan dicatitkan baginya seperti tidak pernah melakukan maksiat.
Tanggal 3 Zulhijjah doa nabi Zakaria telah diperkenankan oleh Allah. Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada hari itu doanya juga akan diperkenankan oleh Allah
Tanggal 4 Zulhijjah Nabi Isa dilahirkan. Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada hari itu akan terhindar dari kefakiran dan kemelaratan.
Tanggal 5 Zulhijjah Nabi Musa as dilahirkan. Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada hari itu akan terlepas ia dari sifat munafik dan siksa kubur
Tanggal 6 Zulhijjah allah telah membukakan pintu-pintu kebajikan kepada nabi-nabiNya. Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada hari itu akan dipandang oleh Allah dengan pandangan rahmat
Tanggal 7 Zulhijjah pintu neraka Jahannam akan dikunci. Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada hari itu akan dibukakan 30 pintu kemudahan dan dikunci 30 pintu kesulitannya
Tanggal 8 Zulhijjah Nabi Ibrahim telah mendapat perintah supaya menyembelih anaknya Ismail. Seharian ia berfikir sama ada perintah itu daripada Allah atau dari Syaitan.Hari itu dinamakan hari Tarwiyah (hari berfikir). Sesiapa yang berpuasa hari tersebut akan diberikan pahala yang banyak oleh Allah
Tanggal 9 Zulhijjah Allah telah memberitahu kepada Nabi Ibrahim bahawa mimpinya itu adalah benar dari Allah, bukan dari syaitan. Oleh itu, hari tersebut terlah dikenali sebagai 'Arafah' (Hari ketahui). Sunat bersedekah kepada fakir miskin. Sesiapa yang bersedekah pada hari tersebut akan dibangkitkan oleh Allah pada hari kiamat nanti dalam keadaan aman dan sentosa.

Amalan sunat pada 10 Zulhijjah seperti :
a)
Mandi sunat Aidil Adha pada pagi harinya.
b)
Sunat tidak menjamah makanan atau minuman sehinggalah selesai menunaikan solat Adha
c)
Keluar menuju ke masjid dengan satu jalan dan bila pulang menggunakan jalan yang lain
d)
Lebih afdal dengan berjalan kaki ke masjid
e)
Mengumandangkan takbir, tahmid dan tahlil bermula malam 10 Zulhijjah hinggalah tersenam matahari pada tanggal 13 Zulhijjah (Takbir Muqayyad)
Sunat membaca doa akhir tahun pada tanggal 29 atau 30 Zulhijjah selepas solat Asar dan membaca doa awal tahun selepas solat Magrib pada malam pertama awal Muharram.

Rabu, 10 September 2008

Assalamualaikum. ..


Kepada sahabat-sahabat sekalian...
Sekiranya anda berminat dengan beberapa perisian percuma bolehlah muat turun dari website berikut :
1-Perisian Kamus 2,03
2-Ccleaner
( membersihkan hardisk Anda dari *tmp (fail sementara) serta membaiki invalid entries dsbg lagi..Amat sesuai bagi melajukan komputer anda!
3- AVIRA ( antara Antivirus percuma yang terbaik)
4. Foxit reader ( perisian kecil untuk membuka file PDF)
5- Opera ( pelayar web terpantas dan padat fungsinya)
6- Feedemon ( pembaca RSS terbaik/ membaca blog /akhbar harian)
7-Adobe Reader versi terbaru percuma
8- Nero versi 8.3,6 ( Untuk copy/burn cd/dvd)
9-Internet explorer versi 8
10. Revo uninstaler ( Uninstall program dengan sepenuhnya )
11- PICASA ( Uruskan foto-foto anda dengan lebih mudah dan menarik )
12- ORBIT ( untuk muat turun sebarang file dan video)
13-Athan Basic (perisian azan/ Waktu solat percuma)
14-Online Dictionary
andainya anda berminat dengan perisian terbuka...sila dapatkan maklumat lanjut di website sini
9-
Dapatkan informasi , berita terkini & bahan-bahan ilmiah melalui
beratus-ratus pautan web yang menarik! Segalanya di halaman: www.freewebs. com/zakuan

Cara-cara membuat website


"Hendak mereka bentuk laman web? Lain orang lain cara serta langkah-langkah untuk merekabentuk laman web.

Pertama sekali anda harus mempunya cukup informasi sebelum memulakan perancangan untuk membina laman web. Ini penting semasa proses lakaran dan proses membuat grafik. Anda perlu tahu pecahan jaringan(link) untuk bar menu, grafik yang bakal diguna serta konsep warna apa yang patut diguna.

Pada kebiasaannya untuk memulakan rekabentuk, sekeping kertas akan digunakan untuk proses lakaran. Gunalah pensel atau pen dan lakarlah rupabentuk laman web yang bakal anda reka. Proses ini penting bagi anda membayangkan bagaimana grafik anda akan direka, di mana letaknya bar menu, lokasi isi kandungan laman web anda dan lain-lain.

kredit to ahlifikir.com

Kemudian, barulah buka Adobe Photoshop atau perisian grafik yang biasa anda gunakan untuk merealisasikan lakaran idea anda tadi. Dengan cara ini barulah kerja merekabentuk laman web akan jadi lebih berkesan. Masa tidak akan terbuang begitu sahaja sekiranya anda terus merekabentuk di dalam perisian grafik. Jika anda terus menggunakan perisian anda akan menjadi lebih mudah untuk tertinggal bahagian penting seperti bilangan butang yang sepatutnya ada dan anda juga akan mencuba berbagai cara rekabentuk yang anda sendiri pun tak pasti samada anda suka atau tidak.

Guna perisian grafik anda untuk membuat layout laman web. Segala warna, efek, lokasi menu, grafik dan lain lain hendaklah digambarkan di dalam perisian grafik. Kemudiannya, barulah ditukar ke dalam perisian HTML seperti Dreamweaver.

Grafik di dalam Photoshop akan dipecahkan (crop) mengikut kesesuaian untuk diletakkan di dalam table. Secara peribadi amat cenderung untuk menggunakan table apabila membina sesebuah laman web. Ianya senang untuk dikawal dan mudah untuk menyusun grafik di dalam table. Table border hendaklah ditetapkan kepada 0 supaya percantuman grafik yang telah dipecahkan tadi menjadi sempurna.

Anda harus berhati-hati semasa menukar grafik Photoshop kepada grafik yagn sesuai untuk web (GIF, Jpeg) kerana fail grafik yang besar akan mengganggu kelancaran semasa laman web anda diload. Pilihlah setting yang sesuai untuk mengoptimumkan fail grafik tersebut. Susunlah grafik anda di dalam satu folder yang khas.

Layout laman web hendaklah konsisten. Kedudukan menu utama hendaklah kekal sama untuk keseluruhan halaman-halaman di laman web. Begitu juga dengan warna latar belakang, grafik, warna jaringan serta warna dan jenis huruf.

Tulisan yang patut dibuat menggunakan HTML hendaklah dikenal pasti. Jangan terlalu menggunakan terlalu banyak grafik sehingga tulisan biasa pun hendak menggunakan grafik.

Setelah siap semua halaman, pastikan jaringan anda betul untuk keseluruhan laman web untuk mengelakkan ketidakjumpaan halaman apabila sesuatu jaringan diklik.

Akhir sekali, upload semua fail HTML ke server, sekali lagi ambillah inisiatif untuk memeriksa laman web tersebut setelah diupload.

bacaan MyP4u.blogspot.Com



"

Selasa, 9 September 2008

Umat Islam seluruh dunia wajib bersyukur kerana masih lagi berkesempatan pada tahun ini menikmati kehadiran bulan Ramadan yang ditunggu-tunggu, kerana kedatangannya membawa seribu makna yang tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata.




Apapun Ramadan memang benar-benar menjanjikan yang terbaik berupa amalan-amalan, yang bukan sahaja tidak dijanjikan pada bulan-bulan lain selainnya, malah setiap amalan itu pula diganjari dengan pahala yang berlipat kali ganda. Ia bertujuan untuk menggalakkan umat agar suka beribadat untuk mencari keredaan Allah SWT.

Ditambah pula dalam Ramadan terdapat 'Lailatul Qadr', tadarus al-Quran, tazkirah, sesi berbuka puasa dan sahur, qiamullail, iktikaf, pengeluaran zakat fitrah, sedekah, penyediaan juadah berbuka puasa untuk orang yang berpuasa, bersolat jemaah pada solat lima waktu, bersegera melakukan kebaikan dan banyak lagi merupakan amalan-amalan yang boleh melonjakkan prestasi seorang individu Muslim itu kepada Allah SWT.

Bayangkan, bahawa Rasulullah s.a.w. ada menegaskan dalam sebuah hadisnya yang diriwayatkan oleh Salman al-Farisi maksudnya, setiap amalan sunat seseorang Muslim itu pada bulan Ramadan dianggap sebagai satu amalan fardu, dan amalan fardunya pula diganjari hingga 700 pahala, ia bertujuan menggalakkan kepada semua agar bersungguh melakukannya dan meraih pahala daripada allah SWT.

Kaedah bagi melakukan pengislahan diri pada bulan Ramadan

* Iringkan diri anda sentiasa bersama niat yang suci untuk melakukan pengislahan diri sepanjang bulan Ramadan.

* Persiapkan diri anda dengan perancangan rapi untuk berubah dan sentiasa raikan perancangan tersebut.

* Paling utama yang perlu anda lakukan ialah pulihkan hubungan baik dengan Allah, jadikan Ramadan tahun ini sebagai langkah permulaan ke arah itu dengan sentiasa memerhatikan segala kekurangan yang telah anda lakukan terhadap-Nya dalam segenap tindakan beribadat sebelum kehadiran Ramadan.

* Jadikan Ramadan tahun ini untuk bertekad melakukan solat fardu pada awal waktu secara berjemaah di masjid atau surau, sama ada ketika berada di rumah atau di pejabat.

* Mulakan tekad untuk bertadarus al-Quran, bukan sahaja dalam bentuk bacaan, malah meneliti ayat-ayatnya yang terdiri daripada arahan, larangan, janji syurga dan neraka, pahala dan dosa, mengenai hukum-hukum Allah yang wajib dilaksana, ayat-ayat gembira, sedih, ancaman dan sebagainya bagi membangkitkan rasa tanggungjawab untuk menjadikan diri sebagai hamba Allah yang kerdil di sisi-Nya, kerana al-Quran adalah kitab Allah yang abadi hingga ke akhir zaman.

* Berjanji di hadapan Allah untuk menjadi hamba-Nya yang baik, dengan melakukan amar makruf dan nahi mungkar.

* Menjadikan pelaksanaan solat fardu lima waktu sebagai pemangkin kepada meninggalkan perkara-perkara terlarang, sepertimana yang ditegaskan Allah dalam al-Quran, ia dapat dilakukan melalui penghayatan terhadap segenap bacaan yang terkandung dalam ibadat tersebut.

* Bertekad untuk melakukan 'taubat nasuha' iaitu dengan niat dan berazam untuk meninggalakan segala kejahatan, tidak mahu mengulanginya semula, bersahabat dengan orang-orang yang boleh meningkatkan keimanan kepada Allah SWT, kerana setiap satu kesalahan walaupun kecil bentuknya, jika ia dilakukan, sesungguhnya ia telah mengundang kemarahan Allah, menggembirakan syaitan, menjauhkan diri anda daripada syurga, mendekatkan diri kepada neraka, menyebabkan Rasulullah s.a.w. sedih di dalam kubur, menyakiti para Malaikat, mengkhianati seluruh makhluk yang ada di muka bumi ini.

* Layani kedua-dua ibu bapa dengan baik dan sopan khususnya pada bulan Ramadan, ia juga termasuk menghormati golongan yang lebih tua daripada diri anda seperti abang, kakak, para guru dengan ungkapan yang boleh membangkitkan rasa hormat terhadap mereka.

* Berbuat baik terhadap jiran tetangga, kawan-kawan, saudara mara, mohonlah kemaafan atas kesalahan yang pernah anda lakukan terhadap mereka, bukan tunggu menjelangnya awal Syawal.

* Hadiri majlis-majlis tazkirah yang boleh membangkitkan kesedaran dan tanggungjawab terhadap agama.

* Carilah keaiban diri sendiri untuk melakukan pengislahan dengan bersungguh-sungguh, kerana sepanjang Ramadan adalah waktu yang palin sesuai untuk melakukannya, janganlah biarkan Ramadan berlalu tanpa melakukan perkara yang terbaik buat diri anda sendiri.

* Tinggalkan tabiat buruk menjelang Ramadan seperti suka melewatkan solat fardu, melepak, tidak suka berkunjung ke masjid atau surau.

* Hormati bulan Ramadan dengan menutup aurat dengan sempurna lebih-lebih lagi jika anda seorang Muslimah, kerana orang yang tidak menghormati bulan Ramadan dengan menjaga maruah dan harga dirinya tidak mungkin akan diberi syafaat (recommendation) Rasulullah s.a.w. untuk masuk syurga pada hari Kiamat.

Yang penting, pengislahan diri yang mahu anda lakukan itu pada bulan Ramadan, janganlah terhenti dengan kedatangan bulan Syawal, kerana Allah SWT bukan sahaja ada pada bulan Ramadan, malah sepanjang bulan, sepanjang masa Dia memerhatikan kita.

Mudah-mudahan Ramadan tahun ini adalah yang terbaik untuk kita persembahkan ke hadrat Allah SWT. Ingatlah saudara-saudari, umur kita semakin hari semakin meningkat tua, perhatikan sepanjang kita hidup yang sudah pun mencecah puluhan tahun dengan memakan rezeki Allah.

Apa yang telah kita lakuan untuk agama-Nya dari sudut sumbangan, jasa bakti seperti yang pernah ditonjolkan oleh pasa sahabat baginda sebelum mereka meninggal dunia. Sama-samalah kita fikirkan.

Ahad, 7 September 2008

MUBAHALAH

Soalan; Apakah dia mubahalah? Pernahkan ianya dilaksanakan di zaman Rasulullah s.a.w?Jawapan;Al-Mubahalah bermaksud al-Mula’anah (saling melaknat), iaitu dua pihak yang bertelagah masing-masing berdoa kepada Allah dengan sungguh-sungguh agar Allah menurunkan laknat ke atas pihak yang berbohong atau berdusta di antara mereka berdua. Contoh Mubahalah ialah dengan masing-masing berdoa; “Ya Allah! Laknatkanlah orang yang berdusta di antara kami berdua dalam masalah antara kami ini”.Pensyari’atan Mubahalah disebut di dalam ayat Allah; “Sesiapa membantahmu dalam hal itu (wahai Muhammad) selepas datang kepadamu ilmu, maka katakanlah kepadanya; ‘Marilah! kita ajak anak-anak kami dan anak-anak kamu, isteri-isteri kami dan isteri-isteri kamu, kami sendiri dan kamu juga, kemudian kita bermubahalah (yakni saling berdoa bersungguh-sunguh) agar Allah menimpakan laknatNya ke atas orang-orang berdusta” (Ali Imran; 61).Menurut ulamak Tafsir; sebab turun ayat di atas dan ayat-ayat sebelumnya dari awal surah Ali Imran ialah rombongan orang-orang Nasrani dari Najran yang datang ke Madinah, lalu berhujjah dengan Nabi s.a.w. tentang Nabi Isa a.s. di mana mereka mendakwa beliau adalah jelmaan Tuhan atau anak Tuhan. Lalu hujjah-hujjah mereka dipatahkan oleh Nabi s.a.w. dengan mengemukakan penjelasan Allah tentang Nabi Isa a.s. dalam surah Ali Imran, antaranya firman Allah (bermaksud); “Sesungguhnya perumpamaan (penciptaan) Isa bagi Allah sama seperti penciptaan Adam. Dia menciptakannya dari tanah, kemudian Dia berkata kepadanya; ‘Jadilah’, maka ia pun jadi” (Ali Imran; 59). Walaupun telah dibentangkan hujjah-hujjah yang kukuh, mereka tetap berkeras dengan kepercayaan mereka. Akhirnya, Allah menurunkan ayat memerintahkan Nabi Muhammad mengajak mereka bermubahalah iaitu dengan firmanNya di atas (yakni ayat 61 dari surah Ali Imran di atas). Tatkala diajak untuk bermubahalah oleh Nabi s.a.w., mereka meminta tangguh beberapa hari untuk bermesyuarat sesama mereka. Di kalangan mereka ada seorang alim Nasrani bernama ‘Abdul-Masih. Mereka bertanya pandangannya. Ia menjawab; “Demi Allah, wahai kaum Nasrani. Kamu sekelian mengetahui bahawa Muhammad itu memang benar seorang Nabi yang diutuskan. Ia datang kepada kamu dengan membawa kata pemutus bagi urusan sahabat kamu (yakni Isa a.s.). Kamu juga mengetahui bahawa tidak ada kaum yang melaknat Nabi mereka melainkan Allah akan memusnahkan mereka hingga ke akar umbi sama ada yang dewasa atau yang masih kecil…”. Akhirnya mereka menolak untuk bermubahalah dan memilih untuk berdamai dengan Nabi dan membayar jizyah. (Rujuk kisah ini dalam Tafsir Ibnu Kathir).Dari ayat di atas disimpulkan bahawa harus berhujjah untuk menegakkan urusan agama, dan sesiapa menentang dan menolak sesuatu dari Syari’at harus kita bermubahalah dengannya sebagaimana mengikuti perintah Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w.. (Tafsir al-Qasimi).Menurut Imam Ibnul-Qayyim dalam Zadul-Ma’ad; Menjadi Sunnah dalam perdebatan dengan golongan kebatilan apabila telah ditegakkan hujjah Allah terhadap mereka, lalu mereka masih enggan kembali (kepada kebenaran) sebaliknya tetap berdegil untuk menentang (kebenaran), hendaklah mereka diajak untuk bermubahalah. Mubahalah itu telah diperintahkan Allah kepada NabiNya dan Allah tidak berkata; “Mubahalah itu khusus untuk kamu sahaja, tidak harus bagi umat kamu”. (Zadul-Ma’ad, 3/643)Ada di kalangan ulamak menegaskan; tidak harus bermubahalah melainkan dalam urusan yang penting – mengikut Syarak- yang berlaku padanya kesamaran dan pertentangan yang sukar diselesaikan kecual dengan bermubahalah. Disyaratkan terlebih dahulu bagi urusan itu ditegakkan hujjah, dilakukan usaha untuk menghilangkan kekeliruan serta diberikan nasihat dan ancaman (kepada orang yang terlibat). Apabila segalanya tidak mendatangkan manfaat, maka barulah digunakan mubahalah sebagai cara terakhir yang terpaksa dilakukan (yakni darurat). (Tafsir al-Qasimi).Wallahu a’lam.Rujukan;1. Tafsir Ibnu Kathir2. Tafsir Imam al-Qurtubi3. Tafsir al-Qasimi al-Musamma; Mahasin at-Takwil (Syeikh Muhammad Jamaluddin al-Qasimi).4. Tafsir al-Wasit (Dr. Wahbah az-Zuhaili).

Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak

السلام عليكم ورحمة الله Selamat menyambut Ramadhan, semoga bisa beramal soleh dan berbahagia selalu....
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK. SEMOGA SELAMAT MENJALANKAN IBADAT PUASA & MENDAPAT KEBERKATAN Dari -NYA......
Maafkan segala keterlanjuran……..percakapan, perbuatan, mengata, mengumpat … apa-ape aje le yang boleh membawa perselisihan faham. JANGAN CURI2 ..... JANGAN MALAS WAT KERJA ..... JANGAN BUAT ...... JANGAN ASYIK ...... JANGAN ASYIK BANYAK2 LA BERSABAR.... .. MESTILAH SENTIASA .........
SELAMAT DATANG RAMADHAN AL MUBARAK Sejarah Ramadhan 1) Ramadhan: ertinya panas terik2) Bulan di turunkan Al Quran dan disebut (syahru ramadhana)3) Berlakunya perang Badar Kubra dan mendapat kemenangan.4) Bulan dimana nabi mengambil balik Mekah dari tangan Musyrikin dan berakhirnya penyembahan berhala.5) Di dalamnya dipilih ada malam al-qadar yakni lebih baik drpd 1000 bulan. 6) Di pilih untuk ibadat puasa.7) Di pilih untuk ibadat2 lain (tadarus Al Quran) Kelebihan Bulan Ramadhan 1) Kamu akan di naungi Ramadhan. (bagi yg telah meninggal dunia terlepas dari siksa kubur)2) Bulan penuh keberatan3) Di malamnya ada lebih baik drpd 1000 bulan4) Amal sunat sama dengan solat fardhu5) Manakala solat fardhu mendpt 70 kali ganda6) Bulan sabar dan pahalanya adalah syurga7) Bulan menambah rezeki8) Memberi buka banyak pahala9) Bulan keampunan* doa yang paling makbul iaitu doa sebelum berbuka puasa.* juga doa pada sepertiga malam.10) 10 hari pertama adalah mulanya rahmat, 10 hari pertengahan - pengampunan, 10 hari terakhir - kemerdekaan api neraka.Amalan-amalan di bulan Ramadhan1) Mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan2) Menempah pakaian untuk Ramadhan3) Niat puasa sebulan pd permulaan Ramadhan4) Hendak tidur bacalah 4 ayat terakhir Surah Al Kahfi supaya dapat bangun malam5) Berazam melakukan Terawih 20 rakaat (bukan 8 rakaat)6) Bertadarus secara bersemak (bukan sendirian)7) Solat berjemaah setiap waktu8) Solat jemaah di masjid/surau9) Amalkan Qiyamulail walaupun pendek10) Sahur diwaktu akhir11) Sahur - utk mengelakkan makanan tidak hadam elakkan makanan pedas dan tutup sahur dengan air susu12) Mandi Janabat sebelum Imsak13) Kurangkan tidur14) Tunaikan Solat sunat fajar (Solat Sunat Subuh)15) Tunaikan Solat Dhuha16) Tidur waktu cuti (satu jam sebelum Zohor)17) Tunaikan solat Rawatib18) Jaga pacaindera19) Elakkan gosok gigi pd waktu petang20) hadiri majlis ilmu21) Buat baik pd ibubapa22) Isteri hendaklah taat pd suami23) Banyakkan bersedekah24) Berbuka dgn 3 biji kurma dan air yg belum dipanaskan oleh api25) Berbuka bersama org tua26) Jemput tetamu berbuka27) Kurangkan berat badan28) Banyakkan i'tikaf di masjid (lelaki sahaja)29) Baiki hubungan suami isteri30) Baiki hubungan jiran31) Isteri jauhi drpd keluar memakai mekap & perhiasan32) Elakkan berbelanja berlebihan33) Kuatkan kesabaran34) Banyakkan selawat,istighfar, bertasbih35) Berazam beramal (pada malam Lailatul Qadar)36) Mengejut anak dan isteri di mlm Lailatul Qadar37) Elakkan menonton TV yg mengandungi nafsu38) Elakkan mendengar radio berunsur hiburan39) Berdoa dgn nada lembut dan merayu40) Jauhkan bercumbu dgn suami/isteri41) Mendoakan ibu bapa samaada hidup atau yg meninggal dunia42) Melazimkan solat waktu43) Elakkan sebelum berbuka bersiar2 yg menjadikan pandangan liar44) Elakkan banyak berhutang45) Melepaskan perasaan sedih melepaskan Ramadhan ditakuti tidak bertemu lagi dengan Ramadhan akan datang46) Tunaikan zakat fitrahCara Beramal Di Malam Lailatul Qadar (Malam 21-30) 1) Kepada Orang Tua Lemah Cara beramal solat Maghrib, Isyak dan Tarawih berjemaah di masjid/surau, ini sudah dikira beramal Al Qadar2) Orang yg tidak sanggup solat malam yang panjang* Baca ayat akhir surah Al Baqarah* Baca ayat Kursi* Baca surah Yaasin* Baca surah Al Zalazah* Baca surah Al Qafirun* Baca surah Al Ikhlas3) Bagi orang yamg kuat dan cergas* Bangunkan isteri dan anak* Mandi* Solat malam - Tahajjud, Taubat, Tasbih, Hajat, Istikharah, dan baca Al QuranNUZUL Al QURAN ( 17 Ramadhan ) * Tarikh turunnya Al Quran* Beramallah di malamnya dengan solat malam dan amal2 yg baikCara Sambut Hari Raya Jangan sekali2 disambut dgn hiburan, mercun, pesta lampu dan berbagai kemungkaran dan kemaksiatan. Pada petang akhir Ramadhan org2 yg meninggal(sudah mati) menangis kerana peluang untukberehat telah berakhir. Adalah di cadangkan semoga keluarga menziarahi kubur pada petang akhir Ramadhan atau jika kuburnya jauh, hendaklah dibaca doa Tahlil selepas solat Asar. Semoga mereka diampuni. Ibnu Abbas r.a pernah mengatakan bahawa roh orang yg meninggal dunia dibenarkan pulang ke rumah anak2nya dan berdiri di pintu rumah memohon belas kasihan drpd anak2 mengirimkan bacaan doa, sekurang2nya Al Fatihah sekali utk mereka. Oleh itu janganlah terlalu gembira dan ingatlah org2 tua yg sudah meninggal, semoga nanti sampai giliran kita maka anak2 akan ingat kpd kita.Takbir Di Malam Raya Takbir sebenarnya mempunyai cerita di sebaliknya. Mengikut riwayat, bermula dari peperangan Ahzab. Peperangan berlaku di dalam musim sejuk, kemudian Salman Al Farisi mencadangkan supaya di gali parit (Khandak) di akhirnya peperangan ini di beri pertolongan oleh Allah dan kemudian dirakamkan di dalam Takbir. Kesimpulannya Bulan Ramadhan datang setahun sekali dan ia sebaik2 bulan, penuhkeberkatan, pengajaran, mendidik mempunyai ketahanan dan penuh dgn amalan-amalan untuk mendekatkan diri kpd Allah dan hubungan sesama manusia. Oleh itu bersiap sedialah dari awal supaya ia benar2 mengubah sikap yg baik dan seterusnya menjadi insan yg soleh/solehah. Semoga dipertemukan di Ramadhan yang akan datang. *Doa utk menghilangkan baran, maklumlah waktu lapar memang lekas naik angin.... Rujuk kepada Surah Al-Anbiyakk ayat ke 69. Sebelum minum baca doa dan tiupkan pada air (utk diri sendiri,anak, suami dll). Insyaallah cuba amalkan.Wallahua'llam. SELAMAT BERPUASA...

Rabu, 27 Ogos 2008

Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi
Sulaiman
a.s


Siapakah orang yang manis senyumanya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil
berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.


Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.


Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.


Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.


Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.


Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.


Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.


Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.


Siapakah org yg KEDEKUT ?

Orang yg kedekut ialah org yg membiar atau membuang email ini begitu sahaja, malah dia tidak akan menyampaikan pula pada org lain.

Kita akan menghadapi bulan puasa dalam bulan Ramadhan yang mulia yang jatuh pada bulan September ini. Sesungguhnya pada bulan ini lah kita akan kembal

ramadhan kareemm hayya binaa min e-tissad

Jumaat, 8 Ogos 2008

kewajipan aamiliin

Dalam peristiwa Israk Mikraj terdapat tiga cabaran utama dalam perjuangan menegakkan Islam yang perlu oleh dihayati setiap amilin PAS
Iklan




"Dalam peristiwa agung itu, semasa Nabi s.a.w dimikrajkan ke langit bertemu dengan Allah s.w.t., terdapat suara-suara panggilan dari syaitan, Yahudi/Nasrani dan dunia yang mana malaikat Jibril melarang baginda berpaling," jelas Pengerusi Lajnah Tarbiyah dan Kepimpinan PAS Perlis, Ustaz Yussaine Yahya.

Menurutnya, ketiga-tiga panggilan inilah jika dituruti akan merosakkan umat manusia.

"Bisikan syaitan sentiasa akan mengganggu pemikiran manusia, khususnya kita yang berjuang menegakkan Islam. Bisikan inilah yang sentiasa meruntun jiwa insan sehingga lalai dari menuruti perintah Allah.

"Golongan Yahudi dan Nasrani pula sentiasa berusaha untuk merosakkan Islam dari pelbagai sudut. Contohnya ini kita diasak dengan pelbagai bentuk hiburan yang disuburkan dalam jiwa khususnya anak-anak muda.

"Manakala panggilan dunia pula akan menghancurkan manusia dan melalaikan kita dari mengingati Allah. Bila kita terlalu sibu mengejar dunia, kita akan melupakan Allah, lupa pada perjuangan menegakkan agama Allah," katanya ketika menyampaikan ceramah sempena program penghayatan Israk Mikraj anjuran PAS Cawangan Taman Melati Indah dekat sini kelmarin.

Justeru beliau mengingatkan setiap ahli PAS supanya terus beriltizam untuk berjuang menegakkan agama Allah tanpa mengira sama ada dalam keadaan susah atau senang mahupun semasa menang atau kalah.

"Peristiwa Israk Mikraj memberi banyak pengajaran kepada kita yang perlu dihayati khususnya kita yang duduk dalam perjuangan ini,"

Khamis, 7 Ogos 2008

MUBAHALAH

Soalan; Apakah dia mubahalah? Pernahkan ianya dilaksanakan di zaman Rasulullah s.a.w?

Jawapan;

Al-Mubahalah bermaksud al-Mula’anah (saling melaknat), iaitu dua pihak yang bertelagah masing-masing berdoa kepada Allah dengan sungguh-sungguh agar Allah menurunkan laknat ke atas pihak yang berbohong atau berdusta di antara mereka berdua. Contoh Mubahalah ialah dengan masing-masing berdoa; “Ya Allah! Laknatkanlah orang yang berdusta di antara kami berdua dalam masalah antara kami ini”.

Pensyari’atan Mubahalah disebut di dalam ayat Allah; “Sesiapa membantahmu dalam hal itu (wahai Muhammad) selepas datang kepadamu ilmu, maka katakanlah kepadanya; ‘Marilah! kita ajak anak-anak kami dan anak-anak kamu, isteri-isteri kami dan isteri-isteri kamu, kami sendiri dan kamu juga, kemudian kita bermubahalah (yakni saling berdoa bersungguh-sunguh) agar Allah menimpakan laknatNya ke atas orang-orang berdusta” (Ali Imran; 61).

Menurut ulamak Tafsir; sebab turun ayat di atas dan ayat-ayat sebelumnya dari awal surah Ali Imran ialah rombongan orang-orang Nasrani dari Najran yang datang ke Madinah, lalu berhujjah dengan Nabi s.a.w. tentang Nabi Isa a.s. di mana mereka mendakwa beliau adalah jelmaan Tuhan atau anak Tuhan. Lalu hujjah-hujjah mereka dipatahkan oleh Nabi s.a.w. dengan mengemukakan penjelasan Allah tentang Nabi Isa a.s. dalam surah Ali Imran, antaranya firman Allah (bermaksud); “Sesungguhnya perumpamaan (penciptaan) Isa bagi Allah sama seperti penciptaan Adam. Dia menciptakannya dari tanah, kemudian Dia berkata kepadanya; ‘Jadilah’, maka ia pun jadi” (Ali Imran; 59). Walaupun telah dibentangkan hujjah-hujjah yang kukuh, mereka tetap berkeras dengan kepercayaan mereka. Akhirnya, Allah menurunkan ayat memerintahkan Nabi Muhammad mengajak mereka bermubahalah iaitu dengan firmanNya di atas (yakni ayat 61 dari surah Ali Imran di atas). Tatkala diajak untuk bermubahalah oleh Nabi s.a.w., mereka meminta tangguh beberapa hari untuk bermesyuarat sesama mereka. Di kalangan mereka ada seorang alim Nasrani bernama ‘Abdul-Masih. Mereka bertanya pandangannya. Ia menjawab; “Demi Allah, wahai kaum Nasrani. Kamu sekelian mengetahui bahawa Muhammad itu memang benar seorang Nabi yang diutuskan. Ia datang kepada kamu dengan membawa kata pemutus bagi urusan sahabat kamu (yakni Isa a.s.). Kamu juga mengetahui bahawa tidak ada kaum yang melaknat Nabi mereka melainkan Allah akan memusnahkan mereka hingga ke akar umbi sama ada yang dewasa atau yang masih kecil…”. Akhirnya mereka menolak untuk bermubahalah dan memilih untuk berdamai dengan Nabi dan membayar jizyah. (Rujuk kisah ini dalam Tafsir Ibnu Kathir).

Dari ayat di atas disimpulkan bahawa harus berhujjah untuk menegakkan urusan agama, dan sesiapa menentang dan menolak sesuatu dari Syari’at harus kita bermubahalah dengannya sebagaimana mengikuti perintah Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w.. (Tafsir al-Qasimi).

Menurut Imam Ibnul-Qayyim dalam Zadul-Ma’ad; Menjadi Sunnah dalam perdebatan dengan golongan kebatilan apabila telah ditegakkan hujjah Allah terhadap mereka, lalu mereka masih enggan kembali (kepada kebenaran) sebaliknya tetap berdegil untuk menentang (kebenaran), hendaklah mereka diajak untuk bermubahalah. Mubahalah itu telah diperintahkan Allah kepada NabiNya dan Allah tidak berkata; “Mubahalah itu khusus untuk kamu sahaja, tidak harus bagi umat kamu”. (Zadul-Ma’ad, 3/643)

Ada di kalangan ulamak menegaskan; tidak harus bermubahalah melainkan dalam urusan yang penting – mengikut Syarak- yang berlaku padanya kesamaran dan pertentangan yang sukar diselesaikan kecual dengan bermubahalah. Disyaratkan terlebih dahulu bagi urusan itu ditegakkan hujjah, dilakukan usaha untuk menghilangkan kekeliruan serta diberikan nasihat dan ancaman (kepada orang yang terlibat). Apabila segalanya tidak mendatangkan manfaat, maka barulah digunakan mubahalah sebagai cara terakhir yang terpaksa dilakukan (yakni darurat). (Tafsir al-Qasimi).

Wallahu a’lam.

Rujukan;

1. Tafsir Ibnu Kathir
2. Tafsir Imam al-Qurtubi
3. Tafsir al-Qasimi al-Musamma; Mahasin at-Takwil (Syeikh Muhammad Jamaluddin al-Qasimi).
4. Tafsir al-Wasit (Dr. Wahbah az-Zuhaili).

Isnin, 4 Ogos 2008

Penghormatan Tugu Negara : Mufti Perlis gesa PM bertaubat

"Perbuatan mana-mana individu muslim sama ada pemimpin atau rakyat yang meletakkan kalungan bunga, tabik hormat dan bertafakur yang dilakukan untuk Tugu Negara adalah bercanggah dengan prinsip-prinsip akidah Islam yang anti kepada sebarang unsur keberhalaan."
Iklan





perbuatan seperti itu seakan menjadikan tugu berkenaan berhala yang dihormati malah sekiranya pelaku tidak mempunyai sebarang iktikad bahawa itu semua memberi manfaat dan mudarat, maka perbuatan itu adalah sia-sia dan bodoh.

"Ia tetap haram kerana meniru perbuatan musyrikin dan jika pelaku beriktikad itu memberikan kemanfaatan kepada keamanan, kedamaian ruh mereka yang telah meninggal dunia, maka itu adalah perbuatan syirik yang jelas.

"Akidah Islam menentang sebarang unsur keberhalaan. Pemimpin atau sesiapa sahaja yang terlibat dalam perbuatan ini hendaklah bertaubat kepada Allah dan kembali kepada akidah Islam yang sebenar," kata Dr Asri dalam laman web Minda Mufti baru-baru ini.

Tahun lalu dalam isu yang sama, pelbagai pihak turut meyelar tindakan Abdullah yang dilihat membelakangi fatwa ulama dan mufti yang menegah perbuatan memberi penghormatan kepada Tugu Negara.

telah menyatakan bahawa adalah haram tiupan dan bertafakur dengan menundukan kepala selama 20 saat dengan meletakan kalung bunga ditugu manakala Fatwa Mufti Pahang di bawah subseksyen 36 (1) Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam 1991 setelah diluluskan oleh Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak menurut subseksyen 39 (6) Enakmen bahawa : "Meletakkan kalungan bunga di Tugu Peringatan sempena upacara sambutan Hari Pahlawan dan upacara-upacara lain adalah haram dan hendaklah ditinggalkan."

Khamis, 31 Julai 2008

12 BARISAN DI AKHIRAT

Suatu ketika, Muaz b Jabal ra mengadap Rasulullah SAW dan bertanya: "Wahai Rasulullah, tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah SWT: "Pada sangkakala ditiup,maka kamu sekalian datang berbaris-baris" Surah an-Naba':18 Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis dan basah pakaian dengan air mata.Lalu menjawab: "Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepada aku, perkara yang amat besar, bahawa umatku akan digiring, dikumpulkan berbaris-baris menjadi 12 barisan, masing-masing dengan pembawaan mereka sendiri...." Maka dinyatakan apakah 12 barisan tersebut :-
BARISAN PERTAMA
Di iring dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: "Mereka itu adalah orang-orang yang sewaktu hidupnya menyakiti hati jirannya, maka demikianlah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
BARISAN KEDUA
Diiring dari kubur berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: "Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya meringan-ringankan solat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
BARISAN KETIGA
Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking. "Mereka itu adalah orang yang enggan membayar zakat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
BARISAN KEEMPAT
Diiring dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari mulut mereka. "Mereka itu adalah orang yang berdusta di dalam jualbeli, maka inilah balasannya dan tempat mereka adalah neraka..."
BARISAN KELIMA
Diiring dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai. Ketika itu Allah SWT menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar. "Mereka itu adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah SWT, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
BARISAN KEENAM
Diiring dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan. "Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
BARISAN KETUJUH
Diiring dari kubur tanpa mempunyai lidah tetapi dari mulut mereka mengalir keluar nanah dan darah. "Mereka itu adalah orang yang enggan memberi kesaksian di atas kebenaran, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
BARISAN KELAPAN
Diiring dari kubur dalam keadaan terbalik dengan kepala ke bawah dan kaki ke atas. "Mereka adalah orang yang berbuat zina, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
BARISAN KESEMBILAN
Diiring dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan bermata biru sementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh. "Mereka itu adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sebenarnya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
BARISAN KESEPULUH
Diiring dari kubur mereka dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan penyakit sopak dan kusta. "Mereka adalah orang yang derhaka kepada orang tuanya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
BARISAN KESEBELAS
Diiring dari kubur mereka dengan berkeadaan buta mata-kepala, gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai ke dada dan lidah mereka terjulur memanjang sampai ke perut mereka dan keluar beraneka kotoran. "Mereka adalah orang yang minum arak, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
BARISAN KEDUA BELAS
Mereka diiring dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat. Maka,datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan: "Mereka adalah orang yang beramal salih dan banyak berbuat baik. Mereka menjauhi perbuatan derhaka, mereka memelihara solat lima waktu, ketika meninggal dunia keadaan mereka sudah bertaubat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah syurga,mendapat keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah Yang Maha Pengasih..."
Jika engkau mahukan kemesraan dengan Allah, maka garanglah terhadap dirimu sendiri. Jika engkau merasakan manisnya berhubung dengan Allah, tahulah engkau betapa peritnya berpisah denganNya.....Wallahua'alam.
WASSALAM.

Carilah ketenangan di masjid, surau

Tidak ada tempat lebih baik di bumi ini selain rumah-rumah Allah yang dikenali sebagai masjid ataupun surau. Ini kerana di situlah terbit segala ketenangan yang diimpikan oleh segenap insan, iaitu insan yang berusaha membentuk dirinya menjadi hamba Allah yang terbaik sepanjang hidup dengan amalan-amalan yang bersifat peribadatan hanya kepada-Nya.
Iklan




Tidak ada tempat di bumi ini yang mampu menjanjikan ketenangan dan kedamaian hidup, melainkan rumah Allah. Justeru terdapat sebuah hadis Nabi s.a.w. menegaskan bahawa rumah Allah menjanjikan bukan sekadar ketenangan, malah beberapa nikmat lain sebagai dorongan berbuat kebaikan.

Hal ini telah disebut menerusi hadis Nabi s.a.w. yang diriwayatkan oleh Imam Muslim daripada Abu Hurairah maksudnya: "Tidak berhimpun satu kaum dalam rumah daripada rumah-rumah Allah (masjid/surau), membaca kitab Allah (al-Quran) dan berdiskusi mengenainya sesama mereka, melainkan diturunkan ke atas mereka ketenangan, mereka diselubungi dengan rahmat Allah, dikelilingi dengan para Malaikat (menulis segala kebaikan mereka) dan Allah akan sentiasa mengingati mereka (kerana mereka juga mengingati-Nya)."

Segala janji yang ditaburkan oleh baginda Rasulullah dalam hadis di atas, bukanlah satu perkara retorik seperti janji-janji dalam pilihan raya, ia janji yang akan ditunaikan sendiri oleh Allah SWT, iaitu agar umat Islam menjadi umat terbaik dengan mengecapi ketenangan, kedamaian hidup, rahmat Allah serta yang paling penting mereka diingati oleh Allah selaku Pencipta manusia.

Janji-janji tersebut diberikan apabila ada di kalangan insan Muslim yang memiliki ciri-ciri kebaikan seperti membaca dan mendiskusikan al-Quran, dalam erti kata mereka bersedia untuk mengkaji isi-isi kandungannya untuk dijadikan bahan rujukan, pegangan, kefahaman menuju jalan sempurna.

Justeru, Allah SWT menegaskan bahawa golongan Muslim yang sanggup memakmurkannya rumah-Nya adalah terdiri daripada mereka yang benar-benar memiliki kualiti iman yang sempurna.

Hal ini ditegaskannya menerusi ayat 18 surah at-Taubah maksudnya: "Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat Yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk."

Ayat di atas jelas menunjukkan bahawa keimanan yang kental, kepercayaan teguh berpegang kepada hari akhirat, melaksanakan tugas utama dengan bersolat, mengeluarkan zakat serta takut hanya kepada Allah dan tidak yang lain selain-Nya, adalah senjata utama bagi mengekalkan seseorang yang beriman itu menjadi pemakmur rumah Allah yang setia.

Di mana remaja dalam hal ini?

Remaja Muslim pada hari ini lebih tersohor dengan kumpulan 'mat/minah rempit', menjadi golongan yang suka membuang masa seperti terlibat dalam budaya lepak di sana sini, terlibat dengan program-program hiburan melampau, menjadi penyokong kelab bola sepak negeri dan bermacam-macam lagi.

Remaja Muslim hari ini tidak berusaha meningkatkan prestasi kefahaman mereka dengan Islam, sehingga sanggup menjadi golongan penagih dadah, golongan perosak agama dengan penampilan yang tidak sama sekali memperlihatkan 'Islamik', malah ada ketikanya memalukan Islam itu sendiri.

Ada di antara mereka sanggup menjadi golongan yang membuat angkara terhadap program-program masjid, dengan bertindak liar menghalang mereka yang mahu ke masjid atau surau, atau pun terdapat di kalangan mereka yang bersukan berhampiran dengan masjid, tetapi tidak mengendahkan azan yang berkumandang pada waktu Maghrib, berhenti apabila ada teguran daripada pihak tertentu.

Inilah yang dikatakan tindakan bagaikan meroboh masjid, banyak pihak merasa bimbang dengan tindakan seumpama itu, apatah jika tindakan itu boleh dikaitkan dengan firman Allah menerusi ayat 114 surah al-Baqarah yang membawa maksud: "Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang-orang yang menyekat dan menghalangi dari menggunakan masjid-masjid Allah untuk (sembahyang dan) menyebut nama Allah di dalamnya, dan ia berusaha pula untuk meruntuhkan masjid-masjid itu? Orang-orang yang demikian, tidak sepatunya masuk ke dalam masjid-masjid itu melainkan dengan rasa penuh hormat dan takut kepada Allah (bukan secara apa mereka lakukan itu). Mereka (dengan perbuatan itu) akan beroleh kehinaan di dunia, dan di akhirat kelak mereka mendapat azab seksa yang amat besar."

Itu semua tidak melambangkan mereka hidup dengan Islam secara serius, malah hala tuju hidup mereka pun masih kabur, justeru apa yang amat diharapkan dari golongan remaja muslim ini adalah tercetus rasa kesedaran yang amat mendalam terhadap Islam, di ketika Islam diinjak, difitnah, dimahkamahkan, dituduh dengan pelbagai pendekatan negatif, oleh itu remaja seluruhnya disaran agar menjadi remaja seperti yang pernah disebut oleh al-Quran dengan istilah 'Ashabul Kahfi' dan 'Ashabul Ukhdud'.

Ketahuilah bahawa pada usia remaja ini juga tidak akan terlepas daripada dibuat perhitungan di sisi Allah pada hari akhirat. Ia pernah ditegaskan oleh baginda Rasulullah s.a.w. dalam hadis yang bermaksud: "Sebelum kedua-kedua kaki anak Adam (manusia) tergelincir untuk dimasukkan dalam syurga atau pun neraka, maka dia akan ditanya dengan empat perkara: Waktu remajanya apa yang telah dia habiskan, seluruh umurnya apa yang telah dibuat (untuk kebaikan dirinya), tentang hartanya daripada mana sumber ia diperolehi dan bagaimana pula ia dibelanjakan, tentang ilmunya, apa yang telah dia lakukan." (Hadis riwayat Mu'az Bin Jabal).

Remaja hari perlu mencontohi remaja-remaja silam khususnya di kalangan para sahabat dan lain-lain, mereka juga ada perasaan untuk bersuka-ria, rasa nak 'enjoy', tetapi semuanya dikekang kerana ia tidak memberi apa-apa kepada Islam, justeru remaja hari ini juga perlu mentelaah sejarah itu untuk mengembalikan keyakinan diri dengan Islam. - lanh _

Konsep agama: Ambil pengajaran Israk dan Mikraj

Umat Islam seluruh dunia akan menyambut ketibaan peristiwa agung iaitu Israk dan Mikraj yang ada disebut dalam ayat pertama surah al-Israk tidak lama lagi. Mereka tidak akan melepaskan peluang keemasan yang datang sekali setahun dalam bulan hijriah. Ia bagaikan dinanti-nanti oleh pencinta agama Islam, kerana kepentingannya dalam mentarbiyah jiwa manusia ke arah kesempurnaan.
Iklan




Israk dan Mikraj adalah salah satu peristiwa penting yang berlaku pada diri baginda Rasulullah s.a.w. Ia juga dianggap salah satu komponen daripada 'Sirah Nabawiyyah', yang bermaksud: Sirah Nabawiyyah adalah pelaksanaan Islam secara praktikal dan contoh tepat dalam menegakkan sebuah negara Islam - Syeikh Munir Muhammad al-Ghadban / Al-Manhaj al-Haraki Li as-Sirah an-Nabawiyyah, juzuk 1, Maktabah al-Wafa', Mansoorah, Mesir � 1986.

Ulama berselisih pendapat dalam menentukan ketetapan tarikh berlakunya peristiwa penting itu. Menurut Ibn Ishaq ia berlaku selepas 10 tahun baginda dilantik menjadi Rasul. Az-Zuhri pula berpendapat ia berlaku setahun sebelum baginda berhijrah ke Madinah iaitu pada bulan Rabiul Awal, sementara as-Saddi menegaskan ia berlaku pada bulan Rabiul Awal, 16 bulan sebelum baginda berhijrah. Ada pun al-Hafiz Abdul Ghani Ibn Surur al-Maqdasi berpendapat ia berlaku pada 27 Rejab sebelum penghijrahan baginda ke Madinah.

Sementara Syeikh Prof Dr Yusuf al-Qaradawi pula berpendapat, bahawa riwayat mengenai peristiwa Israk dan Mikraj terdapat banyak pembohongan dan riwayat palsu yang boleh menggugat kedudukan iman Muslim, kerana peristiwa tersebut tidak berlaku pada bulan Rejab berdasarkan penjelasan al-Hafiz Ibnu Hajar al-'Asqalani, di mana ia tidak berlaku pada malam 27 Rejab kerana ia tidak disokong dengan hadis-hadis Sohih atau pun kata-kata Sahabat yang Sohih.

Itulah juga pendapat Imam an-Nawawi daripada mazhab Imam as-Syafie dan Imam Abu Ishaq yang berpendapat bahawa Israk Mikraj berlaku pada malam 27 Rabiul Awal. Justeru tiada nas yang menyebut keistimewaan beramal pada hari tersebut, sama ada dengan ibadat puasa atau yang lain, kerana puasa pada hari yang tidak jelas bila berlaku peristiwa itu adalah sebahagian daripada perkara bidaah, kerana tiada nas yang jelas menyuruhnya, tetapi jika kebetulan ia jatuh pada hari Isnin atau Khamis, puasa yang dilakukan itu dibolehkan kerana Nabi sering melakukannya.1

Tetapi apa yang penting diambil iktibar daripada peritiwa itu, ialah pengajaran mengenai perjalanan baginda dari Masjid al-Haram ke Masjid al-Aqsa dan mikraj Rasul hingga ke langit ketujuh (Sidratul Muntaha).2

Adapun berpuasa sunat pada bulan Rejab secara umumnya adalah sesuatu digalakkan berdasarkan satu hadis do'if yang disebut oleh Imam as-Suyuti daripada Ibnu Abbas, baginda bersabda maksudnya: "Sesiapa yang berpuasa sehari dalam bulan Rejab, dia bagaikan berpuasa satu bulan, sesiapa yang berpuasa tujuh hari, maka dia tidak akan dimasukkan ke dalam neraka (kerana ia telah ditutup buatnya), sesiapa yang berpuasa sepuluh hari, maka segala kejahatannya diganti dengan segala kebaikan." 3

Adakah Israk berlaku dengan roh dan jasad Nabi?

Musuh-musuh Islam terutamanya di kalangan Orientalis barat, telah meletakkan jarum-jarum mereka dalam penulisan buku-buku sejarah dan sirah baginda Rasulullah s.a.w. Ia bertujuan agar umat Islam yang membacanya akan terkeliru dengan fakta sebenar mengenai perjalanan Israk dan Mikraj.

Mereka berpendapat, bahawa peristiwa Israk dan Mikraj hanya berlaku dalam mimpi baginda, iaitu hanya dengan roh sahaja dan tidak dengan jasad sekali, itu hanya dakwaan Muhammad semata-mata.

Namun bagi para ulama pula, mereka sepakat menyatakan bahawa Israk dan Mikraj yang berlaku ke atas baginda Rasulullah s.a.w. dengan roh dan jasad sekali, tidak hanya dengan roh seperti yang didkawa oleh musuh-musuh Islam.

Ini kerana mereka berpendapat, bahawa ungkapan perkataan 'hamba-Nya' dalam ayat pertama mengenai Israk merangkumi roh dan jasad pada diri seorang insan khususnya Nabi Muhammad s.a.w., sedangkan ia berlaku hanya dengan roh sahaja adalah berdasarkan riwayat-riwayat palsu yang sengaja untuk melemahkan keperibadian Rasulullah.

Sedangkan terdapat riwayat menunjukkan bahawa baginda menerima pensyariatan ibadat solat lima waktu secara langsung daripada Allah SWT adalah dengan roh dan jasad, itulah satu-satu ibadat khusus yang diberikan Allah secara langsung kepada baginda berbeza dengan ibadat-ibadat lain.

Program masjid ke masjid menjadi ukuran hiburan baginda

Peristiwa Israk dan Mikraj berdasarkan penjelasan para ulama berlaku sebelum penghijrahan baginda ke bumi Madinah. Ia sebagai satu pendekatan Allah untuk menghiburkan Nabi-Nya yang kehilangan dua tonggak kekuatan dakwah baginda, iaitu bapa saudaranya Abu Talib dan isteri tercinta iaitu Sayidatina Khadijah.

Sebagai manusia, baginda juga merasa sedih dan pedih dengan kematian dua orang penting yang banyak berjasa dalam mengembangkan sayap-sayap Islam di Makkah, namun Allah SWT mahu baginda terus berhubung kepada-Nya dalam keadaan yang penuh dengan kesedihan dan kemurungan.

Maka Allah Yang Maha Bijaksana telah merancang satu program berbentuk keagamaan, iaitu program masjid ke masjid, iaitu daripada Masjid al-Haram di Makkah ke Masjid al-Aqsa di Palestin, inilah contoh terbaik satu bentuk hiburan bagi menghilangkan perasaan gundah gulana yang dialami baginda selepas kematian dua tokoh terpenting.

Ia berlaku dalam semalaman sahaja yang menandakan bahawa Allah mampu bertindak demikian, walaupun ramai di kalangan manusia tidak mempercayainya malah menafikannya, sehingga pada waktu itu datang Abu Bakar as-Siddiq tanpa mengambil masa panjang terus mengiyakan peristiwa berkenaan.

Hasil daripada program masjid ke masjid

Yang paling penting daripada peristiwa Israk dan Mikraj, ialah baginda menerima kewajipan solat lima waktu yang dijemput Allah secara langsung di langit yang ketujuh.

Walaupun pada peringkat awal, Allah mewajibkan 50 waktu solat yang dijangkakan bahawa umatnya tidak mampu untuk melakukannya atas nasihat Nabi Musa a.s, maka baginda terus melakukan tawar menawar dengan Allah agar dikurangkan kepada jumlah yang sedikit.

Baginda berjumpa dengan Allah dengan merayu kepada-Nya supaya ia dikurangkan, dengan perasaan malu baginda tetap berjumpa Allah sehingga ia dikurangkan kepada lima waktu, itulah pengorbanan dan ingatan baginda terhadap umatnya.

terdapat di kalangan umatnya tidak berterima-kasih kepada baginda kerana sanggup meninggalkan solat fardu berkenaan, walaupun kita hanya melakukan lima waktu, tetapi diganjari dengan lima puluh pahala, berbeza dengan umat terdahulu, lima puluh waktu solat hanya diganjari satu pahala setiap solat. Inilah kelebihan kita sebagai pengikut dan umat Nabi Muhammad, tetapi mengapa masih ramai yang mengabaikan tanggungjawab ini, sedangkan solat adalh perkara pertama yang ditanya oleh Allah pada hari Qiamat, tidak yang lain.

Baginda mengimamkan solat nabi-nabi sebelum dimikraj

Baginda Nabi Muhammad s.a.w. sebelum berangkat dengan 'Buraq' untuk menuju langit ketujuh, menjadi imam solat kepada nabi-nabi terlebih dahulu, antaranya Nabi Musa a.s., ia berdasarkan sebuah hadis, di mana baginda bersabda: "Jika Musa bin Imran diutus di kalangan kamu, maka tiada sebab dia menjadi salah seorang pengikutku."

Suasana solat berjemaah yang diimamkan oleh baginda nabi Muhammad s.a.w. itu menunjukkan bahawa para nabi semuanya akur terhadap kedudukan baginda sebagai Rasul terakhir yang menyempurnakan syariat agama Allah.

Mereka bersalaman antara satu sama lain sebagai tanda kesyukuran dan simbolik menyerahkan tugas kerasulan kepada Nabi Muhammad s.a.w., ia juga sebagai satu petanda betapa hubungan antara Masjid al-Haram dan Masjid al-Aqsa begitu intim dan akrab, apatah lagi majoriti para nabi di kalangan Bani Israil yang merupakan kiblat pertama umat Islam di muka bumi ini, selain menjadi syiar agama Islam terdahulu.

Ia juga menunjukkan bahawa kepimpinan baginda Rasulullah s.a.w sebagai Nabi terakhir diperakui oleh Allah, sebagaimana yang ditegaskan menerusi beberapa ayat al-Quran mengenainya.4

Pengajaran penting daripada Israk dan Mikraj

Menurut Syeikh Prof Dr Yusuf al-Qaradawi, menerusi peristiwa berkenaan, kita boleh fokuskan kepada dua perkara penting, pertama berhubung dengan Masjid al-Aqsa dan hubungan dengan Masjid al-Haram, kedua mengenai kewajipan solat yang diserahkan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w.

Persoalannya di sini, mengapa Allah tidak memperjalankan baginda terus ke langit ketujuh, tetapi singgah dahulu di Masjid al-Aqsa?

Ini kerana Allah mahukan agar baginda bertemu dengan para Anbiya terlebih dahulu bagi menyatakan sokongan padu mereka terhadap kerasulan Nabi Muhammad, di samping mahu baginda singgah di sebuah tempat yang penuh dengan keberkatan daripada Allah SWT seperti yang disebut dalam ayat pertama surah al-Israk.

Kepimpinan baginda menjadi titik tolak penyatuan akidah dan syariat di kalangan para Anbiya, justeru baginda menjadi imam solat kepada mereka, iaitu kepimpinan bersifat global, bukan hanya untuk kaum atau bangsa tertentu, malah buat manusia sejagat yang terdiri daripada pelbagai etnik, suku kaum, bangsa yang menunjukkan kebesaran Allah dalam mencipta makhluk bernama manusia.5

Hubungan Masjid al-Haram dan Masjid al-Aqsa tidak dapat disangkal oleh individu Muslim yang sayangkan agamanya. Ini kerana dari segi sejarah menunjukkan Masjid al-Aqsa adalah kiblat pertama umat Islam sebelum berpindah kepada Masjid al-Haram hingga ke hari ini.

Justeru adalah menjadi tanggungjawab semua pihak khususnya di kalangan umat Islam membebaskan Masjid al-Aqsa dari cengkaman rejim Yahudi-Israel, kerana ia ada kaitan dengan persoalan akidah mereka.

Pengajaran kedua terpenting menerusi peritiwa Israk dan Mikraj, ialah pelaksanaan ibadat solat lima waktu, ia merupakan mikraj (lif/tangga) seorang Muslim menghadap Tuhannya, kepentingan solat juga tidak dapat dipersoal oleh mana-mana individu Muslim, walau apapun jawatan dan kedudukannya dalam masyarakat.

Apabila solat seseorang itu beres dengan Tuhannya, maka akan bereslah urusan hidupnya yang lain, hubungan roh seorang muslim itu sangat penting dengan Tuhannya, justeru ia ada kaitan dengan kedua-dua masjid yang disebutkan di atas.

Apabila seseorang itu menunaikan solat dengan penuh khusuk dan tawaduk, dia seolah-olah sedang berkata-kata dengan Allah, ia terserlah ketika membaca al-Fatihah tujuh belas kali sehari semalam, untuk menyatakan munajat dan aduannya kepada Allah bagi memudahkan tugas dan peranannya untuk menyeru manusia ke jalan kebenaran.6

1 Prof Dr Yusuf al-Qaradawi, soal jawab dalam Islamonline.net 17/8/06 (Puasa pada 27 Rejab)

2 Ibid - soal jawab dalam Islamonline.net 9/7/08 (Benarkah Israk berlaku pada malam 27 Rejab.

3 Syeikh �Atiah Saqar � soal jawab agama di Islamonline 17/7/2007 (Puasa pada bulan Rejab)

4 Syeikh Jaafar Ahmad at-Talhawi � soal jawab agama dalam Islamonline.net 30/8/04 (Kepimpinan baginda Rasulullah terhadap para Anbiya pada malam Israk dan Mikraj).

5_____al-Qaradawi � soal jawab agama dalam islamonline.net 8/8/07 (Pengajaran penting daripada peristiwa penting Israk dan Mikraj).

6 _____Ibid. - lanh _
Iklan Teks

Aqidah dan pegangan yahudi laknatullah...



"
 Sebenarnya kita agak kurang didedahkan akan pegangan dan akidah orang yahudi laknatullah ini. mengapa sampai begitu tidak berperikemanusiaan langsung dalam diri mereka dengan apa yang mereka lakukan pada umat Islam di Palestin.

Keadaan di sana sebenarnya lebih buruk dan kejam berbanding dengan apa yang kita dapat maklumat dan saksikan di kaca televiseyen mahupun media cetak. Saudara-saudara kita di sana sebenarnya dilayan umpama binatang yang langsung tidak bernilai pada pandangan mata puak kufar ini.


Info yang penulis dapat dinyatakan sebenarnya ada sesetengah saudara-saudara kita di sana dibakar dan disembelih dengan kejam. Hasil itu semua berdasarkan gambar yang diedarkan melalui email. Untuk penulis paparkan di sini sikit kesukaran kerana gambar dalam bentuk slide powerpoint yang dah di convert.

Sepertimana yang kita tahu bangsa yahudi ini juga menganut agama samawi yakni agama wahyu yang diturunkan Allah ke muka bumi. Mereka juga sebenarnya kaum yang paling ramai Nabi Allah utuskan pada mereka tapi mereka ingkar sehingga Nabi juga mereka bunuh. Semua termaktub dalam Al-Quran dan sirah telah menceritakan semua ini sebagai panduan kita agar jangan ambil iktibar dengan apa yang telah dilakukan oleh mereka ini akan agama Allah yang diturunkan pada mereka. Berkaitan dengan agama yahudi ini, penulis bukanlah orang yang ahli untuk dinyatakan dan dihujjahkan di sini. Tetapi ingin berkongsi info yang rasa wajar kita ketahui apa isi kandungan kitab rujukan mereka dan akidah mereka sampai langsung tidak berperikebinatangan boleh kita katakan terutama kepada umat Islam di Palestin. Bila mengenangkan akan isu ini, terlintas di hati penulis akan kewajaran juga pemusnahan etnik yahudi oleh Hitler yang kita kenali sebagai tragedy holocaust. Kadang terlintas di hati memang patut mereka dilayan sebegitu rupa, walaupun bukan kita menyokong apa yang dilakukan oleh Hitler itu betul caranya tapi dengan apa yang mereka lakukan ini memang patut mereka dilayan sebegitu. Kita membenci yahudi ini bukan kerana agama mereka mahupun atas tiket bangsa yahudi itu. Kita memusuhi mereka atas tiket zionis kerana ideologi zionis antarabangsa kini sememangnya kerana kekejaman mereka yang amat keterlaluan terutama kepada umat Islam khususnya. Tapi bukan semua penganut yahudi ini berpegangan sedemikian kerana ada juga segelintir rabai-rabai mereka yang menentang apa yang sedang berlaku ini seperti golongan ortodoks, tetapi mereka ini minoriti sahaja.

Bagi orang Islam kitab rujukan utama adalah Al-Quranul Karim yang kita ambil sebagai panduan dan perlembagaan hidup. Manakala bagu kaum yahudi, kitab panduan mereka ini dinamakan Talmud. Dikatakan yang diturunkan kepada Nabi Musa dan diseleweng oleh rabai-rabai mereka, padahal sama juga seperti Injil yang diturunkan kepada Nabi Isa tetapi telah diseleweng oleh paderi-paderi mereka. Bagi kaum yahudi mereka merupakan kaum pilihan yang dipilih oleh Allah. Manakala kaum yang lain sebenarnya umpama binatang yang tak berharga bagi mereka. Bukan sahaja Islam, tapi juga bangsa yang lain selain yahudi semuanya sama. Inilah pegangan dn akidah kaum yahudi. Antara isi kandungan kitab Talmud ini yang penulis ingat pernah diperkatakan, “Mereka (kaum yahudi) bertanya kepada Tuhan mengapa diciptakan kaum yang lain selain mereka. Maka dijawab Tuhan, mereka diciptakan agar kamu naik atas mereka dan kamu patah riuk tengkuk mereka dan hirup darah mereka dan daging mereka kerana mereka itu halal bagimu diperlakukan.” – begitulah yang penulis ingat-ingat lupa isi kandungan yang mungkin penulis tambah-tambah ikut selera kata penulis sendiri. Tapi isinya agak sama. Di bawah pula isi antara surah-surah boleh kita katakana isi kandungan kitab Talmud dan juga kitab-kitab suci lain yang mereka jadikan panduan.


“Hanya orang-orang Yahudi yang manusia, sedangkan orang-orang non Yahudi bukanlah manusia, melainkan binatang.” (Kerithuth 6b hal.78, Jebhammoth 61a)

“Orang-orang non-Yahudi diciptakan sebagai budak untuk melayani orang-orang Yahudi.” (Midrasch Talpioth 225)

“Angka kelahiran orang-orang non-Yahudi harus ditekan sekecil mungkin.” (Zohar II, 4b)

“Orang-orang non-Yahudi harus dijauhi, bahkan lebih daripada babi yang sakit.” (Orach Chaiim 57, 6a)

“Tuhan (Yahweh) tidak pernah marah kepada orang-orang Yahudi, melainkan hanya (marah) kepada orang-orang non-Yahudi.” (Talmud IV/8/4a)

“Di mana saja mereka (orang-orang Yahudi) datang, mereka akan menjadi pangeran raja-raja.” (Sanhedrin 104a)

“Terhadap seorang non Yahudi tidak menjadikan orang Yahudi berzina. Bisa terkena hukuman bagi orang Yahudi hanya bila berzina dengan Yahudi lainnya, yaitu isteri seorang Yahudi. Isteri non-Yahudi tidak termasuk.” (Talmud IV/4/52b)

“Tidak ada isteri bagi non-Yahudi, mereka sesungguhnya bukan isterinya.” (Talmud IV/4/81 dan 82ab)

“Orang-orang Yahudi harus selalu berusaha untuk menipudaya orang-orang non Yahudi.” (Zohar I, 168a)

“Jika dua orang Yahudi menipu orang non-Yahudi, mereka harus membahagi keuntungannya.” (Choschen Ham 183, 7)

“Tetaplah terus berjual beli dengan orang-orang non-Yahudi, jika mereka harus membayar uang untuk itu.” (Abhodah Zarah 2a T)

“Tanah orang non-Yahudi, kepunyaan orang Yahudi yang pertama kali menggunakannya.” (Babba Bathra 54b)

“Setiap orang Yahudi boleh menggunakan kebohongan dan sumpah palsu untuk membawa seorang non-Yahudi kepada kejatuhan.” (Babha Kama 113a)

“Kepemilikan orang non-Yahudi seperti padang pasir yang tidak dimiliki; dan semua orang (setiap Yahudi) yang merampasnya, berarti telah memilikinya.” (Talmud IV/3/54b)

“Orang Yahudi boleh mengeksploitasi kesalahan orang non-Yahudi dan menipunya.” (Talmud IV/1/113b)

“Orang Yahudi boleh mempraktikkan riba terhadap orang non-Yahudi.” (Talmud IV/2/70b)

“Ketika Messiah (Raja Yahudi Terakhir atau Ratu Adil) datang, semuanya akan menjadi budak-budak orang-orang Yahudi.” (Erubin 43b)
'
Kita nilailah sendiri dengan apa yang telah dinyatakan di sini mengapa permusuhan kita yakni umat Islam dengan bangsa yahudi ini tak akan boleh untuk berdamai sampai hari kiamat nanti. Tapi yakinlah bahawa Islam pasti akan beroleh kejayaan kelak di masa hadapan di mana ketika itu umat Islam akan terus menerus mencari siapa dan di mana sahaja orang yahudi agar mereka dibunuh hatta mereka bersembunyi di belakang pokok mahupun batu sekalipun akan diberitahu mereka di situ kecuali satu pokok yang menyebelahi mereka. Janji Allah dan Rasul itu pasti akan terserlah kebenarannya nanti, InsyaAllah..

Artikel daripada: http://opalotus99.blogspot.com/2009/01/akidah-dan-pegangan-kaum-yahudi.html
"

zionis

Subject: ....demi islam.... jgn hentikan forward email ini...

يا اصحا بى الكرام

اهلا وسهلا ومرحبا بكم شكرا مأجورا كل عاع وأنتم باالخير هذه السنة <

Tanda-tanda dunia di penghujung nyawa…BACA!

1) Penaklukan Baitulmuqaddis.
Dari Auf b. Malik r.a. katanya,Rasulullah s.a.w telah
bersabda:

'Aku menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat.'Baginda menyebutkan salah 1 diantaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis. '
- Sahih Bukhari

~ dah jadi dah...

2) Zina bermaharajalela.
'Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya
melakukan
persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka
inilah kiamat akan datang.'- Sahih Muslim

~ dah nampak dah...

3) Bermaharajalela alat muzik.
'Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan &
perubahan muka'. Adayang bertanya kepada Rasulullah;
'Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?'Baginda menjawab: 'Apabila telah bermaharajalela bunyian(muzik) & penyanyi²
wanita'- Ibnu Majah

~ Mentor, Malaysian Idol, Akademi Fantasia,
Anugerah Muzik...


4) Menghias masjid & membanggakannya.
'Di antara tanda2 telah dekatnya kiamat ialah manusia
bermegahan dalam mendirikan masjid'- Riwayat Nasai.

~ memang dah nampak dah...


5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat &
hubungan dengan tetangga tidak baik.
'Tidak akan datang kiamat sehingga banyak
perbuatan & perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim & sikap yang buruk dalam
tetangga.'- Riwayat Ahmad dan Hakim.

~ ada anak tak mengaku ada mak/bapak pasal malu......



6) Ramai orang soleh meninggal dunia.
'Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil
orang2 yang baik& ahli agama di muka bumi, maka tiada yang
tinggal padanya kecuali orang2 yang hina & buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran' - Riwayat Ahmad

~ boleh kira berapa jer para ulama'yg tinggal...

7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat.
'Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan
dikuasai oleh Luka'bin Luka'(orang yang bodoh & hina).
Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang
beriman yang diapit oleh 2 orang mulia'- Riwayat Thabrani

~ George Bush, Ariel
Sharon& kat Malaysiapun ada....


8) Mengucapkan salam kepada orang yang
dikenalnya sahaja.
'Sesungguhnya di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat
ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang
lain kecuali yang dikenalnya saja.'- Riwayat Ahmad

~ jiran sesama islam pon tak bertegur sapa...

9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi
hakikatnya telanjang.
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. 'Di antara anda² telah
hari kiamat ialah akan muncul pakaian² wanita & apabila
mereka memakainya keadaannya seperti telanjang'.

~ fesyen zaman skarang (tube, spaghetti strap, g-string etc.)...


10) Bulan sabit kelihatan besar.
'Di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah
menggelembung( membesarnya) bulan sabit.'- Riwayat Thabrani

~ tak caya gi tengok...


11) Banyak dusta & tidak tepat dalam menyampaikan berita.
'Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu
dengan membawa berita2 yang belum pernah kamu dengar & belum pernah
didengar oleh bapa2 kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu' - Sahih Muslim

~ Siaran TV kerajaan dan swasta, akhbar2 harian & majalah² yg popular skarang nie......


12)Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar.
'Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak
kesaksian
palsu & disembunyikan kesaksian yang benar.'-Riwayat Ahmad

~ tengok kes peperangan Iraq ...

13) Negara Arab menjadi padangrumput & sungai.
'Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padangrumput & sungai²'- Sahih Muslim

~ Dubai dah turun salji... Mina dah kene banjir...
Perdamaian Dengan Israel: Adakah Syara’ Mengharuskannya?


" Kekejaman Israel bukanlah perkara baru. Sejak mereka berjaya menguasai wilayah Palestin secara kekerasan dan rampasan, mereka sering sahaja melakukan siri serangan dan kezaliman kepada penduduk Palestin. Dalam pada itu, terdapat usaha-usaha yang dilakukan untuk berdamai dengan Israel. Apakah tindakan perdamaian dengan Israel merupakan sesuatu yang wajar dan dibenarkan oleh syarak?

Sebenarnya, perselisihan yang terdapat di kalangan para ulama’ hanyalah meliputi perkara-perkara yang berkaitan dengan perdamaian antara golongan Islam dan golongan yang memerangi Islam (ahlul harbi). Sebahagian daripada ulama’ melarang keras perdamaian ini, malahan tidak harus untuk bekerjasama dengan golongan yang memerangi umat Islam. Kenyataan ini adalah berdasarkan ayat-ayat Allah yang menyeru supaya berperang dengan golongan yang memerangi Islam sehinggalah mereka menyerah kalah dan patuh kepada pemerintahan Islam.

Firman Allah dalam Surah al-Taubah ayat 29, maksudnya: “Perangilah orang yang tidak beriman kepada Allah dan tidak beriman kepada Hari Akhirat dan mereka tidak mengharamkan apa yang diharamkan oleh Allah dan Rasul-Nya dan tidak beragama dengan agama yang benar( agama Allah ), (iaitu orang) yang diberikan al-Kitab kepada mereka, sampai mereka membayar jizyah dengan patuh sedang mereka dalam keadaan tunduk”.

Begitu juga firman Allah dalam Surah Muhammad ayat 4 yang bermaksud: “Apabila kamu bertemu dengan orang kafir ( di medan perang ) maka pancunglah leher mereka. Sehingga apabila kamu telah mengalahkan mereka maka tawanlah mereka dan sesudah itu kamu boleh membebaskan mereka atau menerima tebusan sampai perang berhenti”.

Sesungguhnya ayat-ayat al-Quran ini menyeru kepada peperangan terhadap golongan yang memerangi Islam sehinggalah mereka menyerah atau menghentikan peperangan. Sesungguhnya apabila umat Islam masih diperangi oleh mereka, maka tiada perdamaian dan tiada kerjasama dengan mereka.

Manakala ulama’ yang mengharuskan perdamaian dengan golongan yang memerangi umat Islam pula, mereka berhujah bahawa ayat al-Quran yang diturunkan tidak pun menentang perdamaian . Ini dapat dilihat dengan jelas pada permulaan dakwah Islam sebagaimana firman Allah yang bermaksud: “Dan jika mereka condong kepada perdamaian, maka condonglah kepadanya dan bertawakkallah kepada Allah”.

Selain daripada itu, Rasulullah juga pernah mengadakan beberapa perjanjian damai dengan musuh-musuh Islam seperti yang terdapat pada Perjanjian Hudaibiyyah di samping beberapa perjanjian yang telah dimeterai oleh Rasulullah dengan puak-puak Yahudi. Inilah sebenarnya hujah-hujah yang telah digunakan oleh segelintir ulama’ dalam menegakkan pendapat mengenai keharusan membuat perdamaian dengan Israel tatkala umat Islam tidak mampu untuk berhadapan dengan musuh-musuh Islam itu.

Sememangnya terdapat para ulama’ yang mengharuskan perdamaian sebagaimana yang terkandung dalam beberapa ayat al-Quran di samping perdamaian yang telah dilaksanakan oleh baginda Rasulullah sendiri. Akan tetapi harus diingat bahawa ulama’ telah mengharuskan perdamaian dengan musuh Islam adalah dengan syarat sekiranya umat Islam betul-betul berada dalam keadaan ‘darurat’ serta perdamaian itu akan membawa maslahat dan kebaikan kepada umat Islam sendiri.

Begitu pun, pendapat ulama’ yang mengharuskan perdamaian dengan musuh Islam adalah tidak termasuk perdamaian dengan Israel. Perdamaian hanya berlaku dengan musuh yang mempunyai negara, raja dan pemerintahan sendiri yang mana mereka itu ingin menguasai dan menawan negara-negara lain. Manakala Israel, mereka langsung tidak mempunyai negara, sebaliknya mereka telah merampas tanah umat Islam. Sekiranya perdamaian dilaksanakan dengan mereka, maka ini akan membawa erti bahawa umat Islam menyerahkan bumi mereka kepada musuh yang merampasnya dan seterusnya mengiktiraf kependudukan Israel yang telah dilakukan dengan secara zalim itu. Ini merupakan sesuatu perkara yang tidak boleh diterima oleh sesiapa pun jua!.

Siapakah yang berani mengatakan bahawa perdamaian dengan Yahudi itu mendatangkan maslahah dan kebaikan?. Apakah maslahah yang didapati oleh umat Islam apabila mereka meninggalkan bumi Palestin untuk dicengkam dan dikuasai oleh Yahudi, seterusnya umat Islam Palestin akan menjadi mangsa pelarian di tanahair sendiri. Sudah tentu perkara seumpama ini tidak direstui oleh Allah, Rasulnya serta orang beriman.

Perdamaian dengan Israel merupakan pengkhianatan terhadap Islam dan terkeluar daripada persepakatan umat Islam sendiri. Firman Allah dalam Surah al-Nisa’ ayat 115 bermaksud: ’Dan barangsiapa yang menentang Rasul sesudah jelas kebenaran baginya, dan mengikuti jalan yang bukan jalan orang mukmin, Kami biarkan ia berleluasa terhadap kesesatan yang telah dikuasainya itu [Allah biarkan mereka bergelumang dalam kesesatan] dan Kami masukkan ia ke dalam Jahannam, dan Jahannam itu seburuk-buruk tempat kembali’.

Sesungguhnya umat Islam mestilah meneruskan perjuangan yang jitu untuk mengembalikan bumi Palestin daripada tangan Yahudi yang durjana. Sesungguhnya perdamaian dengan Israel adalah dilarang mengikut syara’.

Oleh itu, umat Islam seluruh dunia mestilah berjihad dan berjuang untuk menyelamatkan Palestin daripada terus dinodai. Kebenaran itu datang dari Allah dan Dialah yang menunjuki jalan hidayah.

surah 'Abasa




As-syahid Syed Qutb Rahimahullah dalam karya agungnya Tafsir Fi Zilal Quran menceritakan asbabun nuzul (sebab turun ayat) surah 'Abasa:

Abdullah Ibnu Ummi Maktum RA yang buta itu tidaklah dapat melihat Rasulullah s.a.w. yang memasamkan muka kepadanya semasa baginda asyik memberi tumpuan kepada golongan pembesar Arab Quraisy yang menjadi target "back bone" dalam menegakkan Daulah Islamiah di Madinah.

Rasulullah s.a.w. tidak silap dalam meletakkan aulawiyyat, memilih sasaran dakwah dikalangan mereka yang tegap ekonomi dan kuasa mereka, namun Allah tetap juga menegur baginda yang seolah terlupa kepada Abdullah Ibnu Ummi Maktum yang punya ketulusan hati untuk berjumpa dengan baginda.

Kelihatan remeh

Peristiwa ini kelihatannya seperti kecil dan remeh sahaja, tidaklah sehebat kisah peperangan Badar atau segemilang peristiwa pembukaan Makkah. Namun sekecil apa pun yang dinukilkan Allah taala dalam firmanNya, tetap mempunyai hikmah yang begitu agung. Allah taala mengungkap dalam bentuk singgungan secara sinis tetapi telus.

Tanpa selindung lagi, Rasulullah s.a.w. ditegur sebagai ingatan yang berkekalan buat diri baginda dan ummatnya. Ingatan buat pengikut setia yang juga bakal meneruskan tugas dakwah kepada sesiapa sahaja tanpa mengira darjat dan kedudukan. Ternyata impak dari peristiwa ini cukup besar.

Peristiwa ini memberi petunjuk samada di sudut akhlak, pendekatan dan strategi dakwah dalam pembinaan ummah dan negara islam itu sendiri.

Surah yang dirakam secara "gentleman" begitu rupa, zahirnya seolah bakal mencalar imej dan reputasi Rasulullah s.a.w. Namun pengajarannya itulah yang perlu dihirup sepenuhnya. Terutama kepada penerus risalah agung ini seperti pimpinan gerakan islam mahupun pimpinan negara, wajar sekali membuat penelitian dalam mengambil kira sasaran dakwah tanpa memilih bulu.

Tiada siapa nafikan, "pendedahan berani" dalam surah ini begitu berat untuk ditanggung jika ianya berlaku kepada kita yang berjiwa kerdil ini. Ianya ditayangkan sepanjang zaman, dibaca sepanjang zaman dan diperdengarkan kepada orang ramai di sepanjang zaman.

Namun bagi Rasulullah s.a.w. yang berjiwa besar itu, sudah tentu baginda pasrah dan redha terhadap teguran Allah yang Maha Bijaksana lagi Maha Penyayang. Baginda sangat berkeyakinan Al-Quran itu tidak lain adalah pedoman kepada umat baginda jua.

Inilah juga bukti kasih sayang Allah taala yang saban hari terus menerus mengetuk hati nurani insan. Betapa perlunya bashirah atau celik hati nurani ini dibuka dan disingkap hijabnya untuk memahami, mengingati dan menyedarkan kita terhadap isi kandungan al-Quran.

Kesilapan sendiri

Juga membuktikan Al-Quran bukanlah ciptaan baginda. Mana mungkin seorang penulis akan menulis kesilapan diri sendiri secara terbuka dan terus terang begitu.

Untuk apa surah ini perlu direnungi sedalamnya? Terutama kepada pimpinan gerakan islam dan negara. Sudah tentulah hikmah Allah Taala menggambarkan peristiwa setelus ini menuntut pemerhatian mendalam kepada kita semua dalam mengharungi perjuangan islam yang penuh simpang siur ini.

Sememangnya manusia mudah dan cepat terkesan dengan kehebatan dan kekuasaan yang tiba-tiba terjongol di depan mata. Pembesar mana yang tidak teruja apabila dapat berjumpa dan ngobrol-ngobrol dengan pembesar dan saudagar-saudagar yang lain? Dan pembesar mana yang begitu betah untuk melayan anak-anak mentah dan budak-budak hingusan?

Lantas mereka sering memandang remeh dan enteng sesuatu yang dikira masih jauh dan mentah. Kelompok pimpinan negeri mahupun negara merasakan kuasa dan jawatan dalam pemerintahan mereka adalah suatu singgahsana yang begitu gah dan menawan hati.

Telahan mudah kepada mereka ini: "Mungkin mereka mengagak, dengan mengendung kuasa, mereka dapat membuat perubahan dengan menukar sistem, undang-undang dan polisi negara." Ya, kelihatan ada benarnya.

Namun barang diingat, kelangsungan mana-mana sistem dan polisi negara amat bergantung kepada penggerak dan pendokongnya. Siapakah lagi penggerak dan pendokongnya yang paling ampuh dan diharapkan kalau bukan anak muda yang berpendidikan?

Kepimpinan kelompok mahasiswa

Mutakhir ini, kelihatan jarang-jarang atau kadang-kadang sahaja kelompok mahasiswa ini diberi perhatian dan dibangunkan kepimpinan mereka. Mahasiswa kini seakan diabaikan, kehilangan punca, semakin lesu dan dinafikan suara dan jeritan mereka.

Di pihak Aspirasi pula, mereka terlalu dimanjakan dan disesatkan arah tuju perjuangan tulen mereka oleh Kementerian Pengajian Tinggi. Seakan lembu yang diikat hidungnya layaknya. Peruntukan KPT dihambur sesuka hati walaupun untuk projek pesta-pestaan.

Satu pihak diabaikan dan satu pihak disesatkan!

Soalnya, di manakah pula kecacatan anggota fizikal mahasiswa sehingga mereka juga tiada tempat dalam senarai keutamaan kelompok pimpinan? Mahasiswa tidak dipandang walaupun dengan sebelah mata. Isu-isu kebajikan mereka seperti biasiswa, PTPTN, Pilihan Raya Kampus, AUKU begitu menekan alam kampus. Apatah lagi isu kepimpinan dan daya juang yang semakin terperosok, hilang arah, tidak diketahui hujung pangkalnya.

Adakah masyarakat negara ini dapat merasai kehadiran dan kepimpinan mahasiswa? Kalau setakat terpegun dan puas dengan program baktisiswa, keluarga angkat yang dah lapuk itu, manakan mampu mungubah landskap kepimpinan negara. Malah mereka kerap sekali dimomokkan dengan masalah-masalah sosial dan pembawa masalah kepada masyarakat.

Mahasiswa adalah sasaran itu. Ya, mereka adalah kelompok yang tidak dbela kerana dilihat masih mentah dan belum diketahui bagaimana masa depan dan hasilnya nanti. Sedangkan suatu ketika dahulu, (biarlah, orang nak kata mengungkit) ketika sesetengah kelompok pimpinan pembangkang pernah ditimpa hiba, duka nestapa, ramai juga dikalangan mahasiswa yang tampil membela di jalanan, menjerit erti keadilan dan menyanggah kezaliman.

Memang manusia yang singkat akal budinya mudah tersilau dengan tahta yang segera dan mereka tidak begitu sabar untuk menghayun buaian seorang bayi kerana ianya amat memenatkan malah cukup melecehkan.

Menghisab kebenaran

Ada kalangan teman-teman mahasiswa bertanya soalan yang kelihatan main-main tapi wajar juga dihisab kebenarannya, mengapa tuntutan untuk memenangi pilihanraya kecil lebih kuat pekikannya berbanding usaha bersungguh untuk membina dan membela jenerasi pelapis yang bakal menggegarkan negara suatu hari nanti?

Apa jadi dengan mahasiswa di KUIS dan UNISEL? Masih hanyut dengan gejala sosial atau masih takut-takut nak susun program usrah? Sedang kuasa sudah di tangan!

Masing-masing berhak memberi jawapan yang berbeza.

Apa pun jawapannya, jika ketidakpedulian sejenak Rasulullah s.a.w. terhadap Abdullah Ibnu Ummi Maktum RA yang buta itu pun ditegur Allah taala!

Apakah pimpinan gerakan islam dan pimpinan negeri yang jelas mengabaikan nasib mahasiswa kini tidak akan ditegur Allah taala di akhirat nanti?

Tak salah sesekali muhasabah diri. _


TALBIAH

Hambamu datang menyahut panggilanmu, Ya Allah, Hambamu datang menyahut panggilanmu Hambamu datang menyahut panggilanmu, Tidak ada sekutu bagimu, Hambamu datang menyahut panggilanmu Sesungguhnya segala pujian Dan nikmat Dan pemerintahan adalah kepunyaanmu Tidak ada sekutu bagimu

Sunnah dan bid'ah dalam pemerintahan Islam


Sunnah dan bid'ah dalam pemerintahan Islam
Fahri Abdullah al-Masri
Daripada Abi Najih 'Irbadh bin Sariyah r.a berkata: "Telah menasihati kami oleh Rasulullah s.a.w akan suatu nasihat yang menggetarkan hati kami ketika mendengarnya, lalu kami berkata: Ya Rasulullah! Seolah-olah ini adalah nasihat yang terakhir sekali, maka berilah pesanan kepada kami.
Iklan





Lalu, baginda pun bersabda: "Aku berwasiat akan kamu supaya sentiasa bertaqwa kepada Allah dan mendengar serta taat (kepada pemimpin) sekali pun yang memimpin kamu itu hanya seorang hamba. Sesungguhnya sesiapa yang panjang umurnya daripada kamu pasti ia akan melihat perselisihan yang banyak.
Maka, hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah para khulafa' Ar-Rasyidin Al-Mahdiyyin (Khalifah-khalifah yang mengetahui kebenaran dan mendapat pimpinan ke jalan yang benar) dan gigitlah sunnah-sunnah itu dengan gigi geraham dan jauhilah perkara-perkara yang baharu (bid'ah) yang diada-adakan, kerana sesungguhnya tiap-tiap bid'ah itu adalah sesat."
(Abu Daud dan Tirmidzi)
Keterangan Ustaz FahmiMenurut keterangan ustaz Fahmi Zam Zam, pesanan yang amat berguna kepada kita pada akhir zaman ini boleh dipecahkan kepada empat perkara.
Pertamanya, mengenai hal ketaqwaan kepada Allah s.w.t. Kedua, mentaati perintah pihak yang menguruskan hal ehwal kaum Muslimin walaupun mereka terdiri daripada golongan hamba, selama mereka berpegang dengan al-Qur'an, sunnah Nabi s.a.w dan sunnah-sunnah khulafa' Ar-Rasyidin.
Ketiga, berpegang teguh kepada sunnah Nabi s.a.w dan sunnah para khulafa' ar-Rasyidin al-Mahdiyyin (Abu Bakar, Omar, Osman dan Ali k.w). Keempatnya, menjauhi hal bid'ah, iaitu apa jua fahaman dan amalan yang ditambah kepada agama Islam yang sempurna ini, pada hal tidak ada dalil atau asal dan contoh dari agama.
Keterangan lanjut: Berasaskan hadis ini, saya berminat mengulas hal sunnah dan bid'ah dalam pemerintahan. Lazimnya, kita dapati terdapat jalur pemikiran yang melihat hanya syura saja warisan dan peninggalan sistem pemerintahan Islam itu.
Apakah sistem beraja tidak mewakili pemerintahan Islam? Kalau kita melihat bagaimana Raja Daud a.s mewariskan pemerintahan kepada anaknya Raja Sulaiman a.s, maka di sini kita dapati bahawa sistem beraja juga terpakai sebagai salah satu daripada sistem khilafah itu. Dalam ayat lain, khilafah itu tidak hanya berbentuk syura sahaja, malah sistem beraja juga adalah bahagian daripada belahan daging agama yang terkait dengan siasah.
Selepas era khalifah Ali k.w bin Abi Talib, maka bermulalah era khalifah yang ada unsur pemerintahan beraja. Perkembangan Dinasti Umayyah, Abbasiyyah dan seterusnya telah menyaksikan bagaimana pemerintahan itu disalurkan melalui hubungan darah.
Kalau golongan Syiah berpendapat bahawa pemerintahan itu adalah milik ahli bait, iaitu keturunan Rasulullah s.a.w, maka secara tidak langsung pemerintahan berasaskan kepada hubungan darah ini memang tidak dapatlah dipisahkan daripada sunni dan syiah juga.
Tuhan meredai semua kaedah bentuk khilafahKunci kepada pengertian semua ini adalah tertakluk kepada ceraian nas dalil Al-Baqarah, ayat 30. Dalam tafsiran Inggeris oleh King Fahd Complex, Madinah, menyebutkan:
"..Verily, I am going to place (mankind) generations after generations on earth.."
Generasi demi generasi di sini, tentulah wujudnya pemerintahan dalam bentuk hubungan darah. Namun, ada juga pemerintahan diberikan kepada seseorang yang bukan hubungan persamaan darah, melainkan kerana wujudnya persamaan idea, pemikiran, amalan.
Kes ini terjadi ke atas Nabi Zulkifli a.s yang dilantik sebagai raja kerana mampu amalkan beberapa syarat, iatu berpuasa, jangan marah dan sebagainya. Syarat-syarat ini diberikan oleh seorang raja di sebuah negeri yang ingin turun daripada takhtanya.
Ketika Islam mula sampai di Alam Melayu, ulama dan pendakwah ini tidak membatalkan sistem beraja. Malah, Islam di rantau ini diperteguhkan dengan institusi raja-raja. Apabila raja-raja itu mula zalim menindas rakyatnya maka mereka jatuh terhina dihinakan melalui pemberontakan hulubalang Hang Jebat, Megat Seri Rama dan sebagainya.
Pendek kata, raja-raja boleh dijatuhkan, tapi institusi raja-raja tidak dirobohkan. Raja-raja itu dapat digantikan dengan raja-raja baru yang lebih baik daripada sebelumnya. Dan, ini yang dilakukan oleh Yahudi Freemason di Turki. Iaitu mereka jatuhkan langsung institusi kesultanan. Maka, raja-raja khalifah itu terpupus terus.
Oleh kerana syura suatu yang ideal, kerana ia memerlukan manusia yang berkualiti untuk melaksanakannya, maka dalam realiti sekarang di Malaysia, ia mungkin mustahil. Tetapi, untuk masa-masa akan datang, maka tidak mustahil ia dapat dilaksanakan.
Maka, ketuanan ini boleh dipindahkan melalui (1) hubungan darah; (2) hubungan idea (3) hubungan amalan dan lain-lain. Tuhan cuma ingin mewujudkan khalifah sahaja. Tapi, hal mewujudkan satu atau lebih daripada satu 'sistem' untuk melantik, menaikkan khalifah itu maka terpulanglah kepada kebijaksanaan manusia itu sendiri.
Ringkasnya, khilafah yang baik itu boleh juga muncul dalam bentuk syura, sistem beraja, sistem demokrasi. Kalau ekonomi kita mengamalkan dasar ekonomi campuran, ada unsur sosialisme dan kapitalisme digabungkan sekali. Maka hal yang sama terjadi dalam politik di Malaysia, iaitu dasar politik campuran, ada demokrasi, dan sistem beraja.
Sunnah dan bid'ah dalam pemerintahanPendek kata, semua ini, bermodalkan dalil yang ditemukan, bolehlah disebut sebagai satu sunnah dalam pemerintahan Islam.
Cuma, yang peliknya kadangkala, pemimpin kita asyik berseteru merebutkan kuasa tetapi boleh dihadirkan pula konsep perkongsian kuasa. Kuasa yang mulanya direbutkan hingga berlaku sepak terajang dan londeh melondehkan, menelanjangi perbuatan batil musuh, ia akhirnya dikongsi. Walhal kalau ia direbut, sudah tentulah untuk tidak dikongsi.
Yang mungkin boleh didebatkan lanjut adalah, bolehkah diwujudkan perkongsian kuasa dengan bukan Islam? Adakah hal ini termasuk dalam kategori sunnah atau bid'ah dalam pemerintahan? Ini boleh kita lanjutkan dalam bualan akan datang, insya Allah.
Bagaimanapun, berasaskan hadis di atas yang disusun ustaz Fahmi Zam Zam ini bolehlah juga kita lihat apakah tahanan ISA yang menahan rakyat tanpa bicara itu merupakan satu warisan daripada sunnah pemerintahan Rasulullah s.a.w, Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali? Baginda dan para sahabat terkemuka tidak pernah berbuat demikian.
Pemerintahan Islam Hadhari, pemerintahan bid'ah?Ertinya, pemerintahan yang menguatkuasakan undang-undang ISA ini tergolong di dalam pemerintahan bid'ah. Syed Abdul Hamid Albar selaku Menteri Dalam Negeri seharusnya malu kerana dia adalah ahli bait tapi tidak meneruskan sunnah nenek moyangnya itu.
Adapun Abdullah Ahmad Badawi pengasas Islam Hadhari telah pun tersasar sunnah juga. Islam Hadhari merujuk era kegemilangan sains dan teknologi dan era itu bukanlah zaman Rasulullah s.a.w, Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali.
Memang zaman itu ilmu berkembang dengan pesat, tetapi kezaliman penguasa tak kurang hebat juga perkembangannya. Semak semula berapa lama zaman salafusoleh berlangsung seperti yang disabdakan oleh baginda Rasulullah s.a.w itu.
"Sebaik-baik kurun, adalah kurunku. Kemudian kurun selepasku, dan kemudian kurun selepas daripada itu."
Jumhur ulamak menafsirkan, kurun kerasulan berlangsung selama 100 tahun, kurun pada zaman sahabat selama 100 tahun dan kurun Tabiut Tabiin selama 100 tahun. Maka zaman selama 300 tahun itulah yang diiktiraf oleh Rasulullah s.a.w sebagai tempoh terbaik yang ditafsirkan kebanyakan ulamak sebagai zaman salafussoleh.
Tapi, rujukan dan sandaran masa Islam Hadhari telah berada di luar lingkungan masa dan di luar lingkaran putaran waktu era salafussoleh itu. Ertinya, pemerintahan Islam Hadhari yang mendokong ISA terbabas dari sunnah pemerintahan nabi dan sahabat terulung.
Syahadan, sunnah itu bukanlah cuma terkait dengan pemakaian jubah serban, bersugi dan memakai celak saja. Berdasarkan hadis di atas, pengertian sunnah terkait langsung ke atas pemerintahan juga. Adakah nilai pemerintahan hari ini bertepatan dengan sunnah?
(Nota-nota kuliah Sek Pem Kg Baru ini wajib diteliti, dibantah, dikritik guna mencari kesempurnaan hujah dan ilmu. Artikel ini tidak terhindar daripada sebarang kesilapan dan kekhilafan.

suwayya wasiim...

suwayya wasiim...

kalam thaqaafah...

Allah merahsiakan saat kematian kita, adalah untuk melihat sejauh mana kita melaksanakan amalan yang telah ditetapkan kepada kita dan sedalam mana pula kita meninggalkan larangannya. Manusia yang hatinya sentiasa ingatkan mati,akan melaksanakan tugas yang telah diamanahkan kepadanya dengan lebih jujur, bersungguh-sungguh dan ikhlas untuk mendapat keredhaan Allah. Manusia begini sentiasa merasai setiap tingkah lakunya diperhatikan oleh Allah SWT. Dan ia juga mengetahui setiap tanggungjawab dan amanah yang dipikul akan ditanya satu persatu oleh Allah di akhirat kelak.Kesakitan bila nyawa dicabut oleh malaikatul maut tidak dapat dibayangkan sama sekali. Walau bagaimanapun Nabi ada bersabda, maksudnya: "Bahawa Rasulullah mengingatkan tentang mati dan keseksaannya, maka sabda Baginda: Iaitulah sakitnya tiga ratus kali tetakan pedang." Bayangkanlah jika kita ditetak atau dipukul dengan kayu, rotan mahupun besi bukan banyak, cuma sekali saja, itupun sudah tidak dapat digambarkan kesakitannya. Inikan pula ditetak dengan tiga ratus tetakan.Bayangkanlah sendiri. Cuba kita tanggalkan pula kuku daripada isinya,pastinya sakit tidak tertahan. Daging disiat-siat dan dilapah hidup-hidup, dahaga yang amat sangat sehingga air lautan di dunia ini tidak mampu menghilangkannya.Semuanya ini cuma secebis dari perbandingan kesakitan maut,malah beribu-ribu kali lebih sakitnya daripada itu. Oleh itu, untuk meringankan keseksaan roh ketika dicabut oleh malaikat maut, maka digariskan beberapa amalan tertentu yang perlu diamalkan. Antaranya:-Sebelum tidur: 1) Bacalah surah Al-Ikhlas tiga kali 2) Selawat ke atas Nabi 3) Membaca tasbihAmalan harian: 1) Sentiasa membaca Al-Quran 2) Memelihara solat terutama solat fardu 3) Menghormati (jangan bercakap) waktu azan diperdengarkan 4) Membaca tasbih 5) Membanyakkan sedekah 6) Sentiasa berzikir menyebut AllahAmalan yang perlu dijauhi: 1) Dusta 2) Khianat 3) Mengadu domba 4) Kencing berdiriSabda Rasulullah saw yang bermaksud: "Bersuci kamu sekalian dari buang air kecil kerana sesungguhnya kebanyakkan seksa kubur itu dari sebab buang air kecil."Pada suatu hari malaikatul maut datang untuk bertemu dengan Nabi Idris as lalu Nabi Idris meminta agar malaikatul maut mencabut nyawanya dan kemudian Allah menghidupkannya kembali. Permintaan ini dilakukan untuk Nabi Idris as mengetahui kesakitan sakaratul maut agar taqwanya lebih mendalam dan teguh lagi. Maka Allah memberikan wahyu kepada malaikatul maut supaya mencabut nyawa nabi Idris dan meninggalkan ketika itu juga. Malaikatul maut menangis dan memohon kepada Allah supaya Dia (Allah) menghidupkan kembali Nabi Idris lalu dimakbulkan Allah.Setelah di dapati Nabi Idris as sudah hidup kembali, malaikatul maut bertanya: "Ya saudaraku, bagaimana rasanya kesakitanmaut?"Jawab Nabi Idris: "Sesungguhnya ibarat terkelupasnya kulit dalam keadaan hidup-hidup, maka rasa sakit menghadapi maut itulebih dari 1000 kali sakitnya." Kata malaikat maut: "Secara berhati-hati dan tidak kasar yang telah saya lakukan khususmencabut nyawa engkau itu, belumlah pernah aku lakukan terhadap seseorang pun."Dirawayatkan lagi bahawa Nabi Isa as telah menghidupkan beberapa orang yang telah mati dengan keizinan Allah. Maka sebahagian orang kafir berkata: "Sesungguhnya engkau telah menghidupkan orang-orang yang telah mati yang masih baru, yangmungkin mereka itu belum benar-benar mati.Maka cuba hidupkan untuk kami orang yang telah mati seperti zaman yang awal dulu." Kata Nabi Isa as: "Cubalah kamu pilihkan?"Mereka berkata:Hidupkanlah untuk kami anak Nabi Nuh as (Sam bin Nuh)." Maka Nabi Isa as pergi ke kuburnya, lalu mengerjakan solat dua rakaat dan berdoa kepada Allah. Dan Sam bin Nuh dihidupkan kembali, tetapi rambut dan janggutnya sudah beruban. Nabi Isa as hairan kenapa jadi begitu.Berkata Sam bin Nuh: "Saya telah mendengar panggilanmu dan saya mengira hari kiamat telah tiba, maka rambut dan janggut saya berubah menjadi putih seperti ini dari sebab takutnya hari kiamat.Berkata Nabi Isa as: "Sudah berapa tahun kau meninggal dunia?" Kata Sam: "Semenjak 4000 tahun lalu maka belumlah hilang sakit dari sakaratul maut."

ENAM PERSOALAN HIDUP

Suatu hari, Imam Al- Ghazali bertanya, pertama. "Apa yang paling dekat dengan kita di dunia ini?". Murid-muridnya ada yang menjawab orang tua, guru, dan kerabatnya. Imam Ghazali menjelaskan semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah "mati". Sebab itu sudah janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati.(Al-Imran:185). Lalu Imam Ghazali meneruskan pertanyaan kedua. "Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?". Murid-muridnya ada yang menjawab negara, bulan, matahari, dan bintang-bintang. Lalu Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang mereka berikan adalah benar. Tapi yang paling benar adalah "masa lalu". Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak mampu kembali ke masa lalu.Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama. Lalu Imam Al-Ghazali meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga."Apa yang paling besar di dunia ini?". Murid-muridnya ada yang menjawab gunung,bumi, dan matahari. Semua jawapan itu benar kata Imam Ghazali. Tapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah "nafsu".(Al-A'raf :179).Maka kita harus menjaga hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka. Pertanyaan keempat adalah," Apakah yang paling berat di dunia ini?". Ada yang menjawab baja, besi, dan gajah. Semua jawapan tersebut hampir benar, kata Imam Ghazali, tapi yang paling berat adalah "memegang AMANAH"(Al-Ahzab). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu memikul tanggungjawab setelah Allah meminta mereka untuk menjadi khalifah di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka kerana ia tidak mampu memegang amanahnya. Pertanyaan yang kelima ditanya oleh Imam Al-Ghazali adalah,"Apa yang paling ringan di dunia ini?". Ada yang menjawab Kapas, angin, debu, dan daun-daunan. Semua itu benar kata Imam Ghazali,tetapi yang paling ringan di dunia ini adalah "meninggalkan Solat". Disebabkan pekerjaan kita tinggalkan solat, meeting dan sebagainya. Kemudian pertanyaan yang keenam dan terakhir ditanya oleh Al- Ghazali adalah, "Apakah yang paling tajam di dunia ini? Murid-muridnya menjawab dengan serentak, pedang...Benar kata Imam Al-Ghazali, tetapi yang paling tajam adalah "lidah manusia".Kerana melalui lidah manusia ia boleh menyakiti hati dan melukai perasaan saudara sendiri.

fitnah dan suara wanita - Syiekh Yusuf Al-Qardhawi

Persoalan:
Sebahagian orang berprasangka buruk terhadap wanita. Mereka menganggap wanita sebagai sumber segala bencana dan fitnah. Anehnya, mereka juga mengemukakan dalil- dalil agama untuk menguatkan pendapat itu, sehingga kadang- kadang tidak sahih dan adakalanya sahih tetapi mereka salah memahami maksud sebenar dalil itu. Seperti hadis tentang peringatan terhadap fitnah wanita:
“Tidaklah aku tinggalkan sesudahku suatu fitnah yang lebih membahayakan bagi lelaki daripada fitnah wanita”.
Apakah maksud hadis tersebut dan hadis- hadis lain seperti itu? Mereka juga mengatakan, “ sesungguhnya suara wanita itu sebagaimana wajahnya yaitu aurat. Wanita dikurung dalam rumah sampai meninggal dunia.”

Jawapan:
Islam memuliakan wanita sebagai manusia yang diberi tugas dan tanggungjawab yang kukuh seperti lelaki yang kelak akan mendapat pahala atau siksa sebagai balasan. Tugas yang mula- mula diberikan Allah kepada manusia tidak dikhususkan untuk lelaki tetapi juga wanita. (lihat surah Al- Baqarah: 35)
Namun dewasa ini masih banyak umat Islam yang merendahkan kaum wanita dengan cara mengurangi hak- haknya serta mengharamkan apa yang telah ditetapkan oleh syara’. Di samping itu mereka kerap menisbahkan pendapat dengan hadis Nabi s.a.w yang berbunyi: “Bermusyawarahlah dengan kaum wanita kemudian langgarlah (selisihlah)” .
Hadis ini sebenarnya palsu (maudhu’).
Mereka juga sering menisbahkan kepada perkataan Ali bin Abi Talib bahawa” wanita itu keji segalanya dan segala kekejian itu bermula dari wanita”. Perkataan ini tidak dapat diterima sama sekali kerana ia bukan dari logik Islam dan tidak ada dalam nash. Mereka juga mengatakan bahawa suara wanita itu aurat, tetapi ketika ditanyakan dalilnya yang dapat dijadikan sandaran mereka tidak dapat menunjukkannya.
Apakah mereka tidak tahu bahawa Al- Quran memperbolehkan lelaki bertanya kepada isteri- isteri Nabi s.a.w dari sebalik tabir? Bukankah isteri- isteri Nabi itu mendapat tugas dan tanggungjawab yang lebih berat, sehingga ada perkara yang diharamkan kepada mereka yang tidak diharamkan kepada selain mereka? Namun demikian Allah berfirman:
“..Apabila kamu meminta sesuatu keperluan kepada mereka (isteri- isteri nabi) maka mintalah dari belakang tabir..” (Al- Ahzab: 53)
Yang dilarang bagi wanita ialah melunakkan pembicaraan untuk menarik lelaki yang boleh diistilahkan dengan al- khudhu bil-qaul (tunduk/lunak/ memikat dalam berbicara), sebagaimana firman Allah Taala:”Hai isteri- isteri Nabi, kamu sekalian tidaklah seperti wanita lain jika kamu bertakwa. Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dalam hatinya dan ucaplah perkataan yang baik”.(Al- Ahzab: 32). Namun begitu bukan bererti Allah melarang semua pembicaraan wanita dengan lelaki lain.
Orang- orang yang merendahkan wanita itu sering memahami hadis dengan salah,mereka menyampaikan hadis sahih bukhari seperti: “Tidaklah aku tinggalkan sesudahku suatu fitnah yang lebih membahayakan bagi lelaki daripada wanita”. Mereka telah salah faham. Kata fitnah dalam hadis di atas mereka ertikan dengan “wanita itu keji dan merupakan azab, ancaman, atau musibah yang ditimpakan manusia seperti ditimpa kemiskinan, penyakit dan kelaparan.” Mereka lupa suatu masalah yang penting yaitu manusia juga difitnah dan diuji dengan kenikmatan lebih banyak daripada diuji dengan musibah. Allah berfirman:
“Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan yang sebenarnya..(Al- Anbiya: 35)
Al-quran juga ada menyebut harta dan anak- anak yang merupakan kenikmatan hidup dunia sebagai fitnah yang harus berwaspada, sebagaimana firman Allah:
“Sesungguhnya hartamu dan anak- anakmu hanyalah cubaan bagimu..”
(At- Taghabun: 15)
Sebagaimana dikhuwatirkan manusia akan terfitnah oleh harta dan anak- anak, begitu juga dengan wanita. Firman Allah: “Hai orang- orang beriman, sesungguhnya di antara isteri- isterimu dan anak- anakmu ada yang menjadi musuh bagimu, maka berhati- hatilah kamu terhadap mereka..”(At- Taghabun: 14). Wanita menjadi fitnah apabila mereka menjadi alat untuk membangkitkan nafsu dan keinginan dalam hati lelaki. Ini merupakan bahaya yang sangat besar.
Note: Ringkasan dari Syeikh Yusof Al- Qaradhawi di dalam bukunya fatwa Mua’asharah vol.2.

Baca Perlahan2 ya.... di ambang maal hijrah 1429

Katakan ini dengan perlahan2 & penuh lunak,

"Ya Allah saya mencintai-MU Dan memerlukan-Mu'''''Dan terangilah hati kami yang kerdil ini'''''

atthiaazz...

Diriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. telah bersabda:
"Apabila telah datang hari kiamat, maka didatangkan 4 golongan manusia di sisi pintu syurga tanpa dihisab dan disiksa, mereka ialah ;
1. Orang alim yang mengamalkan ilmunya. 2. Seorang haji yang sewaktu menunaikan haji tidak melakukan sebarang perkara yang membatalkan hajinya. 3. Orang yang mati syahid di dalam peperangan. 4. Dermawan yang mengusahakan harta yang halal dan membelanjakannya di jalan Allah tanpa riya.
Keempat-empat golongan ini berebut-rebut untuk mendahului memasuki syurga, kemudian Allah memerintahkan kepada Jibrail A.S. menghakimi mereka.
Berkata Jibrail A.S. kepada orang mati syahid, "Apakah yang telah kamu lakukan sewaktu di dunia sehingga kamu hendak masuk ke syurga?"
Berkata orang yang mati syahid, "Aku telah terbunuh dalam peperangan kerana mencari keredhaan Allah."
Berkata Jibrail A.S., "Dari siapa kamu mendapat tahu tentang pahala orang yang mati syahid?"
Orang yang mati syahid menjawab,"Aku mendengar daripada alim ulama."
Berkata Jibrail A.S. lagi, "Jagalah kesopanan, jangan kamu mendahului guru yang mengajar kamu."
Kemudian Jibrail A.S. bertanya kepada yang mengerjakan haji, "Apakah yang kamu telah lakukan di dunia dahulu sehingga kamu hendak masuk ke syurga?"
Berkata yang berhaji,"Aku telah menunaikan haji semata-mata kerana Allah."
Berkata Jibrail A.S., "Siapakah yang memberitahu kamu tentang pahala haji?"
Berkata yang berhaji, "Aku mendengar dari alim ulama."
Berkata Jibrail A.S. lagi, "Jagalah kesopananmu, jangan kamu mendahului guru yang mengajar kamu."
Berkata Jibrail A.S. kepada penderma pula, "Apakah yang kamu lakukan sewaktu kamu di dunia dulu?"
Menjawab si penderma, "Aku telah banyak menderma semata-mata untuk mendapatkan keredhaan Allah S.W.T."
Jibrail A.S. berkata lagi, "Siapakah yang memberitahumu tentang pahala orang yang menderma kerana Allah?"
Berkata si perderma, "Aku mendengarnya dari para alim ulama."
Maka Jibrail A.S. pun berkata, "Jagalah kesopananmu, jangan kamu mendahului guru yang mengajar kamu."
Kemudian orang alim berkata, "Ya Tuhanku, tidaklah boleh aku menghasilkan ilmu kecuali dengan sebab sifat kasih dermawan dan kebaikan orang yang dermawan itu."
Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud, "Telah benar kata si alim itu, bukakanlah pintu syurga supaya si dermawan masuk dahulu. Kemudian barulah orang-orang lain masuk."
Nabi Muhammad S.A.W. telah bersabda, "Keutamaan orang alim di atas ahli ibadah itu seperti keutamaan saya di atas orang yang paling rendah di antara kamu."
Allah S.W.T. berfirman, maksudnya, "Aku Maha Berilmu dan Aku suka kepada orang yang berilmu."
Al Hassan r.a. berkata, "Tinta para ulama itu ditimbang pada hari kiamat dengan darah orang-orang mati syahid, dan tinta para ulama akan menjadi lebih berat daripada darah para syuhada."
Rasulullah S.A.W. bersabda, "Jadilah engkau orang alim (yang mengajar) atau orang yang belajar atau orang yang mendengar (pelajaran). Janganlah engkau menjadi orang yang keempat, akan rosaklah engkau."
Orang bertanya kepada Rasulullah S.A.W., "Amal apakah yang paling utama?"
Rasulullah S.A.W. menjawab, "Berilmu tentang Allah."
Sabda Rasulullah S.A.W. lagi, "Sesungguhnya Allah S.W.T telah menciptakan kepada keturunan anak-anak Adam lapan perkara, dan dari lapan itu empat perkara bagi penghuni syurga, iaitu:
1. Wajah yang manis dan berseri-seri. 2. Tutur kata yang bersopan. 3. Hati yang bertaqwa kepada Allah. 4. Tangan yang dermawan.
Empat perkara bagi penghuni neraka:
1. Muka yang muram. 2. Tutur kata yang keji. 3. Hati keras yang engkar. 4. Tangan yang kedekut (bakhil).
Sabda Rasulullah S.A.W., "Sendi tegaknya dunia adalah disebabkan empat perkara:
1. Dengan berilmunya para ulama. 2. Dengan keadilan orang yang menjadi pemerintah. 3. Dengan orang kaya yang dermawan. 4. Dengan doanya orang yang fakir."

MENGUAP MENURUT ISLAM

Daripada Abu Hurairah r. a. bahawasanya Baginda Rasulullah saw bersabda bermaksud:“Sesungguhnya Allah swt suka orang yang bersin, dan membenci orang yang menguap. Maka apabila seseorang kamu bersin, lalu dia mengucapkan 'Alhamdulillah', maka adalah hak atas setiap Muslim yang mendengarnya pula mengucapkan 'Yarhamukallah!'. Adapun menguap itu adalah daripada syaitan. Maka apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia menahannya sekadar termampu. Sebab sesungguhnya apabila seseorang kamu menguap, syaitan akan mentertawakannya. (Hadith Riwayat Bukhari) Daripada Abu Said Al-Khudri r. a., katanya : Telah bersabda Rasulullah s. a. w. yang bermaksud: “Apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia meletakkan tangannya pada mulutnya, kerana sesungguhnya syaitan itu akan masuk (melalui mulut yang terbuka.” Riwayat Imam Muslim Nabi Muhammad saw bersabda maksudnya: “Sesungguhnya Allah suka kepada orang-orang yang bersin, dan membenci orang-orang yang menguap. Maka apabila seseorang kamu menguap, jangan sampai berbunyi, kerana yang demikian itu daripada syaitan yang mentertawakanmu.” Hadith riwayat Imam Muslim, Ahmad dan At-Tirmidzi Daripada Abdullah bin Az-Zubair r. a., katanya: Telah bersabda Rasulullah saw yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah swt membenci sesiapa yang mengangkat suara ketika menguap dan bersin.” Hadith riwayat Imam Muslim, Ahmad dan At-Tirmidzi Pengajaran daripada maksud hadith, antara adap-adap menguap dan bersin: 1. Berusaha menahan menguap sekadar termampu terutama ketika solat. 2. Meletakkan tangan di atas mulut untuk menahan menguap sama ada di dalam atau di luar solat. 3. Makruh mengeluarkan suara dan mengangkat bunyi ketika menguap atau bersin. 4. Sunat ketika bersin mengucapkan “Alhamdulillah” dan orang yang mendengarnya pula mengucapkan “Yarhamukallah”. 5. Sunat mengucapkan “Astaghfirullah”selepas menguap. Sekian, wallahua’lam

kalam taujihat.......

Dari Abu Hurairah r.a, dari nabi s.a.w baginda bersabda:”Apabila seseorang kamu datang ke tempat tidurnya (hendak tidur), hendaklah dikipaskannya dengan hujung kainnya tiga kali dan hendaklah dibacanya:”Dengan nama Engkau Ya Tuhan, aku rebahkan rusukku (tidur) dan dengan nama Engkau aku angkat (bangun). Jika engkau ambil jiwaku, hendaklah Engkau ampuni dan jika Engkau lepaskan (kembalikan) hendaklah Engkau pelihara sebagaimana engkau memelihara hamba-hamba Engkau yang soleh.” (Muslim)

DOA untuk menghilangkan lapan jenis penyakit ialah: "Ya Allah!, sesungguhnya aku berlindung kepada- Mu daripada kesusahan dan kesedihan, kelemahan dan sifat malas, sifat kedekut dan pengecut, banyak hutang (keliling pinggang) dan ditekan orang"-(HR al-Bukhari). Doa ini Nabi SAW selalu amalkan selepas sembahyang lima waktu dan antara kelebihan doa ini ialah dapat membebaskan diri daripada bebanan hutang.Dalam surah al-A'raf ayat 54 yang bermaksud: "Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, lalu ia bersemayam di atas 'Arasy (menurut cara yang layak bagi-Nya); ia melindungi malam dengan siang yang mengiringinya dengan pantas (silih berganti), dan (ia pula yang menciptakan) matahari dan bulan serta bintang-bintang, (semuanya) tunduk kepada perintah-Nya. Ingatlah, kepada Allah urusan menciptakan (sekalian makhluk) dan urusan pemerintahan. Maha Suci Allah yang mencipta dan mentadbirkan sekalian alam".InsyaAllah dengan izin Allah..Yakinlah bahawa Allah jua yang menyembuhkan..

HAKIKAT HIJRAH

بسم الله الرحمن الرحيم

1. Secara harfiyyah, hijrah berarti pindah dari satu tempat menuju tempat lain. Sedangkan secara substansial hijrah mengandung makna meninggalkan perbuatan-perbuatan yang tidak terpuji menuju perbuatan baik dan terpuji.
à Perbuatan syirik à Tauhid dan aqidah yang benar
à Dari Maksiyyat à Tha'at
à Dari malas à Memeiliki cinta dan etos kerja yang tinggi
à Dari berpecah belah à Kesatuan dan persaudaraan
à Dsb à Hijrah merupakan bagian dari iman dan jihad.

قَالَ اللهُ تَعَالَى: إِنَّ الَّذِيْنَ ءَامَنُوْا وَالَّذِيْنَ هَاجِرُوْا وَجَاهَدُوْا فِى سَبِيْلِ اللهِ أُوْلئِكَ يَرْجُوْنَ رَحْمَتَ اللهِ وَاللهُ غَفُوْرٌ رَّحِيْمٌ. {البقرة : 218}.

" Sesungguhnya orang-orang yang beriman, orang-orang yang berhijrah dan berjihad di jalan Allah, mereka itu mengharapkan rahmat Allah, dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang". (QS. Al-Baqarah : 218).

قَالَ رَسُوْلُ اللهِ s: أَفْضَلُ الْمُؤْمِنِيْنَ إِسْلاَمًا مَنْ سَلِمَ الْمُسْلِمُوْنَ مِنْ لِسَانِهِ وَيَدِهِ، وَأَفْضَلُ الْمُؤْمِنِيْنَ إِيْمَانًا أَحْسَنُهُمْ خُلُقًا، وَأَفْضَلُ الْمُهَاجِرِيْنَ مَنْ هَجَرَ مَا نَهَى اللهُ عَنْهُ، وَأَفْضَلُ الْجِهَادِ مَنْ جَاهَدَ نَفْسَهُ فِى اللهِ عَزَّ وَجَلَّ. {رواه الطبرانى عن ابن عمر}.

"Rasulullah Saw. Bersabda: "Sebaik-baik mukmin (tentang) keislamannya, adalah orang yang dapat menyelamatkan orang-orang Islam (yang lain) dari lidahnya dan tangannya. Dan sebaik-baik mukmin (tentang) keimanannya, adalah orang yang paling baik perangainya, sebaik-baik Muhajirin, adalah orang yang berhijrah dari apa-apa yang dilarang oleh Allah, dan sebaik-baik jihad, adalah orang yang berjihad di jalan Allah". (HR. Thabrani dari ibnu Umar).

2. Pada saat itu ummat Islam (khususnya ummat Islam bangsa Indonesia) sedang menghadapi berbagai musibah, peringatan bahkan mungkin juga adzab dari Allah. Kesemuanya itu mengaruskan kita untuk terus berhijrah darn kembali kepada ajaran Allah SWT.

قَالَ اللهُ تَعَالَى: ظَهَرَ الْفَسَادُ فِى الْبَرِّ وَالْبَحْرِ بِمَا كَسَبَتْ أَيْدِى النَّاسِ لِيُذِيْقَهُمْ بَعْضَ الَّذِى عَمِلُوْا لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُوْنَ. {الرّوم : 41}.

" Telah nampak kerusakan di darat dan di laut disebabkan karena perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar)". (QS. Ar-Rum : 41).

قَالَ اللهُ تَعَالَى: وَإِذَآ أَرَدْنَآ أَنْ نُّهْلِكَ قَرْيَةً أَمَرْنَا مُتْرَفِيْهَا فَفَسَقُوْا فِيْهَا فَحَقَّ عَلَيْهَا الْقَوْلُ فَدَمَّرْنَاهَا تَدْمِيْرًا (16) وَكَمْ أَهْلَكْنَا مِنَ الْقُرُونِ مِنْ بَعْدِ نُوْحٍ وَكَفَى بِرَبِّكَ بِذُنُوْبِ عِبَادِهِ خَبِيْرًا بَصِيْرًا (17). {الإسرآء : 16-17}.

" Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya menta`ati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya (16) Dan berapa banyaknya kaum sesudah Nuh telah Kami binasakan. Dan cukuplah Tuhanmu Maha Mengetahui lagi Maha Melihat dosa hamba-hamba-Nya (17)". (QS. Al-Isra' : 16-17).

قَالَ رَسُوْلُ اللهِ s: أَشَدُّ النَّاسِ بَلاَءً الأَنْبِيَآءُ ثُمَّ الأَمْثَالُ فَالأَمْثَالُ يُبْتَلَى الرَّجُلُ عَلَى حَسْبِ دِيْنِهِ: فَإِنْ كَانَ فِى دِيْنِهِ صُلْبًا اِشْتَدَّ بَلاَؤُهُ، وَإِنْ كَانَ فِى دِيْنِهِ رِقَّةً ابْتُلِيَ عَلَى قَدْرِ دِيْنِهِ، فَمَا يَبْرَحُ الْبَلاَءُ بِالْعَبْدِ حَتَّى يَتْرُكَهُ يَمْشِى عَلَى الأَرْضِ، وَمَا عَلَيْهِ خَطِيْئَةٌ. {رواه البخارى عن سعد}.

“Rasulullah Saw. bersabda: "Orang yang paling banyak musibahnya adalah para Nabi, kemudian orang-orang yang berada dibawah mereka, demikian seterusnya; seseorang itu diuji dengan musibah sesuai dengan kedudukan agamanya. Apabila seseorang agamanya kuat, maka kuat pula ujian musibah yang menimpanya; dan apabila agamanya lemah, maka ia pun diuji dengan musibah yang sesuai dengan kadar agamanya. Musibah itu tetap terus mengincar hamba Allah, dan baru ia meninggalkannya berjalan bebas di muka bumi ini, manakala dosa-dosanya sudah habis (terkikis oleh musibah)". (HR. Bukhari dari Sa’ad).

Makna Teologis Antropologi Hijrah
Oleh Bakir Yusuf Barmawi
SATU Muharam 1427 H yang jatuh pada 31 Januari 2006 diperingati sebagai tahun baru Islam yang sistem perhitungan kalendernya dimulai dari peristiwa hijrah, kepindahan Nabi s.a.w dari Makkah ke Madinah.
Kalender Islam dibuat berdasarkan peredaran rembulan. Penetapan ini nampaknya didasarkan pada adanya kesadaran manusia yang kali pertama tentang adanya siklus 30 - an hari (1 bulan) yang didasarkan pada hasil pengamatan manusia atas rembulan itu yang berubah-ubah dari bentuk sabit sampai menjadi bundar penuh (bulan purnama).
Orang pertama yang menetapkan sistem kalender Islam Hijriah ialah Kalifah Umar bin Khaththab, sebagai seorang kalifah yang kreatif banyak melakukan inovasi di bidang penerapan hukum, sosial, politik, ekonomi dan militer.
Keputusannya untuk menjadikan sejarah Hijrah s.a.w sebagai permulaan kalender Islam cukup menarik, karena dalam pandangan Umar, hijrah adalah peristiwa yang membalikkan keseluruhan perjalanan sejarah perjuangan Rasulullah yang memperoleh kesuksesan yang spektakuler.
Jika di Makkah selama 13 ta-hun Rasulullah berhasil menanamkan iman kepada Allah dan mendidik akhlak para sahabat yang jumlahnya belum banyak, maka setelah hijrah ke Madinah, hasil perjuangan dakwah Islamnya memperoleh kemajuan yang sangat pesat, sehingga dapat membentuk masyarakat Islam yang secara politis sangat kuat.
Oleh karena itu, nama kota tempat beliau berhijrah, yang semula bernama Yatsrib kemudian diubah menjadi Madinah (kota) dalam arti tempat peradaban hidup beradab, berkesopanan dan teratur dengan hukum yang ditaati oleh semua warga.
Dalam proses sejarahnya kemudian disebut Madinaturrasul atau Madinatunnabi yang artinya Kota Rasul atau Kota Nabi.
Hakikat Hijrah Nabi
Peristiwa Hijrah Nabi sebagai fakta sejarah yang menandai kecemerlangan dakwah Nabi yang memiliki dimensi masa lalu yang bisa diambil hikmah dan pelajarannya bagi manusia sekarang. Dimensi sejarah dalam konteks kekinian, umat Islam perlu meneladani kegigihan Rasulullah dalam berdakwah yang dilakukannya tanpa kekerasan, bisa berhasil dengan sangat baik.
Oleh karena itu penggunaan Bom dalam berdakwah (mengajak ke kebaikan) selayaknya tidak perlu digunakan. Hal itu semua memiliki keterkaitandengan apa yang di peroleh dan apa yang terjadi di masa yang akan datang. Masyarakat akan selalu terlibat dalam proses sejarah dan proses perubahan sosial, yang dalam hal ini berkaitan dengan konteks peristiwa hijrah Nabi yang legendaris dan spektakuler.
Berhijrah dari suatu tempat yang menyiksa dan menganiaya seseorang dalam menjalankan agamanya karena Allah SWT memang diperintahkan oleh Nya (S. 4 An Nisaa : 97).
Contoh dalam masalah ini adalah di Timor Timur waktu masih menjadi bagian dari RI. Umat Islam di sana terlindungi dan tenang dalam menjalankan Ibadahnya. Akan tetapi setelah lepas dari RI, warga muslim di sana teraniaya dan tertindas, dengan berbagai cara dan dalih kemudian mereka dideportasi menjalani dan mengalami nasib seperti Nabi, terpaksa hijrah ke Indonesia. Ini contoh nyata hijrah secara fisik.
Hijrah Nabi s.a.w secara fisik yang dilakukan dari Makkah ke Madinah bersama para sahabatnya, betul-betul merupakan ujian berat yang harus dihadapi dan dijalani dengan menempuh perjalanan jauh berkendaraan unta dan dengan perbekalan seadanya di bawah sengat sinar matahari yang panas. (S. 2 Al Baqarah : 155).
Semua itu dilakukannya dengan penuh ikhlas dan taat kepada Allah, yang diyakininya akan ada hikmah besar ( S. 41 Fushshilat : 30 - 31). Dalam hal ini, Allah SWT berfirman, "Barang siapa berhijrah di jalan Allah niscaya mereka mendapati di muka bumi ini tempat hijrah yang luas dan rezeki yang banyak. Barang siapa keluar dari rumahnya dengan maksud, berhijrah kepada Allah dan Rasul Nya, kemudian kematian menimpanya (sebelum sampai ketempat yang dituju), maka sungguh telah tetap pahalanya disisi Allah." (S. 4 An Nisaa : 100).
Semangat Hijrah
Sejarah hijrah Nabi dari Makkah ke Madinah yang terjadi 1426 tahun yang lalu itu dapat diambil pelajarannya bagi manusia saat ini. Dalam konteks kekinian, Allah meminta hal itu supaya bisa menjadi pelajaran untuk dijadikan sebagai ibarat bagi kehidupan kita sekarang. "Sesungguhnya pada kisah-kisah (sejarah) mereka itu (seperti sejarah hijrah Nabi yang melelahkan) terdapat pelajaran bagi orang yang mempunyai akal." (S. 12 Yusuf : 11).
Berdasarkan firman Allah dan Hadis tersebut, hijrah itu punya makna teologis dan antropologis, baik diteliti dari segi fakta sejarahnya yang pernah terjadi maupun dalam konteks kekinian dalam hubungannya dengan kehidupan manusia sekarang. Fakta itu mengandung pesan moral yang sangat tinggi dan bisa dijadikan sebagai acuan untuk membaca pola perilaku manusia dalam hubungannya dengan Allah dan sesama manusia serta alam.
Hijrah tidak harus dimaknai secara fisik jika melihat dari konotasi yang terkandung dalam hadis tersebut. Tetapi juga bermakna psikis. Hijrah disamping bermakna teologis juga punya makna antropologis, karena tindakan untuk melakukan hijrah itu punya motivasi Ilahi atau insani/materi yang melandasinya melakukan hijrah.
Oleh karena itu, pesan moral, visi dan misi dan platform untuk melakukan hijrah itu semangatnya masih relevan dengan kenyataan hidup manusia sekarang. Jika ada situasi atau kondisi yang memaksanya harus hijrah dan kepindahannya itu sebagai cara dan jalan keluar yang terbaik, maka hal itulah yang harus dilakukannya.
Seperti masyarakat yang terkena longsor dan banjir bandang serta tragedi Tsunami yang terjadi di Aceh, perlu direlokasi (hijrah) ke tempat lain yang lebih aman dan nyaman.
Jatuhnya rezim Suharto yang korup ke era reformasi, hal ini berarti masyarakt ingin hijrah dari pemerintah yang korup, otoriter dan militeristik ke pemerintahan yang demokratis. Masyarakat ingin hijrah dari birokrasi yang penuh korupsi ke pemerintahan yang bersih, jujur, transparan, terbuka dan akuntabel. Rezim Megawati yang dianggap gagal, karena janji-janjinya tidak dipenuhi dan masih banyaknya korupsi, menurunkan kepercayaan masyarakat kepadanya, sehingga masyarakat ingin hijrah memberikan kepercayaan kepada SBY. Supaya bisa mengubah keadaan, korupsi dihabisi dan kehidupan masyarakat lebih sejahtera.
Kekinian
Semangat Hijrah dalam konteks kekinian ini hendaknya menjadi momentum untuk menilai diri sendiri tentang segala apa yang pernah terjadi dan dijalani selama ini. Rasulullah bersabda , "Hitung-hitunglah (periksalah semua amal perbuatanmu dengan teliti) sebelum diadakan perhitungan (oleh Allah) atas segala apa yang pernah kau lakukan." (Al-Hadis).
Tahun demi tahun berjalan dalam proses waktu perlu memperhitungkan pemanfaatan waktu di tahun-tahun yang telah dijalani, apakah tahun lalu yang akan ditinggalkannya itu lebih baik amal perbuatannya dari tahun sebelumnya. Jika amal perbuatannya tidak lebih baik dari tahun sebelumnya, maka dia termasuk orang yang merugi.
Oleh karena itu, hakikat hijrah sebenarnya memiliki relevansi dengan konsep tobat, sebagai tindakan pribadi manusia dalam menyikapi perbuatan dosa yang terlanjur dilakukannya, demi untuk menyelamatkan diri manusia dari dosa-dosa yang bisa membawanya tersiksa selama-lamanya di neraka.
Jalan keluar yang paling baik dan paling aman adalah dengan cara segera hijrah dari berbuat maksiyat ke taat.
Jadi secara teologis hijrah itu harus dilakukan karena Allah, supaya aktivitas hijrah yang dilakukan oleh manusia itu punya nilai ibadah. Sedangkan secara entropologis, totalitas kehidupan manusialah yang menjadi subjek untuk melakukan hijrah, yang tidak hanya dilakukan secara fisik saja, tetapi juga harus dilaksanakan secara psikis. (11)
Hijrah Sbg Pengorbanan Utk Perubahan
Renungan buat diriku dan teman2....Hijrah Rasul yang kita sambut ini bukanlah satu methos sejarah semata-mata, yang disambut dan diraikan sekadar melepaskan batuk di tangga sahaja. Tetapi hijrah adalah satu sejarah yang benar-benar mengubah penafsiran falsafah hidup yang selama ini manusia gila-gila menjadikan dunia untuk dunia semata-mata. Hijrah disambut kerana ianya mengandungi suka duka dan pahit maung perjalanan hidup seorang pejuang kebenaran yang diketuai oleh seorang Nabi dan Rasul yang bernama Muhammad SAW. Dalam Islam ada bermacam-macam jenis sejarah yang telah dirakamkan oleh Allah. Sebahagian daripadanya telah diputarkan semula melalui Kitab al-Quran untuk menjadi bahan kajian dan renungan manusia yang hidup di sepanjang zaman. Permulaan sejarah yang dirakam oleh al-Quran bukan sekadar lama dalam jangka kehidupan manusia. Malah ia bermula dengan asal usul penerokaan manusia di permukaan bumi itu sendiri di mana pada suatu waktu Allah telah memanggi semua penghuni langit dan bumi, malaikat dan iblis untuk mendengar taklimat mengenai rancangan azali-Nya menciptakan alam dan melantik manusia sebagai Khalifah-Nya di dunia ini. . . . Hinggalah kepada sejarah pertembungan umat manusia dengan para nabi dan rasul sejak zaman berzaman. Dalam pertembungan tersebut walaupun nabi berada di pihak yang benar namun terdapat juga seksa dan sengsaranya sehingga ada di antara mereka yang dibunuh dan digergaji kepala mereka hidup-hidup sampai terbelah dua. Sejarah ini terus sahaja berlaku tanpa henti-henti dan rakaman itu sentiasa pula diputarkan oleh al-Quran untuk tatapan manusia sehingga melampaui zaman dan suasana yang pernah dirasai oleh manusia seperti keadaan yang akan berlaku di dalam kubur, di padang mahsyar dan segala suasana hingar-bingarnya. Kesemua putaran sejarah ini bertujuan untuk memberi taklimat dan ilmu kepada manusia supaya mereka boleh menjadikan sejarah ini sebagai satu bahan yang boleh membawa keseimbangan di dalam kehidupan mereka di dunia ini. Dengan kehidupan mereka yang seimbang antara dunia dan akhirat maka bermulalah tafsiran baru untuk hidup yang dapat memberi makna dan nikmat yang sepenuhnya kepada rohani dan jasmani serta kepada kehidupan di dunia dan di akhirat mereka. Hijratul Rasul SAW. adalah salah satu daripada sejarah-sejarah yang dirakam oleh Allah dan diputarkan semula kepda manusia melalui al-Quran. Dengan merenungi peristiwa-peristiwa yang berlaku semasa peristiwa hijrah ini kita akan dapat memperkuatkan mental dan fizikal serta keazaman untuk memperjuangkan Islam. Kerana kalau Nabi sebagai seorang manusia yang telah dirancang dan disempurnakan kejadian dan sifat-sifatnya oleh Allah terpaksa melalui dan merempuh jalan yang begitu sulit dan sukar untuk menegakkan Islam dan segala isi pengajarannya, apalah yang ada pada kita yang lemah ini untuk membolehkan kita mengelak dan terlepas daripada ditimpa kejadian yang serupa. Secara logiknya kita akan menerima lebih banyak masalah dan halangan kerana ia bukan sahaja fitrah perjalanan sebuah kebenaran dan keadilan tetapi ditambah pula dengan kelemahan-kelemahan yang ada pada kita sebagai insan biasa. Oleh itu kalau ada yang bermimpi menegakkan Islam tanpa berdepan dengan kesulitan sudah tentu agak sukar untuk diterima dan semacam mustahil. Hijrah adalah satu pengorbanan untuk membawa perubahan. Tidak ada perubahan yang tidak memerlukan pengorbanan. Perubahan adalah suatu tuntutan hidup. Berubah dari suatu yang buruk kepada yang baik, dari yang baik kepada yang terbaik. Setiap orang Islam mesti ada semangat dan cita-cita untuk berubah. Berubah dari segala sifat yang mazmumah kepada mahmudah. Oleh itu Allah mewajibkan manusia membaca al-Fatihah di setiap kali solat hamba-Nya. Dalam al-Fatihah terkandung ayat yang bermaksud: Ya Allah, Tunjukkanlah kepada kami jalan yang lurus. Persoalannya bagaimanakah jalan yang lurus itu akan kita perolehi kalau kita tidak lakukan perubahan dan berkorban? Di atas dunia ini apabila manusia ingin membina lebuhraya yang baik dan selesa kita mesti melakukan pemotongan, pembetulan, potong sana dan gali sini, luruskan mana yang bengkok, timbun mana yang berlubang dan sebagainya. Inikan pula kita hendak mendapat jalan yang lurus untuk dunia dan akhirat. Sudah tentulah banyak pengubahan dan pengorbanan yang diperlukan. Oleh sebab itu Islam mengajar kita melakukan al-amru bil ma'ruf wannahyu ‘anil mungkar. Antara lain ialah mengubah aqidah syirik kepada tauhid, mengubah zat pencarian yang haram kepada yang halal, mengubah sikap mendewa-dewakan manusia kepada mendewa-dewakan Allah ‘Azzawajalla. Bukanlah kerja mainan yang boleh dilakukan sambil lalu. Dia memerlukan hujah yang jelas, hala tuju yang diterima akal, menyebabkan Nabi SAW. sendiri rela meletakkan diri baginda di dalam keadaan yang serba sulit dan bahaya. Sehingga baginda telah diancam untuk dibunuh, ditangkap atau dihalau oleh musyrikin Mekah. Kenapa sampai begitu sekali ancaman yang terpaksa diterima oleh baginda? Tidak lain dan tidak bukan ialah kerana Nabi datang membawa perubahan ke arah jalan yang lurus. Yang memerlukan terlalu banyak perkara yang terpaksa dibuat perubahan bermula dengan perkara pokok yang besar-besar seperti aqidah dan perundangan hinggalah perkara-perkara lain yang lebih kecil tetapi menjurus dan boleh memberi kesan kepada kebaikan yang hendak dicapai. Perkara-perkara yang besar yang telah diubah dimulakan dengan masalah dasar hidup (aqidah) seperti ketuhanan dari amalan syirik menyembah berhala diubah oleh Nabi supaya manusia menyembah Allah, kezaliman ditukar kepada keadilan, huru-hara diubah kepada keamanan dan kedamaian, amalan penindasan sesama makhluk ditukar kepada pembelaan dan kesaksamaan dan berbagai-bagai lagi. Malah bagi perkara yang lebih kecil pun diubah oleh Nabi SAW. seperti perayaan menyambut tahun baru di kalangan masyarakat jahiliyah ditukar menjadi dua hari raya iaitu hari raya puasa dan hari raya haji, daripada suka menyimpan misai tanpa janggut diubah supaya mengekalkan simpanan janggut dan menipiskan misai. Nama-nama orang yang membawa makna yang buruk atau hodoh seperti Abdulkhail (hamba kuda) ditukar kepada Abdul Khair (hamba yang baik), bayaran maskahwin yang mahal ditukar menjadi lebih murah, supaya kehidupan seks tidaklah berkisar di kalangan orang-orang yang berduit semata-mata. Kemurahan itu menyebabkan kehidupan menjadi senang dan mendapat keberkatan daripada Allah SWT. Kesimpulannya terlalu banyak perubahan oleh Nabi SAW. dalam usaha untuk mendapat siratul mustaqim. Kesemuanya ini memerlukan kefahaman yang mendalam dan juga pengorbanan jiwa dan azam yang tinggi. Oleh yang demikian, kalau ada suara-suara yang mengkritik perubahan yang dibuat sekarang untuk mendapatkan siratul mustaqim dengan mencontohi Rasul SAW. maka itu menunjukkan bahawa golongan seperti ini adalah golongan yang tidak faham kandungan ajaran Islam dan tidak faham makna dan hakikat dari peristiwa hijrah walaupun mereka juga menyambut peristiwa hijrah. Dalam hal ini Rasul SAW. telah mengambil sikap dan pendirian yang sangat jelas. Baginda tidak pernah berputus asa dan merasa kecewa dengan kritikan musuh-musuh baginda yang sering mengkritik dan menentang baginda sewaktu baginda melakukan perubahan. Segala-galanya terpaksa baginda lakukan sehingga sanggup berhijrah meninggalkan anak isteri, tanah air, harta benda dan kaum keluarga semata-mata kerana mahu melakukan perubahan dan menegakkan Islam. . . . Oleh hal yang demikian, kita sebagai umatnya tidak mempunyai pilihan yang lain lagi kecuali kita mesti mengikuti jejak langkah baginda bagi menunaikan tanggungjawab kita sebagai umatnya di dunia ini. Kita bergerak dan bekerja untuk melakukan perubahan di dalam masyarakat kita masing-masing supaya kepincangan di dalam aqidah dan sosial dapat diperbetul dan Islam sebagai agama yang mulia dan tinggi akan dapat kita daulatkan dan diletakkan di tempat yang sewajarnya. Sesungguhnya sekiranya Islam itu hanyalah berkisar di sekitar sembahyang, puasa sahaja maka hijrah tidak akan berlaku kerana kedua-duanya dapat dilakukan di dalam rumah masing-masing., di tempat tertutup. Tetapi oleh kerana Islam melibatkan pembetulan-pembetulan sana-sini, penyusunan semula masyarakat, sampai ke peringkat mengerah bala tentera untuk mempertahankan kedaulatan, maka wajarlah umat Islam menjadikan hijrah sebagai titik renungan supaya Islam hari ini bertaraf sebagaimana yang pernah ditunjuk dan diajar oleh Nabi kita melalui peristiwa hijrah ini.

Fadhilat Bulan Muharram

Amalan pada 1 dan 10 Muharram

1. Kelebihan & Amalan pada Hari Assyuuraa' 2. Amalan Pada 30 Zulhijjah & 1 Muharram.

Abul-Laits Asssamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Ibnu Abbas r.a berkata: Nabi SAW. bersabda yang bermaksud;
Barangsiapa yang berpuasa pada hari Assyuuraa' yakni 10 Muharram, maka Allah akan memberikan kepadanya pahala 10,000 malaikat; dan barangsiapa yang puasa pada hari Assyuuraa', maka akan diberikan pahala 10, 000 orang Haji dan Umrah, dan 10, 000 orang mati syahid; dan siapa yang mengusap kepala anak yatim pada hari Assyuuraa', maka Allah akan menaikkan dengan rambut satu darjat. Dan barangsiapa yang memberi buka puasa orang mukmin yang berpuasa pada hari Assyuuraa', maka seoleh-oleh memberi buka puasa semua umat Muhammad SAW. dan mengenyangkan perut mereka.
Sahabat bertanya; Ya, Rasulullah, Allah telah melebihkan hari Assyuuraa' dari lain-lain hari. Jawab Rasulullah: Benar!.
Allah telah menjadikan langit dan bumi pada hari Assyuuraa',
dan menjadikan Adam juga Hawa pada hari Assyuuraa';
dan menjadikan Syurga serta memasukkan Adam di syurga pada hari Assyuuraa';
dan Allah menyelamatkan dari api neraka pada hari Assyuuraa';
dan menenggelamkan Fir'aun pada hari Assyuuraa';
dan menyembuhkan bala Nabi Ayyub pada hari Assyuuraa'
dan Allah memberi taubat kepada Adam pada hari Assyuuraa';
dan diampunkan dosa Nabi Daud pada hari Assyuuraa';
dan juga kembalinya kerajaan Nabi Sulaiman pada hari Assyuuraa';
dan akan terjadi Qiyamat pada hari Assyuuraa'
Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Ikrimah berkata;
Hari Assyuuraa' ialah hari diterimanya taubatnya Nabi Adam. Dan ia pula hari turunnya Nabi Nuh dari perahunya. Maka ia berpuasa syukur; dan ia pula hari tenggelamnya Fir'aun dan terbelahnya laut bagi Nabi Musa a.s. dan Bani Israil. Maka mereka berpuasa; kerana itu jika dapat; engkau berpuasalah pada hari Assyuuraa'.
Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Muhammad bin Maisarah berkata;
Bahawa siapa yang melapangkan pada keluarganya pada hari Assyuuraa', maka Allah akan meluaskan rezekinya sepanjang tahun itu.
Sufyan berkata. Telah kami cuba, maka rasakan kebenarannya.
Said bin Jubair dari Ibn Abbas r.a. berkata;
Ketika Nabi SAW. baru hijrah ke Madinah, mendapatkan kaum Yahudi puasa pada hari Assyuuraa'; maka tanya kepada mereka tentang itu. Jawab mereka; "Hari itu Allah memenangkan Nabi Musa a.s. dari Bani Israil terhadap Fir'aun dan kaumnya. Maka kami puasa kerana mengagungkan hari ini". Maka sabda Nabi SAW.; "Kami lebih layak mengikuti jejak Musa dari kamu". maka Nabi SAW. menyuruh sahabat supaya berpuasa.
Abul Laits berkata;
Dinamakan Assyuuraa' kerana ia jatuh pada sepuluh bulan Muharram. Ada lain pendapat yang mengatakan hari Assyuuraa' kerana Allah telah memuliakan pada Nabi-nabi dengan sepuluh kehormatan;
1. Allah telah menerima taubat Nabi Adam a.s.
2. Allah menaikkan darjat Nabi Idris a.s.
3. Hari berlabuhnya perahu Nabi Nuh a.s.
4. Nabi Ibrahim a.s dilahirkan pada hari Assyuuraa' dan diangkatkan sebagai kholilulLah juga diselamatkan dari api.
5. Allah menerima taubat Nabi Daud a.s.
6. Allah mengangkat Nabi Isa a.s. ke langit
7. Allah menyelamatkan Nabi Musa a.s.
8. Allah menenggelamkan Fir'aun
9. Allah mengeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan
10. Allah mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman a.s.
Semua ini terjadi pada hari Assyuuraa' . Sebahagian lain berpendapat, dinamakan hari Assyuuraa' kerana ia kesepuluh dari kemulian-kemulian yang diberikan Allah pada umat ini.
1. Bulan Rejab. Allah menjadikannya sebagai kemuliaan nagi umat ini dan melebihkannya dari lain-lain bulan bagaikan kelebihan umat-umat ini atas lain-lain umat.
2. Bulan Sya'baan Allah melebihkannya dari lain-lain bulan bagaikan kelebihan Nabi Muhammad SAW. atas semua Nabi.
3. Bulan Ramadhan Allah melebihkannya dari lain-lain bulan bagaikan kelebihan Allah terhadap semua makhluk.
4. Lailatul qadr yang terlebih baik dari seribu bulan yang lain.
5. Hari Iedul Fitri sebagai hari pembalasan(penerimaan upah)
6. Hari-hari sepuluh (1 hingga 10 Zulhijjah) iaitu hari-hari untuk berzikir kepada Allah.
7. Hari Arafah yang dosanya dapat menebuskan dosa dua tahun.
8. Hari Iedul Adha iaitu hari berqurban.
9. Hari Jumaat yang termulia dari semua hari.
10.Hari Assyuuraa' yang puasanya dapat menebus satu tahun dosa.

Fadhilat Bulan Zulhijjah

Pada 07/03/2000, hari Selasa kita akan memasuki Bulan Zulhijjah untuk tahun 1420 Hijrah
Abul-Laits Asssamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Ibnu Abbas r.a berkata: Nabi SAW. bersabda yang bermaksud;
Tiada sesuatu hari yang mana oraang beramal sholeh di dalamnya yang lebih disukai Allah daripada hari-hari ini(yakni permulaan Zulhijjah dari 1 hingga 10). Sahabat bertanya: Walaupoun jihad fisabiliLlah ya Rasulullah? Jawab Rasulullah SAW.; Walaupun jihat fisabiliLlah kecuali seorang keluar dengan membawa semua hartanya dan tidak kembali sama sekali(yakni habis hartanya dan mati).
Salah satu cara yang telah dianjurkan oleh agama kita ialah dengan berpuasa sunat pada tanggal 1 hingga 9 Zulhijjah. Kelebihan berpuasa pada hari itu berbeza-beza pula, menurut sebuah Hadis yang telah diriwayatkan oleh Ibnu Abbas r.a., Rasulullah bersabda maksudnya;
HARI
KELEBIHANNYA
1 ZULHIJJAH
kesalahan Nabi Adam diampuni Allah, barang siapa berpuasa pada hari itu, diampuni Allah akan dosanya.
2 ZULHIJJAH
doa Nabi Yunus diperkenankan oleh Allah, barangsiapa berpuasa pada hari itu seolah-olah ia berpuasa setahun dan tidak pernah berbuat maksiat sedikit pun.
3 ZULHIJJAH
doa Nabi Zakaria diperkenankan Allah, barang siapa berpuasa pada hari itu, diperkenankan Allah segala doanya
4 ZULHIJJAH
Nabi Isa a.s. telah dilahirkan, barang siapa berpuasa pada hari itu terhindar ia daripada kefakiran serta kemelaratan dan pada hari kiamat kelak ia akan tergolong bersama dengan orang-orang terhormat
5 ZULHIJJAH
Nabi Musa a.s. dilahirkan, barang siapa berpuasa pada hari itu terlepas ia daripada sifat munafik serta seksa kubur.
6 ZULHIJJAH
Allah membukakan pintu kebajikan kepada Nabi-NabiNya, barang siapa berpuasa pada hari itu ia akan dipandang oleh Allah dengan penuh rahmat dan kasih sayang serta terlepas daripada azab.
7 ZULHIJJAH
pintu neraka jahannam akan dikunci dan dibuka semula lewat 10 Zulhijjah. Barang siapa berpuasa pada hari itu, dikuncikan Allah baginya 30 pintu kesulitan dan dibukakan 30 pintu kesenangan.
8 ZULHIJJAH,
Nabi Ibrahim bermimpi mendapat perintah dari Allah supaya menyembelih puteranya Ismail. Seharian ia berfikir apakah perintah itu datangnya dari Allah atau dari syaitan. Hari itu telah dinamakan dengan dari "Tarwiya" (hari berfikir-fikir). Barang siapa berpuasa pada hari itu ia akan diberi Allah pahala yang tidak terhitung jumlahnya, hanya Allah yang mengetahui.

Menutup aurat bukan sahaja pakai tudung

Satu ketika dahulu ,ramai menyatakan memakai tudung itu
Hanyalah sunat muakad atau tidak wajib.kalau tidak memakai tudung ,
Hanya berdosa kecil.kononya sebaik sajamengambl wuduk
Untuk bersolat lima waktu ,secara automatik dosa kita dibasuh
Dan terhapus.

Apabila bergaul denan pelbagai bangsa dan agama , kita
Banyak mendengar dan membaca bagaimana media barat
Memomokkan kod pakaian wanita islam yang dikaitkan
Dengan maruah danharga diri.

Disatu sudut lain ,ada wanita islam yang bertudung dan
Menyangkakan mereka sudahmenutup aurat , tetepi masih
Mengenakan seluar jeans yang ketat , kemeja t menampakkan
Pakaian dalam atau yang hanya layak dipakai oleh adiknya berumur
10 tahun.

Ada juga yang mengenakan tudung , tetapi memakai kain terbelah
Sehingga menampakkan peha , pakaian terbelah didada , kemeja t
Berlengan pendekdan ada kalanya memakai skirt separas betis.
Persoalannya apakah ciri pakaian menutup aurat bagi wanita islam ?

Aurat berasal daripada bahasa arab AURAH yang bererti kurang.Didalam
Fiqh ,aurat diertikan sebagai bahagian tubuhseseorang wajib
Ditutupi daripada pandangan orang lain . (Wahbah al-Zuhayli 1989) ,
Al-Fiqh al-Islami wa Adillauhu , Damsyik : Dar al-Fikr , halaman 579).

Walaupun ulama berkompromi mengenai had aurat yang perlu ditutup oleh wanita , namun mereka bersepakat mengatakan hukum menutup bagi setiap wanita Muslim yang baliqh adalah wajib .Untuk memenuhi syarat menutup aurat , pakaian seseorang wanita mestilah memenuhi syarat berikut :

*Menutupi had aurat yang telah ditetapkan .

Jumhur ulama bersepakat mengatakan autat bagi wanita baligh
Ialah seluruh tubuh badanya kecuali muka dan tapak tangan .Oleh itu , mereka wajib menutup aurat daripada dilihat oleh lelaki ajnabi (bukan
mahram) .

Allah berfirman yang bermaksud “Dan hendaklah mereka (wanita)
Menutup belahan leher bajunya dengan tuung kepala mereka .”
(surah al-Nur , ayat 31).

Firman Allah lagi yang bermaksud : “wahai Nabi , Suruhlah
Isteri –isterimu dan anak –anak perempuanmu serta perempuan yang
Beriman,supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya
(ketika mereka keluar);cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka
Dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik ) maka dengan itu mereka
Tidak diganggu (ingatlah) Allah Maha Pengampun , lagi Maha
Mengasihani’(Surah Al-Ahzab, ayat 59).

Ayat itu Allah memerintahkan supaya Nabi Muhammad SAW
Menyuruh isteri baginda mengenakan pakaian yang menutup aurat.
Suruhan itu juga ditujukan kepada semua wanita yang beriman.

*Pakaian yang Longgar.
Tujuan utama wanita diwajibkan menutup aurat ialah untuk
Mengelakkan daripada lelaki ajnabi melihat tubuh badannya dan
Mengelakkan daripada berlakunya fitnah.Oleh itu , pakaian
Yang ketat walaupun tebal sudah pasti akan menampakkan
Bentuk tubuh badan.Wanita yang memakai pakaian ketat
Walaupun menutupi seluruh maih belm memenuhi tuntutan
Menutup aurat seperti dikehendaki syarak.

Syarat ini berdasarkan kepada kata Dahiyyah bin khalifah al-kalbi
Yang bermaksud: ”Rasulullah SAW didatangi dengan beberapa helai kain
‘qubtiyyah’ (sejenis kain yang nipis buatan Mesir) , lalu Baginda
Berkata : ‘Bahagikan kain ini kepada dua , satu daripadanya dibuat
Baju dan bakinya berikan kepada isterimu.”Apabila aku berpaling
Untuk beredar Baginda berkata;Dan suruhlah isterimu meletakkan kain
Lain di bawahnya (supaya tidak nampak bentuk tubuhnya).”

Menurut Ibn Rusyd, ”qubtiyyah” ialah pakaian yang tebal tetapi melekat
Pada badan kerana ianya ketat dan menampakkan bentuk tubuh pemakainya.
Oleh itu , Rasulullah SAW menyuruh Dahiyyah menyuruh isterinya melapik
pakaian itu dengan kain lasupaya tidak menampakkan bentuknya.


*Pakaian yang tidak jarang

Syarak menetapkan pakaian wanita mestilah tidak jarang sehingga
Menampakkan bentuk tubuh atau warna kulitnya.Aisyah meriwayatkan bahawa saudaranya, Asma, pernah masuk ke rumah Rasulullah SAW dengan berpakaian tipis sehingga nampak kulitnya.Rasulullah SAW berpaling
Dan mengatakan : ”Hai Asma, sesungguhnya seorang perempuan bila sudah
Datang waktu haid, tidak patut diperlihatkan tubuhnya itu , melainkan ini dan ini sambil ia menunjuk muka dan kedua tapak tangannya”

bersambung....

Ulama Israil raikan majlis maksiat (Tafsir al-Maidah ayat 78-79)

Dilaknat pada zaman Nabi Isa a.s., apabila ada di kalangan Bani Israil menjadi babi kerAda antaranya Allah mengurniakan mereka Nabi Isa a.s. yang dilahirkan daripada perempuan yang sangat solehah dan kuat beribadat kepada Allah iaitulah Mariam a.s.
Apabila Mariam mengandung Isa a.s., Mariam dituduh berzina, memang dia tidak mempunyai suami, lalu Allah membuktikan bahawa Mariam tidak berzina.
Anak yang dilahirkan itu kurniaan Allah yang menjadi tanda kebesaran-Nya. Setelah Allah menjadikan Adam a.s. tanpa ayah dan ibu, Hawa di ciptakan daripada tulang rusuk Adam. Allah menjadikan Isa a.s. tanpa ayah.
Setelah Isa a.s. dilahirkan dan dalam keadan masih menyusu itu dibawa oleh Mariam a.s., Bani Israil datang mengerumuni Mariam sambil bertanya: "Wahai Mariam! Mengapa kamu melakukan ini (zina sehingga melahirkan Isa a.s.)?"
Mariam diperintah oleh Allah dengan wahyi daripada Malaikat Jibrail a.s. supaya jangan bercakap. Mariam diperintahkan berpuasa, termasuk tidak bercakap. Hanya mengisyaratkan supaya bertanyakan hal itu kepada anaknya yang masih bayi.
Tiba-tiba anak yang masih bayi itu bercakap: "Sesungguhnya aku hamba Allah," dan menjelaskan bahawa dia dilantik menjadi nabi, beliau telah berkata-kata pada usia bayi yang pada adatnya tidak menasabah bayi bertutur dengan fasih.
Beliau menegaskan beliau adalah seorang nabi dan rasul sebelum sampai usia dewasa. Allah mengurniakan makjizat kepada nabi Isa a.s., antara makjizatnya; boleh menceritakan kepada kanak-kanak sebaya dengannya di mana emak mereka di rumah menyembunyikan kuih yang siap dimasak.
Ini adalah antara mukjizat untuk membutikan Isa a.s. sebagai seorang nabi. Lalu mereka marah kepada Nabi Isa a.s.
Sesetengah kitab termasuk kitab jawi, 'Al-Jauharul Mauhuub Wamunabbihaatul Quluub' menyebut kisah ini.
Mereka mengurung kanak-kanak di satu tempat supaya tidak berkawan dengan Nabi Isa a.s. Ini bertujuan untuk memulau Nabi Isa a.s.
Dikurniakan oleh Allah mukjizat, apabila Isa bertanya di manakah kawan-kawannya, mereka menjawab tidak ada. Tetapi beliau bertanya pula siapakah yang dikurung itu? Dijawab itu babi.
Tiba-tiba kanak-kanak yang dikurung itu menjadi babi. Dan Allah boleh mengembalikan semula manusia yang menyerupai babi itu dengan izin-Nya.
Sementara itu berlaku beberapa kisah yang lain, selepas nabi Isa a.s. dibangkitkan menjadi rasul. Walaupun dalam riwayat ini ada antaranya berunsur Israiliyyat (cerita dibawa orang-orang Yahudi) jika tidak bercanggah dengan nas kita menerimanya. Jika sebaliknya wajib menolaknya.
Jika tiada nas ia menjadi cerita biasa. Itu adalah kekuasaan Allah dan menjadi dalil bahawa Allah melaknat Bani Israil.
Firman Allah yang bermaksud: "Yang demikian itu dengan sebab mereka itu mendurhakai Allah dan adalah mereka itu melampaui batas." (Surah al-Maidah: 78)
Allah menyebut kejahatan yang besar dilakukan oleh mereka terutamanya dari kalangan orang-orang alim mereka. Sebagaimana firman Allah yang bermaksud: "Adalah mereka itu tidak mencegah kemungkaran yang mereka lakukan, alangkah buruknya perbuatan mereka itu." (Surah al-Maidah: 79)
Mereka tidak mencegah kemungkaran yang berlaku di kalangan mereka. Orang alim di kalangan mereka mendiamkan diri dan buat tidak mengetahui apa yang berlaku.
Hadis riwayat Imam Ahmad dari Nabi s.a.w. yang bermaksud: "Ketika berlaku maksiat di kalangan Bani Israil, di peringkat awalnya orang-orang alim mereka mencegah perbuatan itu. Tiba-tiba bani Israil tidak mendengar tegahan itu dan terus melakukan maksiat. Selepas itu orang-orang alim duduk makan minum sekali dalam majlis mereka."
Selepas Bani Israil terus menerus melakukan maksiat, orang-orang alim tidak lagi bersungguh mencegah maksiat bahkan berkawan pula.
Jika ada jemputan ke majlis golongan maksiat mereka bersegera menghadiri majlis itu dan makan serta minum sekali dengan golongan tersebut.
Jika era sekarang hadir menjadi orang yang membaca doa majlis serupa dengan alasan sekadar membaca doa sahaja walaupn majlis maksiat.
Selepas menghadiri majlis berkenaan, orang-orang alim itu tidak lagi mencegah maksiat yang dilakukan walaupun golongan alim itu tidak melakukannya. - lanh -->ana mendurhakai Allah. -->

HUKUM ALLAH AZZAWAJALLA MELALUI HADIS BAGINDA S.A.W


باب الإمارة والولاية


1- عن أبي سعيد الخُدْريْ وأبي هُرَيْرَةََ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا قالا: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((إذا خَرَجَ ثلاثَةٌ في سَفَرٍ فَلْيُؤَمِّرُوْا أحَدَهُمْ)) رواه أبو داود بإسناد حسن
وعن عبد الله بن عمرو رضي الله عنهما قال: أن النبي صلى الله عليه وسلم قال: ((لا يَحِلُّ لِثَلاَثََةٍ يَكُوْنُوْنَ بِفَلاَةِ مِنَ الأَرْضِ إِلاَّ أَمَّرُوْا عَلَيْهِمْ أَحَدَهُمْ)) رواه أحمد


l2- عن ابن عمر رضي الله عنهما قال: سَمِعْتُ رسولَ اللهِ صَلىَّ اللهُ عَلَيْهِ وَسَلمَّ يَقُوْلُ: ((كُلُّكُمْ رَاعٍ، وَكُلُّكُمْ مَسْؤُوْلٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ، الإِمَامُ رَاعٍ وَمَسْْؤُوْلٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ، وَالرَّجُلُ رَاعٍ فِيْ أَهْلِهِ وَمَسْؤُوْلٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ، وَالْمَرْأَةُ رَاعِيَةٌ فِيْ بَيْتِ زَوْجِهَا وَمَسْؤُوْلَةٌ عَنْ رَعِيَّتِهَا، وَالْخَادِمُ رَاعٍ فِيْ مَالِ سَيِّدِهِ وَمَسْؤُوْلٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ، وَكُلُّكُمْ رَاعٍ وَمَسْؤُوْلٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ)) متفق عليه


l3- عن أبي يَعْلَىْ مَعْقِلْ بِنْ يَسَارٍ رضي الله عنه قال: سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صَلىَّ اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُوْلُ:(( مَا مِنْ عَبْدٍ يَسْتَرْعِيْهِ اللهُ رَعِيَّةً يَمُوْتُ يَوْمَ يَمُوْتُ وَهُوَ غَاشٌّ لِرَعِيَّتِهِ، إِلاَّ حَرَّمَ اللهُ عَلَيْهِ الجَنَّةَ)) متفق عليه وفي رواية : ((فَلَمْ يَحُطْهَا بِنُصْحِهِ لَمْ يَجِدْ رَائِحَةَ الجَنَّةِ)) وفي رواية مسلم: ((ما مِنْ أَمِيْرٍ يَلِيْ أُمُوْرَ المُسْلِمِيْنَ، ثُمَّ لا يَجْهَدُ لَهُمْ، وَيَنْصََحُ لَهُمْ، إلاَّ لَمْ يَدْخُلْ مَعَهُمْ الجَنَّةَ))


4- عن أبي مَرْيَمْ الأَزْدِيِّ رضي الله عنه، أنَّهُ قالَ لِمُعَاوِيَةَ رضي الله عنه: سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صَلىَّ اللهُ عَليْهِ وَسَلَّمَ يَقُوْلُ: ((مَنْ وَلاَّهُ اللهُ شَيْئًا مِنْ أُمُوْرِ المُسْلِمِيْنَ، فاَحْتَجَبَ دُوْنَ حَاجَتِهِمْ وَخَلَّتِهِمْ وَفَقْرِهِمْ، اِحْتَجَبَ اللهُ دُوْنَ حَاجَتِهِ وَخَلَّتِهِ وَفَقْرِهِ يَوْمَ القِيَامَةِ)) فَجَعَلَ مُعَاوِيَةَ رَجُلاً عَلَىْ حَوَائِجِ النَّاسِ. رواه أبو داود والترمذي

l5-عن أبي سعيد عبد الرحمن بن سمرة رضي اله عنه، قال: قال لي رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((يا عَبْدَ الرَّحْمَنْ بنَ سَمُرَةَ: لا تَسْأَلِ الإِمَارَةَ، فَإِنَّكَ إِنْ أُعْطِيْتَهَا عَنْ غَيْرِ مَسْألَةٍ أُعِنْتَ عَلَيْهَا، وَإِنْ أُعْطِيْتَهَا عَنْ مَسْألَةٍ وُكِلْتَ إِلَيْهَا، وَإِذَا حَلَفْتَ عَلىَ يَمِيْنٍ، فَرَأيْتَ غَيْرَهَا خَيْرًا مِنْهَا، فَأتِ الَّذِيْ هُوَ خَيْرٌ، وَكفِّرْ عنْ يَمِيْنِكَ)) متفق عليه
lوعن أبي هريرة رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: ((إنَّكُمْ سَتَحْرِصُوْنَ عَلىَ الإِمَارَةِ، وَسَتَكُوْنُ نَدَامَةً يَوْمَ القِيَامَةِ)) رواه البخاري

l6- عن أبي سعيد رضي الله عنه وأبي هريرةَ رضي اللهُ عنهما أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: ((مَا بَعَثَ اللهُ مِنْ نَبِيٍّ، وَلاَ اِسْتَخْلَفَ مِنْ خَلِيْفَةٍ إِلاَّ كَانَتْ لَهُ بِطَانَتَانِ، بِطَانَةٌ تَأْمُرُهُ بِالْمَعْرُوْفِ وَتَحُضُّهُ عَلَيْهِ، وَبِطَانَةٌ تَأْمُرُهُ بِالشَّرِّ وَتَحُضُّهُ عَلَيْهِ، وَالْمَعْصُوْمُ مَنْ عَصَمَ اللهُ)) رواه البخاري

l7- عن أبي هريرة رضي الله عنه، عن النبي صلى الله عليه وسلم قال: ((سَبْعَةٌ يُظِلُّهُمُ اللهُ فِي ظِلِّهِ يَوْمَ لا ظِلَّ إِلاَّ ظِلُّهُ: إِمَامٌ عَادِلٌ، وَشَابٌ نَشَأَ فِيْ عِبَادَةِ اللهِ تَعَالَى، وَرَجُلٌ قَلْبُهُ مُعَلَّقٌ فِي المَسَاجِدِ، وَرَجُلاَنِ تَحَابَّا فِي اللهِ، اِجْتَمَعَا عَلَيْهِ وَتَفَرَقَّا عَلَيْهِ، وَرَجُلٌ دَعَتْهُ اِمْرَأَةٌ ذَاتُ مَنْصِبٍ وَجَمَالٍ، فَقَالَ: إِنِّيْ أَخَافُ اللهَ، وَرَجُلٌ تَصَدَقَ بِصَدَقَةٍ، فَأَخْفَاهَا حَتَّى لا تَعْلَمَ شِمَالُهُ مَا تُنْفِقُ يَمِيْنُهُ، وَرَجُلٌ ذَكَرَ اللهَ خَالِيًا فَفَاضَتْ عَيْنَاهُ)) متفق عليه


8- عن عَوْفِ بنِ مَالِكٍ رضي الله عنه قالَ: سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صَلىَّ اللهُ عَليه وسلم يَقُوْلُ: ((خِيَاُر أئِمَّتِكُمْ الَّذِيْنَ تُحِبُّوْنَهُمْ وَيُحِبُّوْنَكُمْ، وَتُصَلُّوْنَ عَلَيْهِمْ وَيُصَلُّوْنَ عَلَيْكُمْ، وَشِرَارُ أئِمَّتِكُمْ الَّذِيْنَ تُبْغِضُوْنَهُمْ وَيُبْغِضُوْنَكُمْ، وَتَلْعَنُوْنَهُمْ وَيَلْعَنُوْنَكُمْ)) قالَ: قُلْنَا: يا رسولَ اللهِ! أَفَلاَ نُنَابِذُهُمْ؟ قالَ: ((لا، ما أَقَامُوْا فِيْكُمْ الصَّلاَةَ، لا، مَا أقَامُوْا فِيْكُمْ الصَّلاَةَ)) رواه مسلم


l9- عن عَائِشَةَ رضيَ اللهُ عَنْهَا قَالَتْ: قالَ رسولُ اللهِ صَلىَّ اللهُ عَليْهِ وَسَلَّمَ: ((إِذَا أَرَادَ اللهُ بِالأَمِيْرِ خَيْرًا، جَعَلَ لَهُ وَزِيْرَ صِدْقٍ، إِنْ نَسِيَ ذَكَّرَهُ، وَإِنْ ذَكَرَ أَعَانَهُ، وَإِذَا أَرَادَ بِهِ غَيْرَ ذَلِكَ جَعَلَ لَهُ وَزِيْرَ سُوْءٍ، إِنْ نَسِيَ لَمْ يُذَكِّرْهُ، وَإِنْ ذَكَرَ لَمْ يُعِنْهُ)) رواه أبو داود بإسناد جيد على شرط مسلم


l10- عن أنس بن مالك رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: قَالَ النَّبِيُّ صَلى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ:((اِسْمَعُوْا وَأَطِيْعُوْا وَإِنِ اسْتُعْمِلَ عَلَيْكُمْ عَبْدٌ حَبَشِيٌّ، كَأَنَّ رَأْسَهُ زَبِيْبَةٌ)) رواه البخاري وأحمد






5 bentuk peringatan maulid nabi S.A.W

5 BENTUK PERINGATAN MAULID NABI .


1. Hafalah ,
2. Kajian .
3. Renungan
4. Muzakarah
5. Pertandingan.

1. Pertama adalah Haflah atau ihtifal merupakan salah satu dari cara untuk memperingati Maulid nabi dan inilah yang umunya di lakukan oleh masyarakat kita sama di Malaysia atau pun di Tanah Arab. Mereka akan berkumpul dan dan berjalan serta berarak dengan membaca selawat dengan membawa sepanduk berslogan dan sebagainya. Di dalam kitab “ Al-Wafa Bil Ahwal Mustafa” menyebutkan apabila nabi di lahirkan maka ramai di kalangan masyarakat arab bergembira dan merasa takjub , lalu mereka kata ada apa ni ? lalu mereka menjawab ini lah bintang Ahmad, ramai yahudi dan majusi meerasa kagum .

2. Kedua dalah bentuk kajian , yang lazimnya di lakukan oleh para intelektul dan para ilmuan untuk membicarakan keperibadian nabi seperti seminar , ceramah dan sebagainya samaada di sekolah , di masjid mahu pun pejabat .

3. Ketiga Renungan , masyarakat kampung akan berkumpul dan membaca sirah nabi di masjid atau di rumah apa yang mashyur di sebut sebagai “Berzanji” atau “Burdah” di sesetengah tempat , jikalau di tempat saya berzanji di baca bersama terjemahan agar dapat di faham maksudnya dan merenung perjalanan hidup nabi ,

4. Keempat adalah dengan Muzakarah seperti Usrah di rumah mahupun di masjid setiap orang akan menceritakan tentang sejarah nabi , dengan ringkas mengikut kemampuan masing-masing .Si bapa akan menceritakan kepada anaknya tentang kisah nabi dan sebagainnya , begitu juga si ibu akan menceritakan kisah nabi kepada anaknya., pesan guru saya ajarilah anak-anak kamu mencintai nabi

5. Kelima selain dari itu ada juga bentuk memperingati maulid nabi dengan cara pertandingan atau uji bakat seperti bercerita , penulisan , sajak , syair dan sebagainya seperti mana yang berlaku di sekolah-sekolah, sebagai perangsang kepada anak-anak , dan ibu bapa agar sedar betapa pentingnya memperinagti maulid nabi

Jadi adalah amat melucukan dan sungguh aneh sekali jikalau amalan seperti ini di anggap bidaah oleh segolongan manusia yang jahil serta jumud yang kononya tiada dalil berkenaan dengan maulid nabi , sedangkan perkataan “Maulid” itu sendiri di sebut oleh nabi iaitu “ Hari ni adalah hari lahir ku” cuma bentuk sahaja yang berbeza mengikut kesesuaian zaman dan makan ( tempat ) . seperti yang saya sebutkan di atas.

Semoga dengan keterangan ini jelaslah memperingati “Maulid nabi” adalah amalan yang baik dan di sukai .Sesungguhnya umat Islam di dunia ini tidak berkumpul melakukan kesesatan.

Waallahu ‘alam

10 org yg solatnya tidak diterima ALLAH

Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud : "Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya." (Tabyinul Mahaarim)Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa : "10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T,
antaranya :1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.
4. Orang lelaki yang melarikan diri.
5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).
6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.
7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.
8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.
9. Orang-orang yang suka makan riba'.
10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar."Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : "Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari Allah." Hassan r.a berkata : "Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk."

15 bukti keimanan

Al-Hakim meriwayatkan Alqamah bin Haris r.a berkata, aku datang kepada Rasulullah s.a.w dengan tujuh orang dari kaumku. Kemudian setelah kami beri salam dan beliau tertarik sehingga beliau bertanya, "Siapakah kamu ini ?" Jawab kami, "Kami adalah orang beriman." Kemudian baginda bertanya, "Setiap perkataan ada buktinya, apakah bukti keimanan kamu ?" Jawab kami, "Buktinya ada lima belas perkara. Lima perkara yang engkau perintahkan kepada kami, lima perkara yang diperintahkan oleh utusanmu kepada kami dan lima perkara yang kami terbiasakan sejak zaman jahiliyyah ?" Tanya Nabi s.a.w, "Apakah lima perkara yang aku perintahkan kepada kamu itu ?" Jawab mereka, "Kamu telah perintahkan kami untuk beriman kepada Allah, percaya kepada Malaikat-Nya, Kitab-kitab- Nya, Rasul-rasul- Nya, percaya kepada takdir Allah yang baik mahupun yang buruk." Selanjutnya tanya Nabi s.a.w, "Apakah lima perkara yang diperintahkan oleh para utusanku itu ?" Jawab mereka, "Kami diperintahkan oleh para utusanmu untuk bersaksi bahawa tidak ada Tuhan selain Allah dan engkau adalah utusan Allah, hendaknya kami mendirikan solat wajib, mengerjakan puasa di bulan Ramadhan, menunaikan zakat dan berhaji bila mampu." Tanya Nabi s.a.w selanjutnya, "Apakah lima perkara yang kamu masih terbiasakan sejak zaman jahiliyyah ?" Jawab mereka, "Bersyukur di waktu senang, bersabar di waktu kesusahan, berani di waktu perang, redha pada waktu kena ujian dan tidak merasa gembira dengan sesuatu musibah yang menimpa pada musuh." Mendengar ucapan mereka yang amat menarik ini, maka Nabi s.a.w berkata, "Sungguh kamu ini termasuk di dalam kaum yang amat pandai sekali dalam agama mahupun dalam tatacara berbicara, hampir sahaja kamu ini serupa dengan para Nabi dengan segala macam yang kamu katakan tadi." Kemudian Nabi s.a.w selanjutnya, "Mahukah kamu aku tunjukkan kepada lima perkara amalan yang akan menyempurnakan dari yang kamu punyai ? Janganlah kamu mengumpulkan sesuatu yang tidak akan kamu makan. Janganlah kamu mendirikan rumah yang tidak akan kamu tempati, janganlah kamu berlumba-lumba dalam sesuatu yang bakal kamu tinggalkan,, berusahalah untuk mencari bekal ke dalam akhirat."

Memahami konsep kepimpinan (Siri 2): Membentuk rakyat lebih Islamik dengan pemerintahan Islam

Islam memandang serius pelaksanaan hukum-hukum syariat Islam seperti yang termaktub dalam al-Quran dari sudut akidah, ibadat, hala tuju hidup sebagai golongan Muslimin, penampilan diri dengan akhlak-akhlak terpuji, mendirikan solat lima waktu, berpuasa pada bulan Ramadan, membayar zakat, mengerjakan haji, memperkasa undang-undang kehakiman Islam, melaksanakan sistem politik, ekonomi serta kewangan Islam, mewujudkan persekitaran Islam yang meraikan semua pihak agar terus berada dan berkekalan dalam melaksanakan segala tuntutan ajaran agama Islam dan banyak lagi.

Justeru, kepimpinan yang berpaksikan Islam sahaja yang mampu mempertahan, mengamal dan melaksanakan tuntutan tersebut.
Perkara ini disandarkan kepada satu kaedah Usul Fiqh yang pernah disebut oleh Imam as-Suyuti dalam kitabnya 'Al-Asybah wa an-Nazoir' yang berbunyi: "Tidak sempurna matlamat pembuat undang-undang Syariat (Allah) dalam meletakkan peraturan hukum Syariat-Nya bagi menjamin kebaikan manusia di dunia dan di akhirat melainkan dengan adanya kepimpinan."
Dalam satu lagi kaedah, beliau (Imam as-Suyuti) menjelaskan: "Dengan adanya kepimpinan, maka umat akan bersatu-padu dan berusaha untuk menangkis sebarang fitnah dan perpecahan di kalangan mereka." Iaitu kepimpinan yang menjalankan program dakwah dan jihad yang bersungguh-sungguh hingga rakyat berada dalam kehidupan yang penuh dengan semangat untuk berjuang, berbakti dan berkorban hanya untuk Islam.
PAS mendepani parti-parti politik lain dalam memimpin ummah sebagai warganegara. Kepimpinan/imamah wajib dibentuk bagi melaksanakan dua tanggungjawab besar iaitu untuk memelihara agama dan menguruskan siasah dunia.
Memelihara agama bermaksud menjaga, mengembang, mempertahan dan melaksanakan syariat agama dalam semua bidang hidup sama ada yang mengenai peribadi, keluarga, masyarakat an negara bahkan dunia secara keseluruhannya.
Sementara menguruskan siasah dunia bererti mengendalikan urusan pentadbiran, pemerintahan dan pembangunan yang melibatkan soal-soal kehidupan, pembangunan material, kemajuan dan peradaban berasaskan kepada nilai-nilai agama dan prinsip-prinsip syariat.
Dasar-dasar ini adalah dasar-dasar yang berkaitan kepimpinan negara dan ummah.
Lantaran penting dan besarnya tanggungjawab kepimpinan ini iaitu kepimpinan yang mengabungkan tanggungjawab keagamaan dan keduniaan yang tidak boleh dipisahkan maka Islam meletakkan syarat-syarat tertentu agar amanah kepimpinan dapat dilaksanakan dengan berkesan dan menepati matlamatnya, kerana seorang pemimpin dalam Islam bukan sahaja bertanggungjawab kepada umat bahkan bertanggungjawab kepada Allah SWT. "Mereka yang apabila kami kukuhkan mereka di bumi mereka mendirikan sembahyang dan memberikan zakat dan mereka menyuruh berbuat yang ma’ruf dan mereka mencegah daripada berbuat yang mungkar dan kepada Allah jualah akibat daripada segala urusan." (al Hajj : 41)
Ulama teras pembangunan negara dan ummah
Tidak syak lagi berdasarkan elemen sejarah, bahawa golongan ulama telah banyak membantu bagi menaikkan kehormatan negara, bangsa dan ummah seluruhnya, ia dapat dilihat dari sudut peranan, tugas, tanggungjawab serta sumbangan mereka yang mendepani barisan hadapan ketika membangun negara dan ummah sekali gus.
"Tidak banyak negara Islam yang dapat meletakkan para ulama’ di dalam arus perdana pembangunan negara dan memberi pengiktirapan terhadap peranan mereka."
Jelas ungkapan di atas merupakan pandangan mantan Ketua Pengarah IKIM yang merasa dukacita kerana pihak berkuasa tidak meletakkan peranan ulama atau tidak diberi tugas sepatutnya dalam menyumbang bagi pembangunan negara, malah peranan mereka tidak diperakui penting, inilah faktor yang dikenal pasti berlakunya kepincangan dalam pentadbiran negara oleh mereka yang tidak mendapatkan pandangan ahli-ahli agama dalam kerajaan.
Justeru, terdapat program atau aktiviti yang dirancang oleh pihak tertentu menyanggah aspek agama Islam lantaran mereka menyisihkan ulama daripada berperanan sebagai penasihat mereka, maka negara tidak mendapat restu Allah dan akhirnya mengundang pelbagai bencana alam yang tidak terduga seperti banjir kilat di negeri Johor pada akhir 2006 lalu dan banyak lagi, sama-samalah kita fikirkan, selagi kita tidak kembali kepada Islam yang sebenar, selagi itulah kita akan terus dihukum oleh Allah SWT.
Negara makmur kerana pemimpin menyanjungi ulama
Allah berfirman menerusi ayat 15 surah Saba' yang bermaksud: "Negara kamu adalah negara yang baik dan Tuhan kamu adalah Tuhan Yang Maha Pengampun."
Untuk sampai kepada sebuah negara yang benar-benar makmur dari sudut pandangan rakyat jelata adalah apabila para pemimpin bekerjasama dengan para ulama yang merupakan pewaris Nabi-Nabi dalam segenap agenda pembangunan negara, iaitu pembangunan yang berpaksikan akidah tauhid kepada Allah, inilah harapan setiap rakyat untuk menikmati keharmonian dan kemakmuran dalam negara.
Sejarah telah membuktikan sejak negara Malaysia mencapai kemerdekaan kali ke-50 tahun yang diterajui oleh para pemimpin yang tidak berapa cenderung kepada tuntutan ajaran agama Islam sebenar, maka berlaku banyak kepincangan, mereka bukan menjadi hamba kepada rakyat, malah rakyat ditipu dan diperbodoh-bodohkan dan mereka menguasai rakyat hingga sanggup menangkap, melokap, mendera pemikiran mereka yang tidak bersetuju dengan dasar ekonomi atau pembangunan yang tidak sama sekali berpaksikan Islam.
Majlis-majlis ilmu disekat, tazkirah juga menerima nasib yang sama, penyampaian khutbah bukanlah lahir dari pandangan atau cetusan idea para khatib, mereka hanya membacanya yang terkadang-kadang teragak-agak atau gagap, pokoknya para ilmuan, ulama dan mereka yang sepatutnya dikedepankan, dihalang hingga rakyat tidak berpeluang menjadi muslim yang baik kerana tidak dibekalkan dengan ilmu-ilmu yang baik, malah tidak menjadi ummah yang berpotensi dan terbaik untuk dilahirkan kepada segenap manusia sejagat.
Marilah kita mentelaah satu kisah berkenaan dengan penghormatan para pemimpin terhadap golongan ulama, ia terjadi pada satu ketika dahuli di zaman kegemilangan pemerintahan Islam, di mana oara pemerintah dan ketua-ketua negara, masing-masing berlumba-lumba untuk memuliakan golongan ulama, sama ada mereka terdiri daripada pakar ilmu fiqh, akidah, sirah dan sebagainya. Mereka diminta ke istana khalifah adalah untuk menyemak sistem pemerintahan para pemimpin adakah selari dengan tuntutan agama Islam, setelah itu mereka diberi ganjaran hadiah sebagai mengenang jasa dan bakti mereka.
Malah terdapat juga di kalangan ulama’ yang diundang khas oleh sesebuah negara tertentu untuk melakukan tujuan yang sama seperti di atas iaitu meneliti sistem perjalanan pemerintahan yang dilaksana di negeri berkenaan.
Tindakan positif yang ditunjukkan oleh para pemerintah itu telah membuahkan hasil yang baik, terutamanya rakyat mendapat banyak faedah dari aspek keterbukaan para pemimpin mereka yang sanggup berganding bahu dengan golongan ulama’ bagi membangun negara, iaitu yang mencapai status negara baik dan Allah menyanjungi dan merahmati negara berkenaan.

Tafaqquh fiddin...mawaasim.. uthlah disembar...

Bulan November/Desember 2007 . Tempat : Madrasah balai Ilmu Darul Hijrah .Tajuk: Penghayatan Pengorbanan dalam kehidupan / Ketuhanan kpd Allah Taala / fiqh Syafiee

JIN DAN GANGGUAN


JIN DAN GANGGUAN

Kita sering mendengar orang dirasuk, diganggu makhluk halus dah sebagainya, bukan kita nak katakan mereka sering abaikan perintah dan larangan Allah, kita pun bukan baik sangat nak kata oarang macam tu kan? tapi kadang-kadang benda ni datang tanpa kita duga.kebiasaan dugaan ini datang atas sebab-sebab berikut:- saka - datuk nenek kita yang dahulu kala yang mempunyai bendang atau kebun yang besar memerlukan penjaga daripada pencuri yang mencuri hasil tanaman.- dengki - kerana ada kelebihan pada diri kita, orang menghantar makhluk halus untuk mengganggu kita dan keluarga kita.- berubat - orang yang kebiasaan meminta ubat dari bomoh-bomoh, perlu berhati-hati, sambil memberi ubat, dia juga memberikan khadamnya kepada kita. Kerana, setelah dia mati, dia perlukan pewaris.. - melanggar kawasan penempatan- mulut terlalu biadabsebab itu banyak lantang larang dalam agama sebagai contoh buang air di kawasan air yang bertakung dan sebagainya, tanpa kita ketahui, ia merupakan tempat permainan jin..maka dari itu, saya ingin berkongsi untuk anda semua asas-asas tentang pengenalan jin, semoga kita terhindar dari gangguannya. .1) Jin berasal dari Jan (Bapak Jin) dan gelarannya Azazil. Dicipta dari api (biru), dan telah beramal puluh ribu tahun lamanya. Apabila Allah swt. memerintahkannya supaya tunduk menghormati Nabi Adam, mereka telah ingkar. Allah swt melaknat dan perintah turun ke bumi.Jin terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam dan Syaitan.2) Jin Islam pula terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam(Soleh) dan Jin Tidak Islam (Tidak Soleh). Syaitan yang turun kesemuanya jahat (tidak Islam).Makanannya dari Api (Asap). Itu sebab orang-orang Melayu dilarang mengunakan kemenyan kerana Jin paling suka dengan asap yang busuk. Tetapi orang-orang melayuini degil, suka sangat dengan asap kemenyan. Beliau menambah, orang-orang yang suka hisap rokok itu, adik-beradik jin lah tu.Tempat tinggal Jin seperti di awan, sungai, hutan, lombong, laut, tempat-tempat tinggi (KLCC), tandas dan kubur.*Beliau menasihat apabila ingin buang air diperjalanan (contohnya jalanraya), perlu baca " SalaMun, ' Ala Sulaiman, Fil 'alamin." Mengikut sirahnya jin sangat takut dengan Nabi Sulaiman. Orang-orang Melayu suka sangat membaca ucapan, "Ampun Datuk, Anak cucu tumpang lalu" Masa bila pulak jin dapat pangkat datuk. Dan masa bila pula, kita jadi cucu cicit jin !!!!Jin tidak mengetahui akan alam ghaib, itu sebab jika ada dukun atau bomoh yang tahu menilik-nilik nasib, pembohong... ." Sirahnya apabila Nabi Sulaiman, memerintahkan jin untuk membina istananya, sehingga Nabi Sulaiman meninggal pun jin tidak perasan/tahu. Semasa itu Nabi Sulaiman duduk di kerusinya dengan tongkat k ayu . Dan jin tekun membuat kerja di hadapan-nya. Sehingga anai-anai memakan tongkatnya dantongkat tersebut reput dan jatuh serta Nabi Sulaiman pun jatuh, maka barulah tahu oleh jin bahawa Nabi Sulaiman telah mangkat.Manusia juga dilarang membuang air di lombong-lombong yang airnya tenang, terutama di waktu tengah malam. Jin suka mandi di situ, waktu itu. Di larang juga buang air di lubang-lubang (tanah).Rumah-rumah yang lama tidak berpenghuni atau rumah yang baru siap belum duduk lagi, jin suka tinggal di situ. Sebelum duduk rumah baru, di galakkan membaca surah Al-Baqarah, sehingga habis. Jin lari selama 3 hari. Tidak perlu tepung tawar bagai.... orang mel ayu suka sangat menepung tawar !!!Jika budak menangis tengah-tengah malam, azankan 7 hingga 10 kali, jika tidak, bacakan ayat Kursi dengan cara 9 kali henti (tekniknya)

hormatilah orang tua...

HORMATILAH DAN KASIHANILAH ORANG TUA DAN KANAK2- Dari Amr bin Syu'aib dari ayahnya dari neneknya r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:"Tidak termasuk golongan kita - ummat Islam - orang yang tidak belas kasihan kepada golongan kecil di antara kita - baik usia atau kedudukannya - serta tidak termasuk golongan kita pula orang yang tidak mengerti kemuliaan yang tua di antara kita." Hadis shahih yang diriwayatkan oleh Imam-imam Abu Dawud dan Termidzi. Imam Termidzi mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan shahih.

Nabi Muhammad S.A.W bersabda: Ada 4 di pandang sebagai ibu ", iaitu : 1. Ibu dari segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN . 2. Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERBICARA. 3. Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BUAT DOSA. 4. Ibu dari segala CITA CITA adalah SABAR. Berpesan-pesanlah kepada kebenaran dan kesabaran



khas untuk muslimat

~ §æ WANITA TANAH
Wanita tanah dilahirkan di bawah zodiak Taurus(21 April-20Mei) , Virgo(24Ogos- 23 September) dan Capricon(22 Disember-20 Januari). *seorang yang boleh dijangka,berwibawa dan praktikal. *Penyabar dan bertolak ansur,mempunyai kehendak dalaman dari segi emosi dan material. *Semangat produktif dan gigih yang disertai dengan siksp berhati-hati menjadikan wanita tanah berkemampuan mencapai kejayaan dalam perniagaan. *Kebijaksanaan dan kepintaran yang diperolehi sering tersembunyi oleh air muka semulajadi yang pendiam dan tenang. *Sifat marah yang terkawal serta keperluan untuk keteguhan dan kawalan sering terbawa-bawa dalam perhubungan yang amat konservatif, serius dan sederhana. *Tidak mudah menunjukkan sifat penyayang tetapi wanita tanah adalah seorang kekasih yang setia dan berwibawa.
~ §æ WANITA API
Wanita api dilahirkan di bawah lambang Aries(21 Mac-20 April), Leo(24 Julai-23 Ogos) dan Sagittarius( 23 November-21 Disember). *Dilahirkan sebagai pemimpin *Mempunyai kekuatan diri dan biasanya enggan menerima pendapat orang lain walaupun ianya benar. *Seorang yang artistik dan sukar dijangka,tetapi biasanya romantis dan tidak pemalu. *Mempunyai personaliti suka menguasai dan mendominasi tetapi boleh mengimbangi sifat-sifat ini dengan sikap yang pemurah,mesra dan menunjukkan sifat yang mendalam terhadap sesuatu yang disukainya. *Suka berterus terang dan tidak berselindung menyebabkan orang yang dikasihi mersa sedih dan terhiris. *Jujur dan mahu hubungan peribadi berjalan dengan lancar.Wanita api harus diberikan ruang yang cukup luas untuk menjadikan perhubungan itu terus berkesan. *Tidak keberatan untuk beralih arah jika berasa tertekan.
~ §æ WANITA ANGIN
Mereka ini lahir di bawah lambang Gemini(22 Mei-21 Jun), Libra(24 September-23 Oktober) dan Aquarius(21 Januari-19 Februari). *Berterus terang,berminda aktif dan gemar mencari kepelbagaian dalam setiap aspek kehidupan. *Berfikiran terbuka,mempunyai daya imaginasi dan inovatif,bagi mereka segalanya boleh dicapai. *Bergaya,tenang dan tidak cerewet serta mempunyai keinginan semulajadi untuk mengamalkan sikap diplomasi dan saling bekerjasama bersungguh-sungguh. *Sanggup mengorbankan kehendak atau idea mereka sendiri demi mencapai keharmonian dan mengelakkan perselisihan atau konflik. *sentiasa gigih untuk mendapatkan cinta yang terunggul,untuk berkonfrantasi. *Kurang cenderung untuk menyampaikan perasaan sebenar yang terpendam dalam hati mereka. *Dikenali dan diingati kerana sifat romantis dan manja.
~ §æ WANITA AIR
Wanita air terdiri daripada mereka yang lahir di bawah zodiak Cancer(22 Jun-23 Julai), Scorpio(24 Oktober-22 November) dan Pisces(20 Februari-20 Mac). *Mempunyai sifat semulajadi untuk berkembang maju. *Mereka ini dipandu oleh perasaan hati dan mempunyai sifat mudah bersimpati,berdaya imaginatif,sentimen tal,mempunyai perasaan yang berubah-ubah dan berhati-hati. *Tenang dan mudah tersentuh oleh emosi orang-orang yang berada disekeliling dan cepat mengeluarkan air mata dalam sebarang situasi yang menyedihkan. *Mudah mengikut rentak emosi orang lain dan juga diri sendiri.

NASIHAT YANG. AMAT BERGUNA UNTUK WANITA & UNTUK PENGETAHUAN KAUM LELAKI JUGA.
*Untuk membentuk bibir yang menawan, ucapkan kata-kata kebaikan. *Untuk mendapatkan mata yang indah, carilah kebaikan pada setiap orang yang anda jumpai. *Untuk mendapatkan bentuk badan yang langsing,berbagilah makanan dengan mereka yang kelaparan. *Untuk mendapatkan rambut yang indah, mintalah seorang anak kecil untuk menyisirnya dengan jemarinya setiap hari. *Untuk mendapatkan sikap tubuh yang indah, berjalanlah dengan segala ilmu pengetahuan, dan anda tidak akan pernah berjalan sendirian.
Manusia, jauh melebihi segala ciptaan lain, perlu senantiasa berubah, diperbaharui, dibentuk kembali,dan diampuni. Jadi, jangan pernah kecilkan seseorang dari hati anda. Apabila anda sudah melakukan semuanya itu, ingatlah senantiasa. Jika suatu ketika anda memerlukan pertolongan, akan senantiasa ada tangan terhulur.Dan dengan bertambahnya usia anda, anda akan semakin mensyukuri telah diberi dua tangan, satu untuk menolong diri anda sendiri dan satu lagi untuk menolong orang lain.
*Kecantikan wanita bukan terletak pada pakaian yang dikenakannya, bukan pada bentuk tubuhnya, atau cara dia menyisir rambutnya. *Kecantikan wanita terdapat pada matanya, cara dia memandang dunia.Karena di matanyalah terletak gerbang menuju ke setiap hati manusia, di mana cinta dapat berkembang. *Kecantikan wanita bukan pada kehalusan wajahnya.Tetapi kecantikan yang murni, terpancar pada jiwanya,yang dengan penuh kasih memberikan perhatian dan cinta yang dia berikan. Dan kecantikan itu akan tumbuh sepanjang waktu.